Hmmm.. entah la tak tahu apa nak cakap tentang sikap dan perangai rakyat Malaysia apabila kerajaan kita melaksanakan PKP dan memperketatkan SOP bagi menangani pandemik Covid 19 ni. Ada saja alasan dan ketidakpuasan hati mereka. Kerajaan buat semua ini untuk kesejahteraan rakyat, bukan saja2 nak buat!

Baiklah, sekarang abam kie nak berkongsi akan sikap, aduan dan alasan rakyat Malaysia mengenai SOP PKP yang sedang dilaksanakan sehingga 4 Februari ini. Serasa abam kie la, PKP ini akan dilaksanakan sehingga Raya Puasa nanti. Jadi bertabahlah duhai semua rakyat Malaysia sama ada di bandar atau di desa. 

Laksana PKP - Tak Puas Hati
Perketatkan SOP - Tak Puas Hati

Tak boleh rentas negeri dan daerah - Marah
Bagi rentas negeri dan daerah - Marah

MeLonggarkan SOP - Marah Tak Puas Hati
PKP semula - Marah Maki kata Kerajaan Zalim

Ketatkan SOP semula - Marah Nak Tindas Rakyat
Tutup sekolah - Marah Anak2 Tercicir Pelajaran

Buka Sesi persekolah - Marah lagi
Tutup kilang dan pembinaan - Marah Sekat Rezeki pekerja
Buka kilang dan pembinaan - Maki hamun punca kluster

14 hari Kuarantin - Marah sbb lama sgt susah nak makan
9 hari Kuarantin - Tak cukup masa boleh sebar kes

Kuarantin di Hotel - Marah sebab Mahal kena bayar
Kuarantin di Dewan tertutup - Marah sebab tak selesa/rasa dianaktiri oleh kerajaan sendiri

Bagi keluarkan KWSP akaun 2 - Marah tu duit sendiri kenapa kerajaan tak bagi bantuan
Tak bagi keluarkan KWSP akaun 1 - Marah lagi sebab tu duit sendiri kenapa nak sekat

Bagi BPN 2021 - Marah sebab hanya bersasar utk B40/M40
Tak bagi BPN 2021 - Mengamuk sebab rakyat terjejas

Cucuk Vaksin - Marah kata tu agenda Yahudi
Vaksin lambat sampai - Maki kerajaan lembab bagai

Korang jelah betul semua...molek ngejek atas tengkuk! Biar mapuh terus!!! 🤣

Kredit : KNRA

14 Comments

  1. memang tak dapat nak memuaskan hati semua orang.

    ReplyDelete
  2. Hehe itulah semua tidak betul. Ini salah itu salah.

    ReplyDelete
  3. kita tak boleh nak puaskan hati semua orang. kita jaga diri sendiri saja lah.

    ReplyDelete
  4. Itu lah manusia yang bernama hamba...

    https://naimyart.blogspot.com/2021/01/giveaway-minyak-herba-asmak-by-kak-ecah.html

    ReplyDelete
  5. list yang takkan habis kan abam kie

    ReplyDelete
  6. Semuanya serba tak kena ( garu kepala yang tak gatal ) 😇😇

    ReplyDelete
  7. Kita tak boleh nak puaskan hati semua orang.

    ReplyDelete
  8. semua tak puas hati. rasa nak lepuk aje yg tak reti nak bersyukur tu aishh

    ReplyDelete
  9. Betul tu semua apa yg kerajaan ada mereka yg xpuas hati..

    ReplyDelete
  10. Kita ikut je lah perintah dari kerajaan ni

    ReplyDelete

Thanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.