1.Kalau suka beli emas atau kumpul emas, aku cadangkan buka lah akaun MIGA. (Maybank Islamic Gold Account).

2.Maybank akan bertindak sebagai agen yang menjual,membeli dan menyimpan emas 999.9 yang kita beli.

3.Zaman sekarang, ketidak tentuan dan inflasi yang tinggi, elok lah simpan duit dalam bentuk emas sikit.

4.Transaksi sangat mudah. Buka akaun di maybank2u. Pilih option Wealth > apply MIGA.

5. Harga emas Beli dan Jual akan update setiap hari. Pembelian boleh dilakukan pada setiap hari 8.30pagi-11.59malam setiap hari termasuk hujung minggu dan cuti umum

6.Spread untuk buy/sell sekitar 4%. Untuk pembelian 100g keatas, spread lagi kecil. Bermakna harga beli lebih murah dan harga jual lebih tinggi daripada biasa.

7. Setelah beli emas, maybank sebagai agen akan menyimpan emas kita beli tadi ditempat yang selamat.

Jadi ada kos upah simpan iaitu 0.5% setiap tahun. Jika ada simpanan emas bersamaan nilai rm100k, maka kos upah simpan ialah rm500 setahun.

8. Emas ini juga boleh di jual terus kepada maybank dan dipindah milik jika tidak lagi perlu.

9. Kalau tiba2 terasa nak pegang dan simpan sendiri emas itu, emas tadi boleh ditebus. Emas tadi boleh diambil di cawangan maybank yang terpilih, melalui pos atau special delivery.

Setiap penebusan dikenakan yuran penebusan.

Contoh, untuk penebusan 1g yuran ialah rm25, 100g yuran dikenakan ialah rm350 dan 1000g ialah rm1500.

10. MIGA ni sangat flexible, dan sangat senang. Dapat gaji, peruntukkan sedikit beli emas secara online sahaja. Rm10 dah boleh beli emas. Jual beli yang cepat.

Jom Buka!!