Friday, 7 February 2020

Umat Melayu Islam Tak Ambil Pengajaran?


Dengar sini wahai Orang-orang Melayu Islam! "Jangan kau bunuh singa di kalanganmu, atau anjing lawan akan memakanmu".

MARI KITA BELAJAR DARI GENGHIS KHAN, IA ADALAH PELAJARAN YG AMAT BERGUNA UNTUK UMAT ISLAM TERUTAMA ORANG2 MELAYU ISLAM DI MALAYSIA....IN SYAA ALLAH!

Ketika umat Islam diserang tentera Tartar, hampir seluruh wilayah Islam berhasil dijajah. Di antara yang terawal adalah wilayah Khurasan yang berjiran dengan Mongol. Pada mulanya, di Khurasan, Tartar tidak berdaya menembus pertahanan umat Islam di kota Bukhara.

Lalu pemimpinnya, Genghis Khan menulis surat kepada umat Islam :
"Barang siapa yang menyerahkan senjata dan berada di sisi tentera Tartar, akan selamat. Tapi barang siapa yang enggan, mereka akan kami buat menyesal."

Surat tersebut menyebabkan umat Islam yang sedang terancam itu terpecah menjadi dua kubu.
Kubu pertama menolak keras tawaran

Genghis Khan dan berkata :
"Seandainya mereka mampu memerangi kita, tidak mungkin mereka memberi penawaran seperti ini. Ini menandakan peluang kita cerah. Teruskan perjuangan, pasti kita akan beroleh salah satu di antara dua kebaikan : menang atau syahid penuh bahagia!"

Namun kubu kedua cenderung menerima tawaran tersebut. Mereka berkata :
"Menghadapi Tartar sama saja bunuh diri massal! Tidakkah kalian lihat jumlah mereka dan kelengkapan senjata mereka?"

Genghis Khan terus memantau dan mengambil peluang dari pertentangan di kalangan umat Islam. Dia mengirim surat berikutnya, khusus kepada kubu kedua yang mudah dan kompromis.

Dalam surat tersebut, Genghis Khan berjanji akan memberikan tampuk kekuasaan Bukhara kepada kubu kedua dengan syarat : mereka menumpas kubu pertama yang (dicapnya) ekstrim, radikal, dan fanatik.
Tawaran itu menyebabkan pihak kedua berbinar-binar. Mereka menyambutnya tanpa rasa bersalah sama sekali. Mereka bersedia memerangi saudara sendiri untuk Tartar!

Maka bunuh sesama muslim pun terjadi. Akhirnya, tumpaslah kubu yang teguh berjihad mempertahankan tanah air itu di tangan saudara2nya sendiri yang menjual Islam demi dunia.

Apa yang menyedihkan? Pihak yang menerima tawaran Tartar itu tidak diberi hadiah yang dijanjikan. Bahkan, senjata mereka dirampas, mereka ditangkap dan disembelih tanpa sisa.

Genghis Khan memberi sambutan yang sangat masyhur menjelang penyembelihan terhadap umat Islam yg mengkhianati saudara2nya.
"Mereka sanggup memerangi saudara2nya sendiri demi kita, padahal kita orang asing bagi mereka! Orang2 semacam ini mustahil kita beri kepercayaan!"

"Barang siapa tidak belajar dari sejarah, maka sejarah akan mengajarkannya kembali."
®✅ Oleh : Ustadz Fahmi Salim

15 comments:

  1. Allahu akbar. Manusia lemah iman selalu tewas dengan nafsu.
    Harap pemimpin yang di atas tu dengarlah buah fikiran akar umbi.
    Eh! boleh ke komen macam ni hahahaa...

    ReplyDelete
  2. sejarah akan berulang sekiranya diambil lewa pengertian kejadiannya

    ReplyDelete
  3. Allahuakbar! pengajaran yg sangat mendalam. menusuk kalbu T_T

    ReplyDelete
  4. Sedari dulu sudah ada kisah dan pengajaran yang perlu diambil peduli..cuma barangkali sifat segelintir manusia yang mudah lupa dan senang lakukan khilaf berulangkali.Moga semua sedar sebelum lebih menjerat.

    ReplyDelete
  5. kerana alpa dgn habuan dunia, akhirnya negara tergadai..bersatu kita teguh, bercerai kita roboh...
    strategi perang - mengenalpasti kelemahan musuh..

    ReplyDelete
  6. sejarah mengajar banyak kita banyak perkara

    ReplyDelete
  7. sejarah mengajar kita banyak perkara

    ReplyDelete
  8. Subahanallah..perteguhkan keimanan, Melayu kena bangkit meneladani Sejarah lampau

    ReplyDelete
  9. Betapa lemahnya iman dan pegangan kita pada hari ni. Cpt je mata kita dikaburi bila disogok dengan kebendaan.

    ReplyDelete
  10. sedih baca cerita ni tp tak mustahil bole jadi kat negara kita ni..

    ReplyDelete
  11. sebelum ni sy sangka Genghis Khan ni sama macam pejuang / tokoh Islam yg lain. tp lps dgr ceramah tentang kejatuhan kota Baghdad barulah saya faham mcm mana Genghis Khan ni menewaskan empayar Islam. mmg tragis. dan kalau kita tak ambil ikhtibar drpd apa yg mereka lakukan, mmg susahlah

    ReplyDelete