Setiap dari kita umat Islam mesti membaca Al-Quran dengan betul tajwidnya agar solat kita diterima Allah. Sebenarnya saya sudah lama ingin mengikuti kelas tajwid namun belum jumpa dengan guru yang sesuai. Saya lebih suka mengadap tok guru face-to-face daripada belajar dalam kumpulan kerana ada perasaan malu dan rendah diri.

Kebetulan pada minggu lepas bekas ibu mentua saya menawarkan diri untuk mengajar tajwid kepada saya secara percuma. Katanya bila dia sudah tiada dapatlah saya mengajar anak-anak mengaji Al-Quran. Tambahan pula teman wanita saya kehairanan bila saya kata saya menghantar anak-anak mengaji dengan nenek mereka dan bukannya diajari oleh saya sendiri. Malu gak saya sebentar. Demi teman wanita tercinta saya kena betulkan tajwid ni. Ahakss!

Jadi pada petang Isnin lepas kelas pertama bermula selama 15 minit. Saya membaca surah Al-Baqarah sambil bekas ibu mentua saya membetulkan mana bacaan yang tersasar. Sedikit demi sedikit saya menyedari kesilapan selama ini dan membetulkan mana yang patut. Banyak ilmu yang saya dapat hari itu. Tidak sabar rasanya untuk ke kelas seterusnya pada Sabtu ini. Kalai ini saya kena bawa pen dan buku catatan untuk mencatit nota.

Sesungguhnya Al-Quran mesti dibaca dengan betul tajwid dan lagunya agar ibadah kita diterima Allah. Lebih baik jika Al-Quran itu diamalkan dalam kehidupan seharian kita, kan?

P.S. Bekas ibu mentua saya sudah meninggal pada Oktober 2018. Al-Fatihah (dibaca) dan Innalillahiwainnailahirajiuun....