Bila orang Malaysia ke Indonesia, orang Malaysia tak kisah guide boleh cakap BM ke tak. Tapi pelancong Indonesia datang Malaysia, kita pula kena cakap Bahasa Indonesia.

Orang asing expect kita panggil Mr Adams kalau nama dia Peter Adams, dan bukan Mr Peter. Tapi orang Malaysia tak kisah orang asing panggil dia Mr Karim, walaupun Karim tu nama bapak dia - nama dia contohnya Hafiz Karim.

Orang Arab datang Malaysia, pakai pakaian Arab, makan makanan Arab (atau McD). Jarang jumpa Arab nak pakai baju Melayu atau nak cuba Nasi Lemak ke apa. Orang Malaysia terutama Melayu kalau ke tanah Arab, tak pakai dah baju Melayu. Orang Melayu terus jadi Arab, pakai jubah tanpa rasa nak tunjuk Islam ni universal dengan cara pakai pakaian Melayu kat tanah Arab.

Orang Jepun datang Malaysia expect orang Malaysia ikut cara kerja orang Jepun. Tapi mampukah kalau kita datang ke Jepun, buka company di Jepun, upah orang Jepun dan pengaruhi orang Jepun ikut cara kerja orang Malaysia?

Orang Malaysia beria2 buat struktur asing seperti Colmar Tropicale atau buat rumah Hobbit bagai, untuk menarik pelancong. Tapi ada ke kita jumpa bangsa asing beria2 juga buat binaan berciri Malaysia kat negara dia?

Pelancong asing datang KL, bersepah jumpa Urut Thai. Ada ke pelancong Malaysia ke Thailand atau negara lain jumpa bersepah2 tempat urutan Malaysia?

Mall kita poyo2 buat jualan produk Jepun la, Kpop la, Taiwan la. Ada ke mall kat Jepun/Korea/Taiwan/mana2 kat luar negara tu beria2 jual produk Malaysia?

Orang Filipina datang kerja kat Malaysia bertahun masih taknak cakap Bahasa Melayu.

Kita pula mudahkan diorang dengan sama2 cakap English. Patut dia yang bersusah2 belajar cakap BM, bukan kita yang kena cakap English. Cuba kau pegi Filipina, nak ke diorang cakap Melayu ngan kau?

Kita ni tak pandai terapkan/impose kemahuan atau nilai kita kat bangsa asing, sebab tu kita mungkin selalu kena jajah.

Terlalu fleksibel kononnya.

Sebab tu aku berusaha mengubah benda ni dan cuba terapkan budaya Malaysia kat luar negara.

Aku pakai Baju Melayu Johor masa buat guiding di Jabal Uhud, Arab Saudi.

Aku pakai kain pelikat kat England.

Dan aku sengaja cakap Melayu dengan waiter Arab, dalam restoran Arab, di Bukit Bintang, walaupun aku bole je nak cakap Arab ngan dia.

Kalau dia boleh faham BM, aku stay dan makan situ. Kalau dia sepatah haram tak reti, aku blah. Selalunya Arab Syria boleh faham dan gunakan BM dengan aku. Terkadang dari Yaman juga begitu. Terbaik diorang sebab sanggup belajar BM.

Jom perkasakan budaya Malaysia.

Dan berhenti jadi baik sangat.

Sumber : CnP

18 Comments

  1. Betul tu. Jom kita gunakan Bahasa Melayu kat mana saja :)

    ReplyDelete
  2. betul tu, kadang-kadang terasa asing di negara sendiri. ^^

    ReplyDelete
  3. betul tu, kita terlalu baik...di jepun mereka amat banggakan bahasa mereka... tapi kita lain pulak kan...

    ReplyDelete
  4. betul tu.. orang malaysia especially orang melayu kite ni mmg terlalu baik. Apa2 pun respek orang bangla yang bole berbahasa melayu dengan baik..

    ReplyDelete
  5. Betul tu...tp saya dengan workers atau supplier kat site...guna bahasa melayu standard. Takde nak slang² indonesia ke, bangladesh ke, cina ke,... duduk malaysia, cakap malaysia

    ReplyDelete
  6. Ada betulnya juga.Kita sedaya upaya santuni orang sedang belum tentu orang santuni kita..santuni tu tak semestinya cakap dengan intinasi dan kata-kata yang baik sahaja tapi luas pengertiannya.

    ReplyDelete
  7. Betul.. org malaysia tinggi budaya menghormati org .. dgr cdrita dr kakak yg prrnah prgi umrah .org arab slalu puji org malaysia.katanya org malaysia bagus

    ReplyDelete
  8. betul sangat orang kita ni mudah meniru..baik hati sangat..nak follow org tapi tak tarik org follow budaya kita

    ReplyDelete
  9. bila baca entry, rasa kita ni macam hilang jati diri sebab terlalu baik nak hormat budaya orang.
    ♕Tiara Sapphire♕

    ReplyDelete
  10. Marilah sama2 Kita bangkitkan Dan banggakan ttg Malaysia.. proud to be Malaysian..

    Jemput join giveaway mama ye abam

    ReplyDelete
  11. kadang-kadang baik sangat.

    https://evercarephysio.blogspot.com/2020/02/physiotherapy-puchong.html

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum Wrmbth Tuan Abam Kie. Jemput sertai giveaway dengan 17 Hadiah Wang Tunai bernilai RM1000

    Hadiah RM200 (Seorang Pemenang) - 1 x RM200

    Hadiah RM100 (2 Orang Pemenang) - 2 x RM100

    Hadiah RM50 (14 Orang Pemenang) - 14 x RM50

    Tarikh tutup 29 Feb 2020. Klik sini untuk sertai giveaway ini.

    ReplyDelete
  13. x dinafikan org kita mmg baik dan kadang kala terlebih baiknya... mungkin didikan yg mereka terima yg membentuk mereka jadi begitu sampai terbawa2 ke luar... that's ok selagi mereka tak cemarkan nama baik bangsa, negara dan agama...

    ReplyDelete
  14. terkenang bila aida di Bangkok ari tu.
    geram punyer pasal, aida ckp melayu jer.
    ckp english pun tak faham.
    tunjuk kertas tulis rumi pun tak faham.
    susah!!!
    nampak sgt diorang sgt mengagungkan bahasa dan tulisan diorang di sana.
    tak mcm kita di Malaysia ni. BM diketepikan.

    ReplyDelete

Thanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.