πŸ’‘ *MENGAPA BAHASA INGGERIS ITU PENTING?*

Mesti setiap sorang daripada kita pernah bertanya pada diri sendiri – 5 tahun akan datang apakah yang akan terjadi pada diriku?

Di manakah akan aku tinggal?

Dengan siapakah akan aku berteman?

Kerja apakah yang akan kulakukan?
...Mesti pernah, kan?

Setiap hari, bila kita lihat atau baca tentang orang-orang Malaysia yang terkenal dengan kejayaan hidup mereka, perasan tak? - kebanyakan daripada mereka boleh bertutur dalam 2 jenis bahasa sekurang-kurangnya.

Lihat Profesor Dr. Muhaya (mahir Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris)
Dr Sheikh Muszaphar Shukor (BM & BI)...
Dr Amalina Bakri (BM & BI)
Penyanyi Shilla Amzah (BM & Bahasa Cina!)...
Yuna (BM & BI)
dan ramaaai lagi....😊

Memanglah benar, mahir berdwibahasa tidak semestinya berjaya dalam hidup. Bijak berbahasa, tidak semestinya bijak dalam segalanya.

Namun, KOMUNIKASI ADALAH SEGALA-GALANYA!

The key to success is COMMUNICATION kata omputeh....😬
Cuba bayangkan...

Bagaimana awak nak ceritakan pada kawan Korea πŸ‡°πŸ‡·πŸ‡°πŸ‡· yang awak kenal online tu, tentang cita-cita awak?( Tak kan nak guna bahasa isyarat?)

Bagaimana awak nak jelaskan pada pelanggan tentang produk yang awak jual? πŸ’°πŸ’° ( Kecuali kalau awak nak jual pada pembeli-pembeli di Malaysia saja bolehlah, tapi tu tak mencabar ).

Bagaimana nak beritahu boss koperat kat ofis tu, yang awak inginkan gaji awak naik sebab awak dah puas membanting tulang selama setahun? ⚖️⚖️ (Mestilah kena tunjuk bukti dan jelaskan dalam BI, kan? Baru power!)

Pulak tu nanti, bagaimana awak nak jawab interviu dalam BI kalau awak nak apply kursus Designing? Marketing? Computer? Catering & Culinary?πŸ‘¨πŸ»‍πŸŽ“πŸ‘©πŸ»‍πŸŽ“

Begini, tetapkan fikiran bahawa Bahasa Inggeris bukan sekadar subjek yang kita kena belajar di sekolah, tau? Ia BUKAN SUBJEK SEKOLAH yang dipaksa oleh Cikgu BI awak untuk membaca dan bertutur (sampai nak tergeliat lidah, kadang-kadang tu sampai menitik air mata!)…lepas tu dipaksa LULUS PERIKSA pulak! 😭 Sadis...

Kalau awak berfikiran begitu, maka awak tak ubah seperti lembu yang dicucuk hidung. πŸ„πŸ‚

Disuruh jalan, jalan
Disuruh makan, makan
Kalau degil kena rotan
Last-last kena sembelih jadi daging korban

Ehh..berpantun pulak dia
Raya Haji nak dekat dah kaan...πŸ˜†

Sampai bila awak nak jadi lembu? πŸ€”πŸ€”(Tiada apa-apa maksud penghinaan di sini, hanya perumpamaan).

Bahasa Inggeris adalah bahasa untuk BERKOMUNIKASI. Komunikasi yang akan membawa kita keluar...

Keluar ke mana?

Luar daripada hidup *biasa-biasa*
Luar daripada lingkungan *kemiskinan ilmu*
Luar daripada kotak *kesempitan fikiran*

Bahasa Inggeris akan mengenalkan pada diri kita tentang dunia teknologi, dunia hiburan dan ilmu-ilmu lain yang kita tak diajar di sekolah. Malah, kemahiran dalam Bahasa Inggeris akan membantu kita menyelesaikan banyak masalah, *menghindari diri dari kekeliruan dan penipuan* seterusnya *menjauhi diri dari kerugian dan penyesalan*.

Tapi kan? Orang kita ni kadang-kadang akan berkata.…😏

Ooh…si Milah tu pandai speakinglah. Sombong dia tu...ATAU
Ooh…mak ayah si Udin tu cakap omputeh di rumahlah. Mesti kaya tu.
πŸ˜–πŸ˜–
 
Inilah mindset yang kita perlu DELETE daripada pemikiran kita, kalau kita nak maju. Tak semua orang yang mahir BI tu kaya atau sombong. Sama seperti orang yang mahir Bahasa Arab - tak semuanya warak atau pernah belajar di Mesir! πŸ˜‡

Jom kita sama-sama mahirkan Bahasa Inggeris dalam diri kita demi kebaikan masa depan kita sendiri juga akhirnya.... bukan untuk orang lain!

Bercakap English tu bukan bermaksud kita melupakan asal-usul kita. Kita hanya mahu menjadi orang yang lebih BAGUS dari yang biasa-biasa

Sumber: Roslinda Ahmad (Guru TESL di SMK Tengku Ampuan Rahimah, Kelang)