Assalamualaikum. Pada 9 April 2025 (Rabu) Abe Kie telah pergi ke PPD Tanah Merah, Kelantan untuk menerima surat kenaikan pangkat ke gred DG54. Abe Kie dapat notis tentang majlis penyerahan surat kenaikan pangkat ni pun pada petang sebelumnya. Itu pun mujur Abe Kie terlihat mesej dari kerani di sekolah lama yang hantar dalam group Whatsapp. Bimbang juga takut terlepas majlis ini. Maklumlah ini adalah gred terakhir dalam perkhidmatan sebagai pendidik. Alhamdulillah, kerani sekolah PM Abe Kie tentang majlis naik pangkat ini.

Setibanya di PPD, terus terserempak dengan Ketua Pegawai PPD, En Mohd Zaidi bin Mat Zain. Biar pun dia KPPD, namun dia mesra dengan Abe Kie kerana dia pernah mengajar bersama Abe Kie di SMK DMPR2 kira-kira 17 tahun yang lampau. Cuma tuah dia ke PPD dan terus mendaki tangga sehingga berada di puncak kerjaya. 

Alhamdulillah. Setelah sekian lama menanti dapatlah menerima memo kenaikan gred DG54/14 ini. Ini gred tertinggi seorang guru sebelum bersara. InsyaAllah lepas ni kerani sekolah skrg boleh membuat pergerakan dan tunggakan gaji dari 16 September 2024. Tak sabar nak terima gaji 5 angka nanti. Mesti banyak ribu duit yang bakal dapat. 

Akhir sekali Abe Kie bersyukur kepada Allah s.w.t diatas rezeki yang dikurniakanNya ini. Alhamdulillah.