Kepada mereka yang selalu ke outstation samada untuk urusan rasmi ataupun bercuti, ketika menginap di hotel, cuba amalkan perkara-perkara yang berikutnya:

1) Selepas check in, ketuk pintu dulu sebelum masuk bilik. Buka pintu dan bagi salam. Kita tak tahu dalam bilik tu ada 'benda' atau tidak. Sekurang-kurangnya kalau ada tu, 'dia' tahu kita ni jenis beradab.

2) Kasut/selipar tu kalau boleh jangan disusun rapat. Salah satu sengaja terbalikkan. Kerana 'benda' ni mereka suka 'mencuba' barangan kepunyaan kita. Bila tercuba dengan sesuatu yang 'ngam', dia akan terus berada di situ, tak berganjak sehingga 'dia' ikut kita balik rumah.

3) Sekiranya kain jendela bilik tertutup dan hari masih siang, bukakan kain dan jendela itu sekejap. Dengan membuka tingkap ni, 'haba' dari luar akan masuk memenuhi ruangan dalam dan apa-apa yang 'sejuk' di dalam akan keluar. Pendek kata, pastikan bilik tu ada peredaran udara.

4) Ketuk, dan buka pintu bilik mandi dan pasangkan lampu dan biarkan pintu tu terbuka (sekejap), juga untuk tujuan peredaran udara kerana bilik mandi adalah ruangan yang paling 'sejuk' di dalam sesebuah bilik hotel dan jangan lupa juga, flush kan tandas sekali (tujuan untuk membuang aura negatif yang mungkin telah lama bertakung) dan bukakan pili untuk biarkan air mengalir sebentar dan basuhkan tangan dan kaki.

5) Sekiranya anda seorang sahaja dan diberikan bilik berkatil kembar, penuhkan salah satu katil tu dengan barang-barang seperti beg, baju, seluar, dokumen-dokumen dan bantal yang tak digunakan tu kalau boleh, letakkan di katil yang anda akan tidur.

Sekiranya mendapat bilik dengan katil jenis Queen atau pun King, gunakan ke semua bantal yang ada dan tidur di tengah katil. Jangan tidur di sebelah sahaja dan biarkan sebelah lagi tu kosong.

6) Ketika nak masuk tidur, biarkan salah satu lampu dalam bilik terpasang ataupun sekurang-kurangnya pasangkan lampu dalam bilik mandi.

7) Membaca doa sebelum tidur agar kita dijauhi gangguan yang tidak diingini.

😎 Jangan tinggal solat

Semoga bermanfaat