As salam. Musim banjir tiba lagi. Sejak hari Rabu, 27 November 2019 lalu hujan turun mencurah-curah di bumi Kelantan, Negeri Serambi Mekah yang tercinta ini. Setiap kali tiba musim monsun, hati ini dirundung resah kerana bah bakal terjadi. Trauma bah kuning 2014 masih lagi segar dalam ingatan. Tragedi itu melumpuhkan negeri Kelantan hampir 2 minggu. 

Semasa abam kie menulis pos ini hujan masih lagi berterusan. Sekejap2 ia berhenti. Tapi yg hujan tu lama la. Rumah jiran di belakang cuma sejengkal lagi paras air dari lantai. Rumah yang dibina pada tahun 1984 itu memang dibina di atas bekas tanah bendang. Memang tak ditambun tanah pun. Manakala tapak rumah abam kie ini ditambun tanah setinggi 3 kaki dari paras asal tanah. Lepas tu ada tangga lagi. Syukur Alhamdulillah, rumah abam kie ini selamat daripada dinaiki air melainkan tragedi bah kuning tu je. Abam Kie mula menetap di rumah ini sejak 2007.


Jika banjir, jalan masuk ke rumah abam kie pasti ditakungi air. Dalam plak tu. Jadi rumah abam kie ni menjadi seperti pulau. Sebab tu la bila air naik, malas nak mengharung air keluar pekan. Jadi Abam Kie akan bersiap sedia dengan barangan makanan seperti roti, tepung gandum, mee segera, telur, sardin, ayam, ikan, makanan sejuk beku, biskut tawar dan sebagainya sebagai bekalan sementara menunggu banjir surut. 

Semoga banjir tahun ini biasa2 saja. Susah nak menjalankan urusan seharian jika jalan dipenuhi air ni. Mujurlah banjir ni biasanya berlaku pada musim cuti sekolah akhir tahun. Jika berlaku semasa hari persekolahan memang azab la jawabnya. Apa2 pun kita hanya berdoa kepada Allah Yang Maha Kuasa agar dihindari daripada bencana alam sebegini. Aamiin...

18 Comments

  1. Semoga banjir kembali surut dan dipermudahkan urusan Cikgu dengan orang-orang sekitar.
    Gambar kat atas tu memang stok wajib ada tu.

    ReplyDelete
  2. bila dengar di berita ramai jugak mangsa banjir di kelantan dan terengganu, semoga banjir kali ini tak seteruk tahun 2014 dulu ya. Bila musim banjir ni memang kene ada stok makanan di rumah, kadang malas mengharung banjir dan kedai runcit pun takut di naiki air

    ReplyDelete
  3. Hujan baru berhenti ni. Semoga banjir kembali surut lah. Rabia pun ada peperiksaan juga ni.

    ReplyDelete
  4. Musim hujan sudah bermula..rata di mana-mana cuma bezanya lebat dengan tidak sahaja.Moga di mana-mana kawasan yang mengalami banjir..segera surut.Keselamatan harus diberi perhatian lebih.

    ReplyDelete
  5. kalau ikut kata2 kat berita ari tu, dilaporkan banjir thn ni dijangka ok ok jer.
    tak teruk.
    tapi tu la, kena berjaga2 ekk :)

    ReplyDelete
  6. aaminn semoga urusan abam kie dipermudahkan..mujur umah abam kie tinggi. cabaran orang pantai timur masa musim hujan.. yang duduk selangor cabaranny musim panas.. kena catuan air.. huhuhuh

    ReplyDelete
  7. Semoga di permudahkan urusan dan seperti sedia kala

    ReplyDelete
  8. kalau banjir cikgu park kereta kat mn?

    ReplyDelete
  9. berkeriuk tgk stok abam kie. semoga takde perkara yg buruk berlaku.. take care

    ReplyDelete
  10. semua banjir 2014 tidak berulang lagi..huhu

    ReplyDelete
  11. lama saya tak balik main banjir. Dulu masa di kampung ( Kg Tualang Rendah Baru, Selising), kalau banjir je, mesti main air banjir. Siap memukat lagi.
    Makanan utama musim banjir ialah ubi kayu dan ubi keledek (ubi stelo) rebus. Kadang-kadang tu ubi kling.

    ReplyDelete
  12. semoga dipermudahkan urusan abam kie dan sekeluarga serta semua rakyat pantai timur. aamiin

    ReplyDelete
  13. kat Miri, Sarawak ni pun sering hujan, paling risau bila jalan persisiran pantai, jalan tuk turun balik kerja tu banjir, kang naya je tak dpt balik rumah

    ReplyDelete
  14. semoga dipermudahkan segala urusan :)

    ReplyDelete
  15. Yg paling mudah sy sediakan megi dan biskut2 kering hehe

    ReplyDelete
  16. Betul tu abam kie, better sediakan makanan banyak2. Semoga dipermudahkan urusan abam kie sekeluarga dan penduduk kelate.

    ReplyDelete
  17. semoga selamat semuanya abam kie. memang bah 2014 sangat menakutkan. rumah parents kat kuala krai habis ditenggelami air. trauma sampai la ni kalau musim hujan lebat gini..

    ReplyDelete

Thanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.