Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada semua anak didikku  yang dikasihi sekalian……………… Alhamdullillah, sewaktu cikgu menulis warkah ini buat anakanda semua, cikgu sedang berada dalam keadaan sihat walafiat di bawah lembayung rahmat Ilahi…….

Anak-anakku sekalian…….

Bagaimana persiapan menghadapi peperiksaan SPM kali ini? Adakah kalian semua telah berusaha bersungguh-sungguh? Atau sekadar melepaskan batuk di tangga? Hidup ini terlalu singkat, jangan sia-siakan dengan perkara yang tidak berfaedah……..

Anak-anakku sekalian……

Kehidupan ini perlu diteruskan dengan kekuatan dan semangat yang tinggi….. jangan terlalu memanjakan diri….. Hidup perlukan pengorbanan….. Pengorbananmu buat masa ini adalah belajar bersungguh-sungguh demi masa depanmu jua….. Kejayaan tidak akan datang bergolek, pipih tidak datang melayang….. SPM  semakin hampir, adakah kalian semua telah bersedia untuk menghadapinya??

Anak-anakku…….

Hormatilah ibu bapamu, hormatilah semua guru-gurumu……. Semua subjek, semuanya penting….. jangan memilih bulu dalam menimba ilmu pengetahuan……. Semua guru itu sama, semuanya membawa kalian  ke arah kejayaan…. Tiada seoarang guru pun yang ingin membenarkan dirinya membiarkan anak muridnya menghampiri kegagalan……… Cuma cara sahaja yang membezakan antara setiap guru……ingatlah wahai anakku, doa dari seorang guru banyak memberi kesan dalam kehidupan kita….. Tanpa seorang guru, mungkin kita tidak akan berjaya sepenuhnya……jangan sesekali menyakiti hati nuraninya, jangan biarkan mereka terasa sengsara dengan kehadiran kita……. Ini ingatan dari ayahanda…….

Pernah satu ketika dulu, sewaktu cikgu berumur 16 tahun, cikgu pernah mengatakan sesuatu yang agak kurang sopan terhadap seorang warden asrama sekolah…… Puas cikgu merayu memohon ampun padanya, hakikatnya beliau tidak mempedulikan permohonan maaf daripada cikgu……. Ketika tingkatan 5, cikgu yang sama juga yang mengajar cikgu subjek Fizik……..Akhirnya keputusan peperiksaan cikgu (sewaktu SPM subjek Fizik dapat D je) walaupun hakikatnya cikgu merasakan yang cikgu boleh menjawab sepenuhnya…..

Jika satu masa nanti, keputusan kalian tidak seperti yang diharapkan, refleksi diri kembali “Adakah aku telah melakukan sesuatu yang melukai hati guruku?”

Anak muridku sayang……

Sepanjang cikgu bersama dengan kalian semua, terlalu banyak kenangan yang sukar untuk cikgu lupakan terutamanya ketika kalian menghadiahkan sesuatu yang berharga buat cikgu……….. Cikgu selalu mengharapkan agar kalian semua berjaya menjadi manusia yang berguna pada bangsa dan Negara…….

Cikgu pernah terdengar yang kalian semakin malas dan nakal ……..jangan lakukan sedemikian……Ingat pesan cikgu ini, kalau kita malas sekarang, bermakna kita ingin menutup kejayaan buat diri kita pada masa depan……. Harungilah  kehidupan ini dengan hiburan yang sederhana, kerana  keseronokan itu hanya sementara…….jangan rosakkannya dengan tingkahlaku yang boleh menjahanamkan jiwa…..Rohani perlu diperkuatkan dengan solat dan alunan bacaan Al-Quran….. Berdoalah pada Tuhan yang satu, agar dipermudahkan segala urusan dan menjadi anak yang soleh dan solehah………bagi yang bukan islam, mintalah semoga kehidupan anda sentiasa sejahtera dan bahagia…..

Kita ini hambaNya, semestinya Dia akan mendengar rintihan dan doa kita……… 

Cikgu rasa setakat ini sahaja warkah cikgu buat kalian di sana, jika panjang umur mungkin kita akan berjumpa lagi di masa-masa akan datang….. Salam sayang dan kerinduan buat anak-anakku sekalian…….

Ikhlas,

Gurumu……………

 😎 🛵🌸


13 Comments

  1. Rasa tersentuh hati. Teringat cikgu-cikgu saya dahulu yang mengajar saya.

    ReplyDelete
  2. best teacher in the world..:)

    ReplyDelete
  3. Alaa.. kenapa dulu sy tak jadi anak murid Abam Kie.

    ReplyDelete
  4. alahai...sayu lak baca warkah ni... terima kasih buat semua guru

    ReplyDelete
  5. Semoga anak2 didik cikgu sudah bersedia secukupnya untuk menghadapi SPM

    ReplyDelete
  6. Pesanan guru yang amat bermakna sekali buat kita semua

    ReplyDelete
  7. syahdu baca coretan seorang cikgu untuk anak2 murid kesayangan mengharapkan kejayaan mrk

    ReplyDelete
  8. harapan seorang guru lebih besar dari harapan ibu bapa diorg..

    ReplyDelete
  9. pesanan guru.. hanya mahu anak didiknya berjaya

    ReplyDelete
  10. Betapa jasa cikgu-cikgu begitu besar.. sentiasa mengingati anak murid..

    ReplyDelete
  11. Betapa besarnya pergorbanan seorang pendidik

    ReplyDelete

Thanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.