Monday, 3 February 2020

Adat berkawan


Dari kawan ada yang menjadi rapat..
Dari kawan ada yang menjadi sahabat..
Dari kawan ada yang menjadi kekasih..
Dari kawan  ada yang menjadi isteri /suami.. 
Dari kawan ada yang menjadi ipar.. 
Dari kawan ada yang menjadi biras...
Dari kawan ada yang menjadi bisan.. 
Dari kawan ada yang menjadi mentua... 
Dari kawan ada yang menjadi  madu.. 
Dan dari kawan ada yang menjadi lawan..
Itulah lumrah kita dalam berkawan...

Bila berkawan dengan ramai kawan ini..
Baru kita sedar bukan semua kawan kita hidup sempurna..
Mungkin dia banyak duit,
tapi ada broken family...
ada yang tak berduit, tapi ada keluarga yang bahagia..
Dari kawan itulah kita belajar sesuatu..

Nak cakap tentang kecewa dan terasa hati dengan kawan- kawan,
Sampai bila-bila takkan habis, namun disebabkan nak hubungan itu kekal panjang, terpaksa 'fake' kan semuanya...

Fake smile, fake feelings dan fake emotions kerana sayang..

Jangan kerana kita lihat kawan kita sering ketawa, sering tersenyum.,.....
Bukan bererti dia tidak boleh terluka..
Kita sama-sama manusia, ada hati dan perasaan..

Jadi jangan kita perlakukan kawan kita itu sesuka hati ..

Dalam berkawan kena ada satu prinsip, tak puas hati tanya depan-depan..
Jangan dengar dari orang lain sebab setiap lidah manusia itu ada  'racun' yang berbisa..

Demi mengelakkan dari salah faham dan permusuhan, tak kiralah jika kita ada kawan yang jenis nakal, masuk air, suka buat lawak bodoh sekalipun jika dia seorang kawan yg baik, dia akan berani menegur salah dan silap kita.    
Seorang kawan yg baik akan menerima teguran dari kawan baiknya dengan hati yg terbuka..
Lebih-lebih lagi tentang kebaikan dan mengingatkan kita kepada Tuhan..

Kawan ketawa memang ramai..
Kawan menangis sukar dicari..
Tapi mereka mungkin tiada dengan kita di saat susah..
Namun siapa tahu dalam diam mereka tetap mendoakan kita..
jadi jangan kita berburuk sangka pada kawan..

Suatu masa nanti, satu demi satu kawan akan meninggalkan kita, masing-masing dengan tujuan yang berbeza.. Mungkin antara kita juga ada yang terpisah buat selama-lamanya.. Yang tinggal cuma KENANGAN Dan NAMA.....

Hargailah dan sayangilah kawan-kawan kita selagi hayat masih ada..💕

19 comments:

  1. betul tu abam, saya suka berkawan dengan siapa pun dengan boss, dengan kawan sekerja dengan makcik cleaner, dengan adik jaga kaunter kedai , acik kat kedai makan jiran-jiran... kita tak tau siapa kawan yang akan membantu di saat kita sukar jadi sebab tu saya suka berkawan dengan ramai orang.

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum
    singgah pagi isnin

    ReplyDelete
  3. Betul, network marketing lagi lah penting. Sama juga, asalnya mula berkawan 😁

    ReplyDelete
  4. kawan2 memeriahkan hidup kita..kawan jd madu tu yang paling tragis..

    ReplyDelete
  5. rindu kwn kwn....kitorg ni, ada sorg kwn yg sangat becok mulut dia...kalau dia ada dpejabat...satu jabatan boleh dgr suara dia...tpi bila dia xde...sunyi sepi je...

    PS: tgh mencari-cari skin care yang sesuai dengan harga yang mampu milik...kalau sesuai tpi xmampu milik, mampu tgk je la rietta...

    ReplyDelete
  6. betul tu..fake friends tu ada la beberapa orang...

    kawan blogger yang dah jadi suami pun ada gak...ehhh...hahahah

    ReplyDelete
  7. Hurm,, Kenalan ramai, yang betul² tu tak tau la..

    ReplyDelete
  8. Bagi PC kawan ni hadiah Allah pada kita.Pinjamkan dengan pakej sekali..sebab tu kawan kita ada bermacam perangai..itu semua ujian..dalam masa yang sama kita pun adalah kawan.Bila kawan kita anggap kita kawan makan jaga akhlak.

    ReplyDelete
  9. betul tu abg kie.. dgn sapa pun bersangka baiklah kita sesama insan..

    ReplyDelete
  10. Ada kawan maya
    Tak kenal dan tak pernah jumpa
    mesra di maya juga

    ReplyDelete
  11. dapat kawan yang sanggup susah senang bersama,memang satu nikmat

    ReplyDelete
  12. i truly miss hanging out with my best friends. Seorang di KL, seorang di Singapura. The past few years was all about work, work, and yes, work.

    Lifestyle Blog | The Grey Lines Between

    ReplyDelete
  13. barkawan biar seribu berkasih biar satu. tp nk dpt kawan yg betul2 kwn mmg payah

    ReplyDelete
  14. i take it very seriously when it comes to friendship.

    ReplyDelete
  15. Berseri memakai batik malaysia..

    ReplyDelete
  16. Kawan yang baik adalah rezeki.
    Mrs. A dah serik nak ada BFF kawan sejak kecil dari sekolah rendah, menengah terpisah jumpa kembali tapi tikam belakang. Fuh!!! serik sangat.
    Selepas kejadian tu Mrs. A kawan dengan semua orang tapi tak nak baik sangatlah cerita semua oh NO a big NO NO NO.

    ReplyDelete
  17. sedihnya bab kita akan berpisah dan jadikannya kenangan...
    dah dewasa baru rasa perpisahan tu..perit,
    tapi sebab syg..kita doa juga yg terbaik untuk mereka

    ReplyDelete