Kepada mereka yang selalu ke outstation samada untuk urusan rasmi ataupun bercuti, ketika menginap di hotel, cuba amalkan perkara-perkara yang berikutnya:

1) Selepas check in, ketuk pintu dulu sebelum masuk bilik. Buka pintu dan bagi salam. Kita tak tahu dalam bilik tu ada 'benda' atau tidak. Sekurang-kurangnya kalau ada tu, 'dia' tahu kita ni jenis beradab.

2) Kasut/selipar tu kalau boleh jangan disusun rapat. Salah satu sengaja terbalikkan. Kerana 'benda' ni mereka suka 'mencuba' barangan kepunyaan kita. Bila tercuba dengan sesuatu yang 'ngam', dia akan terus berada di situ, tak berganjak sehingga 'dia' ikut kita balik rumah.

3) Sekiranya kain jendela bilik tertutup dan hari masih siang, bukakan kain dan jendela itu sekejap. Dengan membuka tingkap ni, 'haba' dari luar akan masuk memenuhi ruangan dalam dan apa-apa yang 'sejuk' di dalam akan keluar. Pendek kata, pastikan bilik tu ada peredaran udara.

4) Ketuk, dan buka pintu bilik mandi dan pasangkan lampu dan biarkan pintu tu terbuka (sekejap), juga untuk tujuan peredaran udara kerana bilik mandi adalah ruangan yang paling 'sejuk' di dalam sesebuah bilik hotel dan jangan lupa juga, flush kan tandas sekali (tujuan untuk membuang aura negatif yang mungkin telah lama bertakung) dan bukakan pili untuk biarkan air mengalir sebentar dan basuhkan tangan dan kaki.

5) Sekiranya anda seorang sahaja dan diberikan bilik berkatil kembar, penuhkan salah satu katil tu dengan barang-barang seperti beg, baju, seluar, dokumen-dokumen dan bantal yang tak digunakan tu kalau boleh, letakkan di katil yang anda akan tidur.

Sekiranya mendapat bilik dengan katil jenis Queen atau pun King, gunakan ke semua bantal yang ada dan tidur di tengah katil. Jangan tidur di sebelah sahaja dan biarkan sebelah lagi tu kosong.

6) Ketika nak masuk tidur, biarkan salah satu lampu dalam bilik terpasang ataupun sekurang-kurangnya pasangkan lampu dalam bilik mandi.

7) Membaca doa sebelum tidur agar kita dijauhi gangguan yang tidak diingini.

😎 Jangan tinggal solat

Semoga bermanfaat

22 Comments

  1. thank you for sharing....seram jg...no. 6 selalu buat bila tidur hotel..

    ReplyDelete
  2. Kita selalu buat no 5 tu, hehehe.. tapi perkara pertama tu, memang wajib beri salam, ketuk tu sy tak pernah buat laaa

    ReplyDelete
  3. Selalu terjah masuk tiada ketuk pintu. Tq for info.

    ReplyDelete
  4. Ada disiplin ke?

    Kalau uncle... bukak pintu terus terbang atas katil.... Zzzzzzzzz

    ReplyDelete
    Replies
    1. dady yang nakal..hahaha..kena amal tips cigu ni bro..kita gurau2 ja ya

      Delete
    2. hahaha... bertempiaran lari semua entiti yg ade atas katil tu...

      Delete
  5. yg lain selalu amalkan, cuma yg no 2 tu...baru tau. tq for sharing!

    ReplyDelete
  6. ooo...saya mmg buat semua tu bila masuk ke dalam bilik hotel kecuali buka jendela (sbb ada hotel takde jendela), biarkan air paip mengalir seketika dan kasut berselerak (yang ni pantang..sbb akan susun elok2 kasut..hehehehe)

    ReplyDelete
  7. Subahanallah tips bagus diamalkan ini..terima kasih ya Cikgu

    ReplyDelete
  8. Terima kasih kongsi tips.

    Selalu check in sekeluarga, ada sekali tu ikut media trip bawa anak sorang. Dapat pulak bilik besar. Alahai seram pulak. Terus campak semua barang ke katil sebelah, kepit anak kuat kuat sepanjang malam.

    Maknya yang terlebih penakut😅

    ReplyDelete
  9. Asalam tahnia antara hits bloglist Blogger di laman Etuza ya

    ReplyDelete
  10. betul tu abam kie
    selak langsir
    bukak dulu toilet tu
    bukak lampu bilik hotel tu
    solat jgn tinggal

    ReplyDelete
  11. tips yg berguna lebih-lebih lagi musim sekarang yg hotel banyak baru dibuka lepas lama cuti. seram pun ada sedikit huhu

    ReplyDelete
  12. Kadang kat rumah segala tips nak praktikan bila dah sampai semua lupa.
    Terima kasih atas perkongsian cikgu

    ReplyDelete
  13. kalau beramai dalam bilik takpe..tp kalau sorang huhu.
    penah tidur hotel pastu husband ada kerja kat luar. ammi tinggal ngan anak je (masa tu anak sorang)..ya Allah..masa tu meremang je tetiba

    ReplyDelete
  14. Pengalaman saya pernah terrsalah masuk bilik dihotel perak. Malam² tidur dengan sekumpulan tukang rumah (bunyi bising org bertukang sampai pukul 4 pagi haha)

    ReplyDelete
  15. good tips abe. mama mmg selalunya saspen bila nk tido hotel.. Kasut/selipar jgn disusun rapat tu baru tahu

    ReplyDelete
  16. aida cukup lemah kalau kursus kat hotel. memang akan dpt bilik sorang sorang. aduhai, abe Ki, seram! selain dari memenuhkan katil sebelah tu dgn brg, aida akan on tv hingga ke subuh. if sunyi, tak boleh tido!

    ReplyDelete
  17. wajib bagi salam. bilik hotel ni kadang ada yg masuk ja terus rasa seram

    ReplyDelete
  18. boleh diamalkan. selalunya bile dah seronok sgt nak check in hotel, lupe terus perkara2 ni

    ReplyDelete
  19. dtg sini nak share post ni dgn adik2 mama

    ReplyDelete

Thanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.