Assalamualaikum. Kawan2 ada mengeluarkan zakat wang simpanan kan? Kalau sudah, Alhamdulillah. Jika belum, marilah kita sama2 mengeluarkan zakat berkenaan kerana mengeluarkan zakat adalah Rukun Islam yang keempat. 

Jika kita menyimpan wang di Tabung Haji, zakat simpanan akan dibayar secara terus oleh TH. Kita terima dividen yg bersih. Tetapi jika kita menyimpan duit di dalam akaun simpanan bank dan ASB, kita terpaksa mengira dan mengeluarkan zakat simpanan tu secara manual. Susah jugak kan? 

Jangan risau! Sekarang ini ada dua bank yang menolong penyimpan2nya mengeluarkan zakat simpanan iaitu Bank Islam dan Bank Muamalat. Pada hari ini abam kie nak menceritakan cara mendaftar auto-zakat deduction di Bank Muamalat. Setakat yang Abam Kie tahu, pelanggan2 Bank Muamalat di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Selangor, Melaka, Kelantan, Pahang, Sarawak dan Pulau Pinang boleh melanggan servis ini dengan percuma. Untuk negeri2 lain kena buka perbankan internet Bank Muamalat di browser lah ye....

Zakat wang simpanan itu akan disalurkan kepada Majlis Agama Islam Negeri di mana pelanggan menetap. Macam abam kie ni, sudah pasti akan dibayar kepada MAIK. 

Perkhidmatan Ez-Zakat Muamalat ditawarkan di semua 65 cawangan Bank Muamalat di seluruh negara dan kaedah pengiraan dan pemotongan zakat yang digunakan adalah sesuai dengan amalan yang diamalkan oleh setiap pusat zakat negeri. Pemotongan zakat akan dilakukan secara automatik apabila terdapat cukup haul dan nisab (dalam akaun).

Nisab yang mencukupi adalah tahap minimum yang menentukan sama ada harta yang perlu dibayar untuk zakat, sementara haul yang mencukupi adalah tempoh penyelesaian satu tahun pemilikan aset zakat.

 

Untuk pelanggan2 Bank Muamalat, kawan2 boleh je mendaftar perkhidmatan ini di i-muamalat. Pendaftaran adalah percuma. Cuma pilih menu 'Auto-Zakat Maintenance'. Selepas itu ikuti je arahan yang diberikan. 

Alhamdulillah. Abam Kie berasa lega apabila melanggan perkhidmatan ini kerana ia memudahkan kewajiban ABam Kie untuk menunaikan zakat wang simpanan yang dilupai selama ini. Semoga Allah menerima zakat yang kita keluarkan ini. In Shaa Allah.

12 Comments

  1. aah yek..zakat wang simpanan. selalu bayar zakat pendapatan tapi zakat wang simpanan yang secoet ni tak pernah bayar pun...Allahhhh. Terima kasih atas ingatan abe

    ReplyDelete
  2. Terima kasih atas info ni. Berguna sangat.

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah... Jika zakat pendapatan memang saya buat bayaran setiap bulan.

    ReplyDelete
  4. tu la saya nak beli ASB pun tak jadi sbb takut terlupa nak bayar zakat sendiri. akhirnya simpan dalam Tabung Haji dan AHB sbb zakat dah dipotong siap-siap dpd dividen

    ReplyDelete
  5. Mudah, semua urusan dihujung jari je. Terima kasih untuk peerkongsian ni.

    ReplyDelete
  6. Saya setiap Januari kena kira zakat yang perlu dikeluarkan untuk ASB.
    Bagus juga Bank Muamat yang buat.

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah menyimpan n berzakat dgn mudah

    ReplyDelete
  8. memudahkan, terima kasih abam for sharing info

    ReplyDelete
  9. servis yang bagus dah perlu diperkembangkan

    ReplyDelete

Thanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.