Lelaki yang mengalami penyakit kencing manis dan tekanan darah tinggi lazimnya akan mendapati hubungan seksual mereka terjejas. Ianya berpunca dari saluran darah ke zakar menjadi keras akibat pemendapan kolesterol (atherosclerosis) pada dinding saluran darah dan juga kerana berlaku kerosakan saraf (nephropathy) zakar kerana gula dalam darah yang tinggi. Ia juga kerana berlaku masalah stress atau tekanan akibat rasa rendah diri atau rasa takut zakar tidak cukup keras. Selain dari kerosakan saraf, saluran darah halus juga akan rosak sehingga  menyebabkan tisu alat kelamin tidak mendapat bekalan oksigen dan nutrien yang secukupnya.

Ini mengakibatkan rasa rangsangan seksual dari alat kelamin tidak sampai ke otak, dan ia juga menyebabkan alat kelamin lelaki tidak dapat menegang dan berfungsi seperti normal ataupun dipanggil sebagai mati pucuk.

Saluran darah yang menyempit akibat kerosakan ini menyebabkan aliran darah yang lemah dan tidak mampu  menegangkan alat kelamin lelaki atau mengekalkan ketegangan  dengan lebih lama. Kajian mendapati, pesakit kencing manis adalah lebih mudah mendapat masalah penyempitan saluran darah ini. 

Kencing manis adalah penyebab mati pucuk dan juga menjadi punca kepada masalah lemah syahwat bagi kedua-dua lelaki dan wanita. Selalunya masalah ini disorokkan oleh pesakit dan tidak mahu berbincang dan mendapatkan pertolongan dari doktor. Bila perkara ini dirahsiakan, semestinya akan menyebabkan masalah di dalam rumahtangga masing-masing.

Jangan sebarangan membeli ubat kuat!!

Bila berlakunya masalah mati pucuk ini, ada yang cuba mengubatinya dengan terus membeli ubat kuat tenaga batin yang terlalu banyak dijual di pasaran. Ada pelbagai jenis ubat kuat antaranya, kapsul, minyak, pil, jus dan kopi.  Kesemuanya mengandungi bahan kimia larangan. Risikonya adalah tinggi sehinggakan boleh membawa maut jika anda sebarangan menggunakan ubat kuat ini.

Kepada pesakit kencing manis yang mengalami masalah mati pucuk ini, disarankan agar mengubati penyakit kencing manis itu terlebih dahulu. Jika kencing manis dapat dikawal, semestinya anda akan mendapat kembali sifat kelakian anda tersebut.

Terdapat banyak cara rawatan kencing manis secara moden dan juga tradisional. 

*Rawat kencing manis anda secara alami!!*

*Hubungi saya 019-3848815 utk keterangan lanjut.*   
Gabungan perubatan secara tradisional dan Islam.

*kredit to FB Dr Zubaidi Hj Ahmad*