Friday, 6 September 2019

Khairat Kematian Yang Boleh Dituntut Oleh Waris


Ada sahabat FB saya yang baru diuji kehilangan suaminya yang tercinta bulan lepas. Beliau dalam proses buat tuntutan yang patut seperti KWSP, Perkeso, insurans, etc.

Selain tuntutan tersebut, ada lagi perkara yang ramai terlepas pandang. Ianya hak kita, maka tuntutlah bila berlaku kematian. Saya cakna akan hal ini pun lepas mak ayah tolong uruskan hal berkaitan selepas kematian almarhum adik saya pada 2017 dulu.

KHAIRAT KEMATIAN

Ada beberapa khairat kematian yang boleh kita tuntut:

1- Khairat Kematian ASB.
Jika ada buat simpanan ASB, boleh tuntut. Kadar bayarannya ialah antara RM200 ke RM2000, bergantung kepada baki pelaburan kita yang terakhir.

2- Khairat Kematian Pencen.
Jika kita atau mak ayah pesara Kerajaan, boleh tuntut khairat ini yang bernilai RM3000.

3- Khairat Kematian Takaful
Jika ada mencarum dalam skim takaful, boleh tuntut. Bayaran antara RM 2000 ke RM5000, bergantung skim yang disertai. Boleh rujuk agen takaful anda,

4- Khairat Kematian Bank Rakyat
Kalau ada akaun Bank Rakyat, nilai khairat kematiannya ialah RM3000.

5- Khairat Kematian KWSP
Buat pencarum KWSP, khairat kematian ialah RM2500.

6- Khairat Kematian PERKESO
Kalau pernah mencarum Perkeso, nilai khairat kematiannya RM 2000.

7- Khairat Kematian Penjawat Awam ( JPA)
Kalau pesara Kerajaan / staff kerajaan...nilai khairatnya RM3000.

Edited:
Untuk Pesara Kerajaan dan Penjawat Awam (Meninggal Dalam Perkhidmatan) kita sebut sebagai BANTUAN MENGURUS JENAZAH , jumlahnya betul, RM3,000.00. 
Boleh tuntut melalui jabatan akhir gemulah (Penjawat Awam), dan melalui KWAP untuk Pesara yang meninggal dunia (Borang mohon melalui KWAP).

8- Khairat Kematian Masjid.
Mencarum dalam skim khairat kematian masjid kariah kita. Jumlahnya bergantung pada masjid masing masing.

9- Khairat Kematian BSH.
Sekiranya dulu menerima BR1M ( sekarang BSH), ada khairat kematiannya. Jumlah saya tak pasti.

10- Khairat Kematian Pembayar Zakat.
Yang ini info baharu saya terima. Saya tak pasti mekanismenya. Boleh rujuk pusat zakat negeri masing masing.

11- Khairat Kematian Ahli RELA.
Utk yang pernah jadi ahli RELA, ada peruntukan khairat kematian RM2500. Boleh rujuk kepada pejabat RELA berkenaan.

12- Khairat Kematian Guru
Biasanya guru-guru di Malaysia ni ada persatuan masing-masing seperti NUTP. Manakala guru2 di Kelantan mencarum ke dalam akaun Badan Ehsan utk khairat kematian. Jadi waris si mati kena tuntutlah ye. Nanti rugi je caruman yg dibayar setiap bulan dahulu oleh arwah.

Demikianlah jenis2 khairat kematian yang boleh dituntut oleh waris. Semoga ianya bermanfaat. Terima kasih kerana sudi membaca.

9 comments:

  1. kalau balu yg sudah tua mungkin payah nk pergi tuntut sana sini. seeloknya anak-anak jg perlu peka / ambil tahu hal ni...

    ReplyDelete
  2. terima kasih untuk info, kadang mmg terlepas pandang atau mungkin ada yang tak tahu

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah ,info yg sangat berguna utk si waris yg tak tahu. Saya dah kongsi di acc twitter saya. T.kasih

    ReplyDelete
  4. terima kasih atas info. ada juga la beberapa dalam list ni.

    ReplyDelete
  5. Perkongsian maklumat yang penuh manfaat 👍🏻

    ReplyDelete
  6. Bagus abam kie kongsi maklumat2 mcm ni.. Sgt bermanfaat.

    ReplyDelete
  7. pengkongsian bagus ni abam kie.. ada yang Cik Ash tahu sikit2 pasal ni

    ReplyDelete
  8. Nice sharing Abam Kie. Bermanfaat info ni

    ReplyDelete