AFY haniff Group (M) Sdn. Bhd yang diasaskan dan diperbadankan di Malaysia pada tahun 2006, menyediakan detergen herba organik dan penghalau serangga yang mengandungi intipati serai. Syarikat AFY haniff yang beroperasi di Telok Mas, Melaka, sangat terkenal dengan formula organik yang dapat menakutkan serangga. Hari ini, AFY haniff telah berjaya berada di lebih daripada 2,000 pasaraya di Semenanjung Malaysia, Sabah, Sarawak, Brunei, Singapura dan Thailand.


Baru-baru ini, syarikat AFY haniff telah menganjurkan satu program khidmat masyarakat apabila kakitangannya mengadakan agenda gotong royong mewangikan Rumah Ronald McDonald di HUSM Kubang Kerian. Seperti yang kita maklum, Rumah Ronald McDonald ialah rumah tumpangan yang disediakan oleh syarikat gergasi makanan segera dunia itu bagi membantu keluarga-keluarga pesakit yang tidak berkemampuan untuk menyewa tempat penginapan semasa menunggu ahli keluarga yang sedang menerima rawatan di wad HUSM Kubang Kerian. 

Aktiviti ini adalah hasil kerjasama yang pertama di antara AFY haniff dan juga team McDonald dengan dibantu oleh Bite Media Consultants selaku pembantu belakang tabir untuk sama-sama menjayakan event ini. 


Tujuan utama AFY haniff bertindak mewangikan Rumah Ronald McDonald ini adalah sebagai tanda simpati kepada para pesakit dan waris terdekat untuk bahagian Pediatrik di HUSM Kubang Kerian Kelantan. Kehadiran AFY haniff sedikit sebanyak dapatlah meringankan sedikit beban adik-adik pesakit dan keluarga mereka sepanjang mendapatkan rawatan di HUSM Kubang Kerian. Selain daripada membantu keluarga pesakit yang berada dalam kepayahan, program khidmat masyarakat sebegini dapat mempromosikan produk-produk AFY haniff kepada orang awam.


Pada 24 Sept 2019 kami semua yang terdiri daripada team AFY haniff dan Bite Media Consultant sudah mula berkumpul di Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan seawal jam 9 pagi lagi. Pasukan Bite Media kali ini kebanyakannya terdiri daripada blogger-blogger di Pantai Timur. Setibanya di HUSM, kami memulakan sesi perkenalan sesama ahli yang hadir. Bila sudah kenal antara satu sama lain barulah menjadi mesra dan mudah untuk menjalankan program gotong royong nanti. Kemudian, kami mendengar sedikit taklimat ringkas mengenai aktiviti-aktiviti dan bidang tugasan masing-masing pada hari tersebut. 


Lebih kurang pada jam 9.30 am kami memulakan lawatan ke Rumah Ronald McDonald yang terletak di dalam kawasan HUSM itu juga. Di sini kami berkenalan dan beramah-mesra dengan penghuni Rumah Ronald McDonald. Mereka begitu teruja bila menyambut kehadiran kami di Rumah  Ronald McDonald pada hari berkenaan.


Kami berbual-bual dengan mereka tidak sampai 1 jam sebelum kami meminta izin untuk ke sebuah pasaraya hyper yang terkenal di Kubang Kerian sekitar jam 10.30 am untuk membeli barangan keperluan bagi kegunaan penghuni Rumah Ronald McDonald berkenaan. Hmmm... Kami semua ni kaki shopping jadi rasa macam nak sambar je apa barang keperluan yang kami rasa patut beli. Masing-masing tak menang tangan memilih barangan yang patut dibeli. Akhirnya kami membeli barangan elektrik seperti periuk nasi, peralatan memasak, makanan kering dan juga makanan basah.



Selesai membayar segala barangan yang dibeli kami kembali bertolak ke Rumah Ronald McDonald untuk sesi memasak beramai-ramai untuk makan bersama. Sudah pasti satu kaedah yang berkesan untuk mengeratkan silaturrahim adalah dengan masak dan makan bersama. Pada hari itu kami memasak menu istimewa kepada penghuni rumah berkenaan. Bukan selalu mereka diraikan sebegini rupa.



Selepas makan tengahari dan solat fardhu Zuhur kami memulakan aktiviti penting pada hari itu dengan mewangikan Rumah Ronald McDonald sepenuhnya dengan menggunakan produk-produk AFY haniff yang memang terbukti berkesan untuk memberikan kesegaran udara di dalam rumah. 


Mula-mula sekali kami menyapu segala sampah-sarap di dalam rumah itu. Lepas tu kami mengemop lantai dengan menggunakan pencuci lantai AFY haniff yang berbau harum tu. Kemudian kami turut menyemburkan Pewangi Fabrik D'MENC AFY haniff di atas langsir, sofa, tilam dan sebagainya. Yang sudah pasti kami menggunakan Penghalau Serangga Secara Semulajadi SWiPEL AFY haniff di setiap penjuru rumah itu bagi menghalau serangga merayap seperti lipas. Pinggan-mangkuk yang digunakan untuk makan tengahari tadi pun kami cuci dengan Sabun Pencuci Pinggan 40 DAYS AFY haniff! Selesai kerja mencuci pinggan mangkuk, tangan pula perlu dicuci. Jadi kami pun membasuh tangan dengan menggunakan Pencuci Tangan Berbuih PLASH AFY haniff! Pendek kata segala barang keperluan untuk mencuci sebuah rumah itu dikeluarkan oleh AFY haniff! Cakap aje apa yang anda mahu, pasti AFY haniff ada hasilkan!



Usai operasi pembersihan Rumah Ronald McDonald, wakil syarikat AFY haniff menyampaikan sedikit sumbangan berupa pelbagai barang jenama AFY haniff kepada para penghuni yang ada di sana. Kegembiraan dan kesyukuran jelas terpancar di wajah mereka apabila menerima sumbangan tersebut.


Akhir sekali pemberian wang secara ‘kilat’ turut diberikan pada salah seorang waris pesakit pediatrik di HUSM Kubang Kerian. Pemberian wang yang tidak seberapa ini diberi secara mengejut atau ‘on the spot’ kerana atas rasa sedih akan nasib keluarga ini. Anak kepada pakcik ini sedang terlantar di HUSM akibat dilanggar kereta dan usianya hanyalah 5 tahun saja. Kecederaan agak serius dan semoga semua dapat saling doakan agar anak ini dapat kembali pulih seperti dahulu. 


Sejujurnya Abam Kie sendiri adalah pengguna setia produk AFY haniff ini terutamanya penyembur serai wangi tu. Rumah Abam Kie ini selalu kelihatan lipas merayap di celah-celah kabinet dapur dan tandas. Baunya pula memang la busuk. Jadi Abam Kie membeli Penghalau Serangga Secara Semulajadi SWiPEL AFY haniff untuk disemburkan di tempat-tempat yang menjadi sarang lipas tu. Alhamdulillah, lama-kelamaan koloni lipas sudah berkurangan dan rumah Abam Kie juga kini lebih harum!



Sesungguhnya sehari di Rumah Ronald McDonald memberikan kesan mendalam kepada kami team AFY haniff dan Bite Media Consultant kerana dapat menyumbangkan masa, tenaga dan wang ringgit kepada golongan tidak bernasib baik di HUSM, Kubang Kerian. Selain daripada membantu keluarga pesakit, kami juga dapat menggalakkan orang ramai agar memilih dan menggunakan produk keluaran Muslim seperti AFY haniff ini berbanding jenama bukan Islam. Bersama tingkatkan ekonomi orang Islam di Malaysia!


Sekiranya tuan puan ingin mengetahui lebih lanjut mengenai produk-produk yang dihasilkan oleh syarikat AFY haniff, bolehlah klik pautan di bawah ini. Selamat membeli dan menggunakan produk AFY haniff....

Website : www.afyhaniff.com


TERIMA KASIH