Kita masih tak sedar bahawa kita banyak membazir sebenarnya. Ramai yang saya jumpa anggap ia bukan pembaziran

1. Beli kereta yang salah, masih banyak kereta yang mampu dan murah

2. Belian online sebab tawaran Lazadahh sukar dilepaskan sehari sahaja.

3. Suka ikut apa kawan pejabat beli, dia beli aku nak beli juga.

4. Pakar semua gajet terkini tapi bab pelaburan tolak tepi. Bosan katanya lagi.

5. Suka makan luar,  dimana viral makanan gila. Kita sampai punya!

6. Beli di pasaraya sebab ada jualan Krismas Raya walaupun benda itu kita tak pernah guna.

7. Bil telefon luar biasa, kurangkan bercakap banyakkan mendengar dan membaca.

8. Tiada perubahan gaya hidup tiap kali tahun baru datang, masih berjoli sakan.

9. Percaya dengan semua produk kecantikan,  rajin beli dan cuba. Halal atau tidak kita tampal dimuka? Janji gojes dipandang mata.

10. Suka baca akhbar saja,  buku Wang Ada Dimana bagus banget untuk dibaca. Ramai yang berjaya.

11. Semua warna tudung dan fesyen yang kita ada penuh almari kita. Barulah hijalasbista katanya

12. Buat sambutan hari jadi sendiri,  alah setahun sekali. Cubalah beli emas hadiahkan diri, itu simpanan yang baik untuk masa depan.

13. Membazir air dan api dirumah tanpa rasa bersalah, sikit jer pun.

14. Keluar rumah tanpa rancangan,  jumpa apa semua beli saja. Baru puas dihati. Enjoylah hidup ini.

15. Tadika anak kita mahal gila, bukan boleh masuk universiti dah tamat nanti. Tapi sebab nak ada gambar konvo nanti katanya.

16. Beg dan kasut sekolah baru anak walau masih elok lagi. Bagi semangat katanya, jika mereka cemerlang tak mengapa.

17. Cuba amalkan doa "Ya Allah peliharalah mata ini dari terbeli barang tak guna dan cair dengan godaan mata jurujual jelita".

Banyak benda kecil kita selalu tak kisah. Sebab itu hidup kita susah.

Sumber: Azizul Azli Ahmad
Jaga Mata Kita