Pengalaman Mengajar Bahasa Inggeris Peringkat SPM
Contohnya kalau pelajar tu secara konsisten mendapat B+ dalam ujian, tak pernah naik jadi A atau A+, secara realistiknya peluang untuk mendapat A atau A+ dalam SPM memang rendah.
Selalunya saya sendiri akan tengok prestasi dalam penulisan esei.
Macam masa results SPM baru-baru ini, ada 2-3 orang students saya dapat A- dan B+; saya rasa sedikit ralat tapi tak terkejut pun.
Prestasi esei mereka tak konsisten dalam kelas. Kadang-kadang bagus, kadang-kadang ke laut, kadang-kadang kita tahu depa guna ChatGPT. (Depa ingat kita tak tahu ke?!)
Selalunya apabila pelajar kongsi result SPM dengan saya, saya akan tanya, "CEFR dapat berapa?" (Nota: CEFR ni keputusan English yang ada di bawah slip SPM tu). Sebab bagi saya CEFR ni lah reflection kemahiran berbahasa Inggeris seseorang tu. Sebab ada yang dapat A tapi CEFR-nya cuma B2.
English ni bukan satu subjek yang kita boleh belajar last minute lepas tu nak score, terutamanya kalau kita tak ada asas dan kemahiran yang kukuh. Kalau nak bina ayat pasif atau kompaun pun ambil masa 10 minit, janganlah cari cikgu tuisyen 3 bulan sebelum exam. Cari 3 tahun sebelum.
Lagi satu, janganlah ada mindset belajar English ni sebab nak skor exam aje. English ni subjek yang praktikal yang boleh diguna pakai sampai kita meninggal. Jangan kita nafikan mereka yang mempunyai kemahiran berbahasa Inggeris ada 'added value' berbanding mereka yang kurang.
Ubah mindset nak belajar English untuk untuk kegunaan seharian. Insya Allah exam pun boleh skor.
Cikgu Bahasa Inggeris lulusan Universiti Malaya, Kuala Lumpur dengan 28 tahun pengalaman







11 Comments
Betul tu..Sy pun tgh cari slot utk tuisyen subject english utk che mek..
ReplyDeleteTaufik pun kalau bekerja di hotel pun dulu memang tak handal berbahasa inggeris...tapi asalkan customer faham pun dah cukup alhamdulillah
ReplyDeleteBaru faham kenapa dalam SPM results jadi begitu, dulu sikakak spm A+ & adik B+ siap buat semakan semula kerana trial dan ujian selalu dapat A. Tapi resultnya sama B+. Mungkin sebab mcm cikgu cakap,penulisan eseinya ketika itu tidak bagus.
ReplyDeleterespect cikgu2 english yg melayu ni sbb bukan mudah kan...
ReplyDeleteanak2 MA alhamdiluillah, impoved english masing2 bila dpt peluang & rezeki di international school kat bangkok dulu... yg perempuan tu dr mula2 masuk, memang x boleh langsung ckp english, alhamdulillah lepas a few month , makin ok and makin confident & improved sgt english dia bila mana dia terpaksa berkomunikasi dlm english...
Memang benar Pak Kie kemahiran berbahasa Inggris menjadi jembatan untuk mendapat jenjang karir yang lebih menjanjikan.
ReplyDeleteSalam,
Saya setuju. In fact, semua subjek saya rasa, tak boleh buat last minute. Kena dari awal. Saya bertuah sebab sekolah di bandar, di Damansara. Rata-rata, cakap English, sebab majoriti Chinese students. Mula-mula memang terkejut beruk, sebab pindah dari Aloq Setaq. Tapi makin lama, lidah jadi biasa. SPM A1 untuk English.
ReplyDeleteGuru yang disukai cikgu Abam ni..cg Marzuki, tahniah guru Bahasa Inggeris, orang bilang subjek killer
ReplyDeletebelajar BI penuh minat mudah menguasainya
ReplyDeletesaya tak pernah dpat A utk english. paling tinggi pun B je masa SPM
ReplyDeleteWak dulu paling bengap subjek BI sebab kat rumah spiking jawanis aje
ReplyDeleteMasa SPM dapat spanar hidup (F9)
Uncle sekarang mintak tolong cikgu chat gpt je
ReplyDeleteThanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.