1. 𝘽𝙪𝙖𝙩 " 𝙏𝙤-𝙙𝙤 𝙇𝙞𝙨𝙩".

Ini adalah "Asas" kepada 9 tip yang berikut. Mula² kita senaraikan apa yang kita mahu lakukan hari ini dan minggu ini untuk diselesaikan.

Dengan cara ini kita boleh nampak "deadline" yang perlu dikejar dan tidak terkejut atau terlupa. Tidak lah kiter Ter Alah Mak🤭 pula.

2. 𝙐𝙩𝙖𝙢𝙖𝙠𝙖𝙣 𝙔𝙖𝙣𝙜 𝙋𝙚𝙣𝙩𝙞𝙣𝙜.

Selesaikan perkara yang paling penting dalam senarai dan utamakan yang utama.

Perkara ini bukan sahaja kita menjimatkan waktu, tenaga dan sumber tapi kita dapat fokus pada menyelesaikan perkara tadi.

3. 𝙎𝙚𝙢𝙖𝙠 & 𝙆𝙚𝙢𝙖𝙨 𝙠𝙞𝙣𝙞 𝘽𝙖𝙟𝙚𝙩 𝙈𝙞𝙣𝙜𝙜𝙪𝙖𝙣.

Hari minggu sesuai untuk kita memantau pengunaan wang pada minggu-minggu yang lepas dan melaksanakan bajet kewangan untuk minggu seterusnya.

Dengan mengetahui berapa wang yang ada di tangan, sasaran simpanan dan keperluan pembelanjaan, kita dapat mengelakkan terlebih pakai atau guna wang kita.

Kita tidak tertekan kerana kurang wang atau tertanya-tanya mana hilangnya wang kita. Gunakan Money Tracker App, bagi memudahkan pemantauan perbelanjaan.

4. 𝙆𝙚𝙢𝙖𝙨 𝙠𝙞𝙣𝙞 𝙀𝙢𝙖𝙞𝙡 𝙙𝙖𝙣 W𝙝𝙖𝙩s𝘼𝙥𝙥

Bagi mereka yang bekerja menggunakan email, WhatsApp dan lain lain messenger, eloklah menggunakan 1 jam pada hari minggu untuk membuat kemas-kini akaun anda, buang sahaja email-email yang tidak perlu, tidak penting atau tidak berkenan.

Selain mengurangkan beban data dan ruang ia juga mengurangkan kadar terlepas pandang atau distraction minggu kita. Fokus kepada perkara baik dan yang menyumbang kepada kejayaan kita.

5. 𝙆𝙚𝙢𝙖𝙨 𝙗𝙞𝙡𝙞𝙠 & 𝙈𝙚𝙣𝙙𝙤𝙗𝙞

Mengemas bilik bukan sahaja memberikan kelapangan kepada kita, ia juga satu aspek kesihatan dan separuh daripada iman. Bila bilik kita teratur dan bersih, mudah kita menghadapi minggu mendatang tanpa stress barang bersepah.

Baju juga teratur dan kita sudah boleh rancang pemakaian kita pada minggu seterusnya. Tidaklah tercari- cari tetiba baju belum basuh dan kita memerlukannya.

6. 𝙎𝙝𝙤𝙥𝙥𝙞𝙣𝙜

Perkara ini memang ramai yang gemar dan menyukainya, malahan memang menjadi perkara utama. Ia adalah habit yang baik cuma sering kali terlebih daripada keperluan. Contohnya keluar dari pagi sehingga malam, sehinggakan perkara lain tertangguh.
 

Ia menjadi habit yang baik apabila kita gunakan shopping ini untuk melengkapkan keperluan barangan dapur, perkakas rumah dan keperluan kehidupan.

Bagi kemahuan pula, set masa untuk Window shopping. Window shopping ini terapi dan juga keperluan supaya kita tahu harga tertentu. Nanti tidaklah mudah kena klentong waktu bebelanja semasa 'sales' nanti.

7. 𝙎𝙞𝙖𝙥𝙠𝙖𝙣 𝙗𝙚𝙠𝙖𝙡𝙖𝙣 𝙢𝙞𝙣𝙜𝙜𝙪𝙖𝙣.( Meal Preparation)

Tenang-tenang pada hari minggu kita boleh gunakan untuk menyediakan keperluan makanan untuk mingguan kita. Bagi yang bekeluarga kita sudah boleh rancang menu minggu ini dan barang keperluan.

Manakala mereka yang membawa bekalan makanan ke pejabat, penyediaan makanan akan menjimatkan masa harian, duit dan juga manfaat kepada mereka yang menjaga diet permakanan.

8. 𝙍𝙚𝙠𝙧𝙚𝙖𝙨𝙞

Ambil masa pada waktu pagi atau 30 minit di waktu petang untuk berekreasi. Gunakan masa ini untuk menghirup udara segar dan cahaya matahari yang baik untuk kulit. Bagi yang sudah bekeluarga. ini masanya kita boleh berekreasi bersama anak anak.

9. 𝙉𝙞𝙠𝙢𝙖𝙩𝙞 𝙝𝙖𝙧𝙞 𝙘𝙪𝙩𝙞. 

Nikmati hari cuti yang kita ada. Bagi mereka yang solo gunakanlah untuk menambah ilmu pengetahuan dengan membaca atau menonton video berfaedah. Boleh kiranya melayan rancangan kegemaran atau episod drama kesukaaan tapi jangan terlalu lama masa yang digunakan.

10. 𝘿𝙖𝙥𝙖𝙩𝙠𝙖𝙣 𝙩𝙞𝙙𝙪𝙧 𝙮𝙖𝙣𝙜 𝙘𝙪𝙠𝙪𝙥.

Seharian kita penuh dengan aktiviti dan rancangan eloklah pada malam ini kita tidur awal. Manjakan diri dengan membasuh muka, rehat dan urutan ringan serta sedikit affirmation mingguan yang baik.

Semoga hari esok, minggu seterusnya lebih baik dari sebelumnya.


Credit to Aliff Shanusi

12 Comments

  1. bagus sgt wat list mcm ni.. MA selalu wat list dlm otak je....

    ReplyDelete
  2. masak n kemas rumah jer lah..haha

    ReplyDelete
  3. List yang berguna. Tak la asyik membuang masa atas katil atau scroll media sosial je. Hari minggu kami ambik report card di sekolah anak2, bawak Louis bermain dengan kucing lain di cat cafe dan Ahad pulak saya mengikuti kursus online. Rasa produktif sangat minggu lepas hehe.

    ReplyDelete
  4. jarang buat list sebab selalunya hari ahad kalau suami tak kerja memang dia ada rutin apa perlu dibuat. Cuma bab berkebun tu dah lama la tak dibuat sangat, huhuhu kene buat jugak ni kalau tak jadi belukar sebelah rumah

    ReplyDelete
  5. Bagus checklist ni teacher.. kalau sy weekend checklist dah bermula sebaik sahaja punch out ofis 4.30 ptg tu.. hehehe

    ReplyDelete
  6. Banyak aktiviti bermanfaat boleh dilakukan bagi orang yang ada cuti pada hujung minggu

    ReplyDelete
  7. Betul rancang segala-galanya. Buat mana penting dahulu.

    ReplyDelete
  8. Hari minggu buat saya juga waktu istirahat, tapi terkadang suami nak refreshing karena sebelumnya dah penat dengan kerjaan 😄.

    Dan biasanya tiap Minggu juga waktu saya menyelesaikan draft di blog, supaya bisa dipublish segera mungkin

    ReplyDelete
  9. memasak, berkebun dan mengemas rumah.. itulah aktiviti setiap minggu

    ReplyDelete
  10. rasa xcukup masanya nak buat semua tu sedar2 hari cuti dh habis

    ReplyDelete
  11. Weekend saya selalu buat list senarai semak dan senarai siap. Buat juga preparation untuk minggu baru

    ReplyDelete

Thanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.