Wednesday, 30 October 2019

Jom masak laksa siam



As salam. Dah lama teringin nak makan laksa siam. Kali terakhir Abam Kie makan laksa siam kira2 7 tahun lepas kat Restoran Selera Tepi Sungai, Tanah Merah, Kelantan. Memang sedap rasa lemak kuahnya, pedas berapi dan haruman dari daun selasih.... berbagi rasa antara ahli keluarga dan jiran tetangga.. Korang kena save resepi ni, nanti next time boleh try.., OK? Jadi pada hari ni Abam Kie nak berkongsilah resepi laksa siam ni. Hasil usaha isteri tersayang, tau! Memang sedap la. Rugi siapa tak cuba. 

Bahan2 👇

1-2 kg laksa halus

Kuah:-

1 kg ikan selayang direbus dan dikisar 
5 - 6 ulas bawang merah*
4 ulas bawang putih*
10 biji cili padi*
4 biji cili kering dikisar 

1 inci lengkuas*
1 inci kunyit hidup*
1 inci halia*
2 batang serai*
sedikit belacan*
2-3 helai daun limau purut
2-3 helai daun selasih

Asam keping
Buah terung hijau @ terung pipit dan rebung madu
2 tangkai daun selasih

Ulam2an

Kacang panjang } dipotong 1 inci
Timun batang 
Daun selasih
Daun ulam raja
Daun petai golok
tauge

Cara-Cara membuatnya:

Bahan bertanda * hendaklah dikisar.
Tumiskan bahan2 yang dikisar dengan sedikit minyak. 
Lepas tu masukkan santan cair. Biarkan mendidih dan masukkan isi ikan yang sudah dikisar. Masukkan asam keping dan santan pekat. Masukkan terung, kalau guna terung ulam mesti belah 2. Kalau terung pipit letak sebiji-sebiji, daun limu purut, rebung madu dan setangkai daun selasih.
Masukkan garam secukup rasa dan sedikit gula
Kuah hendaklah sentiasa dikacau supaya tidak berketul
Masak hingga kuah mendidih...jangan sampai pecah minyak.

#sambal tu kalau ada yang suka lagi pedas kaw kaw boleh taruk cili flakes atau buat sambal belacan cili api..


Hmmm...Inilah rupanya laksa siam yang sudah sedia dimakan. Maaf, persembahan tak berapa lawa. X sempat nak hias bagai sebab akhirnya masuk ke dalam perut juga. Selamat mencuba! Terima kasih.

24 comments:

  1. wahhh menariknya mesti sedap nih...
    tapi kalau tak boh terung pipit dan rebung madu tak jadi ke abam? dana jarang makan 2 sayuran tu...
    nk save resepi ni teringin nk try nnti

    ReplyDelete
  2. penah mkn sekali mmg sedap tp kt sini payah laa nk jumpa selalu laksa biasa je

    ReplyDelete
  3. sedapnya..tk pernah jumpa lg..

    ReplyDelete
  4. Sedapnyaaa. Suka makan. Tapi, kat sini susah nak cari laksa halus tu.

    ReplyDelete
  5. Cam sedap.. xpernah cuba lagi

    http://www.zianaeunos.com/2019/10/segmen-jom-tukar-link-bloglist.html?m=1

    ReplyDelete
  6. first time dengar and nampak laksa siam. nak trylah nnti :)

    ReplyDelete
  7. tak ajin beli lagi laksa halus tuuu...first time rasa laksa siam ni kat rumah jiran buat masa kenduri dia..lepas tu ada try buat sendiri jugak sekali..memang faveret cikma dh lepas tuuu

    ReplyDelete
  8. mantaapp. abam kie dah kongsi resepi pula

    ReplyDelete
  9. tak pernah rasa plak laksa siam, malah tak pernah dengar pon. mee siam penah ler

    ReplyDelete
  10. Sedapnya kalau dapat hirup kuahnya tu..Ya Allah.

    ReplyDelete
  11. Tak pernah makan. Nak cari kat mana pun tak tahu. Tapi nampak sedap la, kuah pekat betul tu.

    ReplyDelete
  12. macam tak pernah jumpa laksa siam ni
    Laksa JDT selalulah.

    ReplyDelete
  13. tak pernah makan ... tapi nampak macam laksa johor ye struktur kuah dia ..

    ReplyDelete
  14. Tak pernah makan lagi laksa siam . Kuah nampak pekat dan sedap . Kena try buat nie .

    ReplyDelete
  15. xpuas makan laksa sebab laksa dia kecik..hehe

    ReplyDelete
  16. Kalau guna laksa yang besar boleh kan Abam Kie. Sini jarang jual laksa jenis halus ini. haha

    ReplyDelete
  17. Singgah (^^,) Terliur tengok ni...sbb mmg feberet sy ni...

    Jemput join : SNM Bloglist Batch 1
    Love, SNM

    ReplyDelete
  18. Menarik...save tepi dlu resepi laksa siam ni...:)

    ReplyDelete