Kita ambik iktibar apa yg berlaku. Tips keselamatan mandi sungai yang saya amalkan. Terutamanya sungai yg saya tak pernah sampai sebelum ini.

1. Bila sampai sungai, kalau ada orang tempatan, org yg meniaga di situ, atau pengunjung lain yg biasa di situ...tanyakan kalau2 sungai tu kerap berlaku kepala air. They will be more than glad to give extra information & safety tips, seperti kat mana spot yg air bahaya.

2. Sebelum masuk sungai tengok kawasan tebing sungai... perhatikan kesan2 air pasang setinggi mana. Boleh kenalpasti dari kesan2 sisa daun dan ranting yg tersangkut di tebing sungai. Boleh nampak seperti satu paras garisan di tebing sungai.

3. Sebelum masuk sungai, anggarkan kedalaman sungai tu, logiknya kalau spot yg gelap tu, agak dalam la. Kalau batu yg gelap, tanda dia berlumut dan licin. Pakai kasut utk aktiviti air kalau boleh.

4. Bila dah masuk sungai... kenalpasti siap2 mana escape route paling dekat, paling cepat, paling selamat dan paling tinggi utk anda selamatkan diri dan keluarga.

5. Semasa mandi, pastikan anda menghadap arah aliran air datang... maksudnya pandang ke hulu la. Supaya nampak bahaya datang, sama ada kepala air atau haiwan dlm air yg glide dgn aliran air, atau kayu2 tajam.

6. Sebaik2 nya... wisel di leher. At least kalau anda nampak bahaya... blow like crazy, akan alert averybody.

7. Spot yg anda mandi tu, kalau boleh pastikan ada clear straight view lebih kurang 50- 100m arah air datang. So boleh nampak kalau kepala air datang dari jauh. Jangan mandi di selekoh.

8. Kalau ada anak2 kecil... make sure they are within your reach. Budak2 ni belum well developed dari segi depa punya body coordination, menganggar bahaya etc. Jangan terlalu nak bagi freedom sangat dlm sungai, keep both eyes on them... takut menyesal tak sudah.

9. Kalau gelap di hulu sungai, air makin berkeladak, daun2 dlm sungai makin banyak mengalir, berbuih sana sini... ertinya air makin deras. Mungkin hujan di kawasan bukit hulu sungai. Gerak naik segera.

10. Kalau boleh sediakanlah tali ke, atau buoy ke atau apa2 yg boleh bantu utk rescue family atau org lain.

11. Kalau nak pacak khemah ke, nak buka kerusi healing ke, especially bermalam... sy takkan station tepi sungai yg sama level dgn aras air sungai.

Note: Pakai baju terang, at least kalau bobbing dlm air, senang orang nampak nak rescue.

Perkongsian Md Nor Fahmy