Assalamualaikum. Tahun 2019 tinggal dua bulan saja lagi sebelum kita menyambut Wawasan 2020 yang x jadi tu. Huhuhuhu.... Jadi sempena tarikh yang istimewa iaitu 11.11.19, Abam Kie ingin melancarkan 'Cabaran Pengomen Tegar Blog Abam Kie' bagi menghargai pengunjung2 blog ini yang paling kerap menulis komen2 bernas setiap kali entri disiarkan. Pemilihan pemenang akan dibuat berdasarkan carta pengomen tegar pada 11/11/2019 tersebut. 

Abam Kie akan memilih 7 pengomen terbanyak untuk menerima hadiah-hadiah seperti berikut:

Hadiah Pertama: sebuah novel cinta
Hadiah Kedua, Ketiga dan Keempat: buku resepi setiap satu
Hadiah Kelima, Keenam dan Ketujuh: topup RM5 setiap satu

Mungkin hadiah2 di atas tak mengancam mana tapi inilah yg abam kie mampu pada tahun ini. In Shaa Allah, pd thn dpn abam kie akan sediakan hadiah2 yang lebih cantik, menarik, tertarik, kau memang d'bomb!

Jadi apa tunggu lagi? Komen la banyak2 agar ranking anda mencanak2 naik di carta tu. Pengumuman pemenang akan dilakukan pada 13 November 2019. All the best!