Assalamualaikum. Hari Guru disambut saban tahun pada 16 Mei. Di sekolah abe kie pula, sambutan hari guru diadakan pada hari Ahad, 18 Mei lalu. Tema pada tahun ini ialah 'orang kampung'. Jadi semua guru memakai pakaian seperti kain pelikat, kain semutar, baju kurung Kedah dan sebagainya. Terasa kembali ke zaman kanak-kanak pula. 

Sebelum turun ke dewan tertutup untuk sambutan hari guru, kami para pentadbir menjamu selera dahulu dengan nasi himpit dan kuah kacang. Kebetulan hari lahir abe kie jatuh pada 19 Mei maka rakan2 pentadbir turut meraikan birthday Abe Kie dengan membelikan burnt cheese cake. Dari kiri tu Puan Pengetua, Guru Kanan Sains Sosial dan Penolong Kanan Pentadbiran. Seronok kan bila diraikan oleh rakan2 sejawat macam ni?  

Inilah pakain Abe Kie bersempena tema orang kampung tu. Pakai semutar kat atas kepala tu wajib. Lepas tu pakai roundneck T-shirt dan dilapisi oleh kemeja bunga2. Ni macam nelayan nak memukat ikan je layaknya. Kemudian pakai seluar panjang dan kain pelikat serta sandal. Tak ada pun niat nak menang seperti di sekolah lama tahun lepas. Cukuplah bagi memeriahkan majlis.

Acara sambutan hari guru bermula pada jam 10.45 am di dewan sekolah. Sebelah pagi tu kena masuk mengajar dulu sekejap. Huhuhu... Macam biasalah ada bacaan ikrar hari guru, nyanyian lagu 'Kami Guru Malaysia' persembahan pelajar, bertukar2 hadiah dan sukaneka.

Inilah barisan guru lelaki yang berpakaian mengikut tema orang kampung. Mantan PK HEM, Tn Hj Narzuki pun hadir bagi memeriahkan sambutan. Dia berdiri paling kiri. Manakala best dress dimenangi oleh Cikgu Wan Llah yg berdiri 3 dari kanan.

Untuk acara sukaneka team PKP telah memenangi acara keseluruhan. Hanya ada 2 acara iaitu mengupas dan mengukur kelapa dan 'ikut kata Kamarul'. Abe Kie pun turut serta menjadi ahli kumpulan PKP sekadar memeriahkan acara. 


Pada sambutan hari guru tahun 2025 ini Abe Kie cuma dapat 3 hadiah. Hadiah berbalut dalam kotak itu adalah dari pertukaran hadiah sesama guru. Hadiah dalam cawan tu GKSS yang bagi manakala pen 3 batang tu murid tingkatan 4 yang beri. Sedikit je hadiah tahun ini. Tak apalah. Daripada tiada langsung.

Tahniah kepada Kelab Guru dan Staf SMKLK dan Persatuan Pelajar Tingkatan 5 yang telah menganjurkan Sambutan Hari Guru 2025 dengan jayanya. Semoga sambutan pada tahun depan akan lebih meriah daripada tahun ini. InsyaAllah.