Assalamualaikum. Satu hari tu Abam Kie ada makan di Rantau Panjang. Salah satu menu yang ada di restoran itu ialah IKAN SIAKAP MASAK KENGSOM. Sepanjang hidup ni belum makan lauk ni. Jadi abam kie minta resepi dengan tuan punya restoran tu. Mujurlah dia sporting dan bagi resepi tu.

Jadi pada hari ini Abam Kie nak berkongsi resepi ini dengan kawan2. Selamat mencuba!

BAHAN-BAHAN:

1 ekor ikan siakap
½ biji nanas
Kangkung secukupnya
2 batang serai – ketuk
1 biji limau nipis
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR:

2 biji cili merah
8 biji cili padi
1 biji bawang besar saiz sederhana
6 ulas bawang putih
Sedikit belacan
1 inci kunyit hidup

CARA MEMASAK:

1. Masukkan bahan kisar dan air secukupnya ke dalam periuk. Masak hingga mendidih.
2. Masukkan nanas dan serai. Biarkan mendidih seketika. Masukkan pula ikan.
3. Setelah ikan masak, masukkan garam dan gula dengan secukup rasa. Pastikan hidangan ini mempunyai rasa masam, manis dan pedas.
4. Padamkan api dan masukkan kangkung. Ia akan menjadikan kangkung tidak terlalu lembik dan masih rangup.
5. Perah jus limau nipis. Kacau rata dan sedia untuk dihidangkan.

Mudah kan cara memasaknya? Jom kita pakat cuba hari ini. Good luck!

21 Comments

  1. PC rasa ini sangat sesuai juga untuk yang mahu berdiet la Cikgu AK sebab rebus tiada menggunakan minyak..boleh cubalah.Tengok bahan dan caranya mudah dan ringkas.Terima kasih Cikgu kongi resipi.

    ReplyDelete
  2. sedapnya, peernah makan di kedai siam memang menangkap betul rasanya...
    terima kasih kongsi resepi, insyallah nanti nk cuba jugak

    ReplyDelete
  3. Tak pernah makan tapi biasa dengar . Tengok resepi tu mudah je cara buatnya , boleh try . Kalau tak masuk nenas boleh ke .? Malas pulak nak keluar pasaraya semata-mata nak cari nenas . Barang lain semua ada dah kat dapur .

    ReplyDelete
  4. teringat-ingat lagi kesedapan masakan kengsom yang dana pernah cuba aritu... bila tengok resepi ini

    ReplyDelete
  5. bahan dia pun mudah dapat..
    nieyl pun x penah lagi ni makan atau masak kengsom ni...
    boleh la try ni dah abam kie kasi resepi ni kan...tq abam kie

    ReplyDelete
  6. aduh, abam. sedap nyer!!!
    kebetulan lunch hour ni hah - memang menjemput sgt lah...

    ReplyDelete
  7. yum.. yum.. sedapnya mama suka hirup kuah dia

    ReplyDelete
  8. Macam tak pernah dengar menu ni
    tentunya sedap

    ReplyDelete
  9. feveret saya tu ikan siakan, tak kira la masak aper pon...

    ReplyDelete
  10. wahhh mcm masak pindang hehe

    ReplyDelete
  11. sedapnya..rasa masam manis nenas..telan ailio nih..

    ReplyDelete
  12. Bagusnya...siap mintak resepi dari owner restoran.

    Pertama kali tau menu ni, masa mkn di rmh org. Sedap!

    ReplyDelete
  13. Dah pernah cuba masak ni.. memang sedap!

    ReplyDelete
  14. sure masam ni Abam Kie. looks tempting.

    ReplyDelete
  15. waalaikumussalam. wahhhhhh terliuq terus tengok gambar tu :P

    ReplyDelete
  16. Belum pernah cuba masak kengsom ni, tengok gambar yang cikgu share tu sedap sangat rupanya.

    ReplyDelete
  17. Tak pernah lagi makan lauk macam nie.. Nampak menarik.. Resepi pun mudah.. Boleh dicuba..

    ReplyDelete
  18. masak kengsom ke namanya. ermm sedap

    ReplyDelete
  19. Dekat rumah ada dua ekor siakap. Buntu tak tahu masak apa. Bila baca entry ni rasa nak try je resipi ikan siakap masak kengsom ni

    ReplyDelete

Thanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.