Ok, pada entri kali ini, Abe Kie ingin berkongsi dengan rakan-rakan blogger tentang tanda-tanda atau kriteria yang boleh membuatkan anda tergolong dalam kategori lelaki atau wanita yang subur.

Abe Kie senaraikan ciri-ciri tersebut mengikut lelaki dan wanita dalam senarai berikut:

[1] Isipadu air mani lelaki yang terhasil dalam satu pancutan mestilah 1-5 mL.

[2] Daripada jumlah tersebut, mesti mengandungi sekurang-kurangnya 20 juta sel sperma dalam setiap 1 mL.

[3] Sel sperma haruslah mempunyai bentuk normal dari segi morfologi.

[4] Air mani tidak boleh terlalu pekat kerana ini menyukarkan pergerakan sperma kelak di dalam faraj isteri anda.

[5] Bagi wanita, pada hari ke-14 selepas berlakunya haid, anda akan dapati faraj anda berasa lebih basah dan mengandungi lebih cairan. Pelepasan ovum harus berlaku pada hari ke-14 ini.

[6] Payudara wanita akan lebih berasa pejal dan montok ketika hari subur tersebut.

[7] Wanita tersebut pada hari subur mereka, mereka juga akan lebih merasa ingin sentiasa bersama pasangan serta sifat manja mereka terhadap suami akan lebih ketara :-)

Itulah 7 tanda yang menentukan samada seseorang lelaki atau wanita itu subur atau tidak.

Abe Kie mendoakan agar rakan blogger yang baru mendirikan rumahtangga akan dapat menimang cahayamata pada tahun pertama perkahwinan. Selamat mencuba! InsyaAllah, akan dapat bayi yang comel, sihat dan cukup sifat nanti.

11 Comments

  1. baca je sambil buat revision sbb nak ber'anak' kecil lagi dah tak relevan utk kami suami isteri

    ReplyDelete
  2. tq abam satu post yg bagus

    ReplyDelete
  3. terima kasih abam kie atas sharing.

    ReplyDelete
  4. Dah stop dah.. Rancang2 nya tak mau beranak dah. Cukup la 2 ketoi budak bertuah ni.Hahah

    ReplyDelete
  5. Info yang berguna especially untuk generasi yang akan datang..

    ReplyDelete
  6. Shida masih mencuba :)
    tq abam kie atas perkongsian :)

    ReplyDelete
  7. Info pendidikan orang dewasa yang sangat bagus. Good info Mr Abam Kie.

    ReplyDelete

Thanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.