Salam kepada kawan-kawan Daddy Zuki yang budiman…

Sebelum ini, apabila kita perlu ke bank untuk menyelesaikan urusan yang patut seperti pengeluaran wang, memindah wang, menunaikan cek dan sebagainya pasti ramai diantara kita yang mengeluh. Bukannya apa. Sebab pertama pelanggan yang menunggu giliran memang la ramai. Kedua kerani bank tu sedikit dan mana yang ada pun buat kerja perlahan macam kura-kura. Ketiga kita terpaksa meredah kesesakan jalan raya, mencari tempat parking dan menghabiskan masa yang lama.

Zaman berlalu, sekali air bah sekali pantai berubah begitu juga dengan teknologi perbankan di Malaysia sekarang. Kalau dulu kena tunggu nombor kita dipanggil sampai berjanggut tapi kini semuanya mudah! Bank Islam antara Institusi Perbankan yang unggul di Malaysia dan kini selangkah ke hadapan dengan memperkenalkan Transaction at Palm (TAP) iaitu sistem yang memudahkan pelanggan  berurusan dengan bank.

Apa itu TAP?

TAP atau Transaction at Palm merupakan teknologi inovasi kad pintar yang sama seperti menu mesin ATM kini boleh diakses melalui telefon mudah alih anda. Jadi para pelanggan tidak perlu ragu–ragu untuk menggunakan aplikasi terbaru ini.

Antara kemudahan TAP adalah pengguna tidak perlu akses internet untuk menggunakan aplikasi terbaru ini dan juga sesuai untuk semua rangkaian dan jenis telefon bimbit. Pengaktifan TAP adalah melalui telefon mudah alih yang menyokong SIM Tool Kit (STK)  dan tidak menerusi online banking semudah ABC. Selagi ada rangkaian, selagi itulah TAP menceriakan hidup anda.Untuk melanggan servis ini, kawan-kawan hanya perlu ke mana-mana cawangan Bank Islam terdekat dan mengisi borang. Caj yang dikenakan cuma RM8 setahun. Selepas itu kawan-kawan akan diberikan microchip yang perlu dilekatkan kepada simcard telefon kawan-kawan. Gotcha! Barulah servisnya aktif. Biasanya kerani bank akan mengajar kawan-kawan bagaimana untuk set kata laluan. Ada dua kata laluan yang perlu diset. Apa yg menarik, pertanyaan baki akaun adalah PERCUMA untuk 3 kali sehari dan HANYA sebanyak RM0.30 pada transaksi yang ke 4 dan seterusnya.

Antara paparan menarik yang terdapat melalui TAP adalah pertanyaan baki, pemindahan akaun, pembayaran bil, topup prepaid (celcom, maxis dan digi) manakala pembayaran pinjaman, pembayaran kad kredit dan juga kiriman wang kepada akaun di bank yang sama atau bank yang lain (IBG) juga disediakan. TAP memberikan keselesaan tanpa batasan mahupun anda jauh beribu batu sekalipun. Mudah kan?

Kemudahan TAP ini sememangnya memudahkan urusan harian Daddy Zuki kerana bukan sekadar boleh melakukan pemindahan dalam talian malahan boleh membayar bil air, elektrik, astro dan juga bil telefon hanya dihujung jari anda sesuai dengan misi TAP ‘’We are where you are’’. Cuma TAP jari anda dan semuanya Done!

Dengan TAP, Daddy Zuki tidak lagi perlu menghabiskan masa yang lama berada di bank kerana aplikasi TAP memudahkan saya berurusan dengan pantas di mana jua saya berada mahupun di bilik air!

Jadi apa lagi? Cepatlah ke Bank Islam yang berdekatan atau layari www.bankislam.com.my.

11 Comments

  1. bagus juga ada benda alah TAP ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam. demo kena cuba tu sbb ia berguna kpd kehidupan kita...

      Delete
  2. Salam kenal….dan I follow sekali
    U in my bloglist
    Hanif blog bloglist
    Check It Out!!!!
    Check blog anda berdasarkan bloglist abjad
    Every week saya datang melawat tapi dengan syarat always updated blog..hahahha
    Tujuan--senang saya blogwalking supaya tak hilang kawan blogger..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hanif, sy update blog setiap 3 hari so i x perlu risau blog i di blog list u tu akan hilang. TQ~

      Delete
  3. wah canggih gitu .. tapi kat sini belum sampai lagile. Tapi kat TELEKOM ada juga seumpamanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. abe rashid, ada doh TAP ni di BIMB. Sila gi daftar di mana2 cawangan dgn membawa salinan IC. Mudah je kan?

      Delete
  4. wow caj yg dikenakan 8 ringgit setahun tp kerani kat bank situ tak cakap pun kat aku macam paksa jer siap tanya "bawa telepon?" waktu aku buka akaun dalam tahun 2012. tu pn sebab jabatan poyo $#@$@$%@#$ yang bebal mintak akaun bank islan depa cakap akaun bank aku yg sedia ada (in my case subjected to maybank ler) tak valid utk transaksi dari dorang... SEMUA ORANG YG BUKA AKAUN BANK ISLAM HARI TU SEMUANYA DIPAKSA TAP TANPA PELANGGAN TAHU PUN YG DIA ADA ANNUAL FEE 8RINGGIT. TAK CONVENIENCE LANGSUNG SBB BAGI SIDE EFFECT KAT SIM CARD AKU BILA SMS KAWAN2 MAHUPUN SMS DARI BANK ISLAM ITU SENDIRI YG DITERIMA DALAM INBOX AKU SELALU REPORTED SEBAGAI UNREAD MESSAGES PAS TU SETIAP SMS YG KITA HANTAR JADI HILANG KAT SENT ITEMS DAN DELIVERY REPORT PN TAK ADE PADA MULANYA KITA SANGKAKAN FAILED TP TAK CUMA ANNOYING GILA. LG PN SETIAP SERVICE DALAM TAP TU TELCO AKAN CHARGE KITA SEBAHAGIAN DARI SERVICE 30SEN TELCO AKAN CHARGE DAN SEBAHAGIAN LAGI 15SEN TAK BERBALOI LANGSUNG JAUH LEBIH BAIK GUNA INTERNET ATAU MESIN ATM!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. yes, saya sedar akan hal dimana kita akan dicaj 30sen jika topup prepaid melalui TAP ni. Sungguh kejam mrka memeras duit kita kan?

      Delete
  5. No Transaction Type Amount (RM)
    1. TAP Annual Service Charge 8.00
    2. Replacement of TAP 8.00
    3. TAP Prepaid Top Up 0.30
    4. TAP Alerts Service Charge (IOD) 0.20
    5. TAP Savings & Current account balance inquiry (4th transaction onward, per day) 0.30
    6. Bill Payment 1.00
    7. Interbank Giro (IBG) 2.00
    8. TAP Fund transfer to own Savings & Current account Free
    9. TAP Fund transfer to 3rd party Savings & Current account Free
    10. Register Bank Account Free
    11. TAP PIN & Password change Free

    ReplyDelete
  6. @Anonymous: thanks for the info. who are you, actually?

    ReplyDelete
  7. Hari tuh daftar untuk new ATM card, terus akak kerani tuh mintak tepon tuk tampal stiker TAP. blurr kejap. Sepanjang menggunakan TAP ni, sorry to say WORST, and telefon sy terpaksa kena format disebabkan stiker tu.

    ReplyDelete

Thanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.