Monday, 9 September 2019

Kasut Sekolah Badminton Master Keluaran Bata


Dengan ini Abam Kie mempersembahkan kepada anda, kasut sekolah "Badminton Master" yang dikeluarkan oleh syarikat Bata. Abam Kie tidak berapa pasti tahun awal pengeluaran kasut Badminton Master ini. Tahu-tahu, kasut pertama abam kie ketika hendak memulakan persekolahan rendah pada tahun 1980 adalah kasut Badminton Master inilah. Abam Kie perasan kakak2 dan abang turut dibelikan ayah kasut Badminton Master inilah. Dah jadi trademark murid2 sekolah zaman 70an dan 80an utk pakai kasut jenama ni.

Mengikut sumber dari http://mohdfitri.blogspot.com, harganya sekitar RM18.99 pada zaman era 1980-an. Walaupun ketika itu, syarikat Bata telah mengeluarkan pelbagai jenis kasut sekolah model baru seperti Bata "Sinaran" (yang ada pemantul cahaya tu..), kasut Badminton Master ini tetap menjadi pilihan ramai, kerana harganya yang murah. Ia diperbuat daripada kanvas sepenuhnya berbanding dengan kasut Bata lain yang diperbuat daripada campuran kanvas, span dan plastik lembut.

Rekabentuknya yang ringkas memudahkan proses pembasuhan kasut yang selalu dilakukan pada hujung minggu atau sehari sebelum esoknya nak sekolah balik (kes bertangguhlah ni...). Tapi tidak apa. Harganya yang agak murah membolehkan sesetengah ibu-bapa membeli lebih dari 2 pasang kasut Badminton Master untuk setiap anak yang bersekolah. Ada spare satu lagi kalau tak sempat basuh. Kalau dua-dua pasang kasut tidak dibasuh, alamatnya pakai kasut kotorlah ke sekolah. Pengawas sekolah pun akan menjeling semacam sahaja pada anda kalau pakai kasut yang kotor.

Untuk mengelakkan dari cepat kotor, anda boleh menyapu kapur ke kasut. Nampak lebih putih berseri lagi suci. Tapi masalahnya, ia akan menarik perhatian ramai kawan-kawan anda untuk memijak kasut anda itu, samada sengaja atau buat-buat tidak sengaja. Kejadian ini selalu berlaku ketika berbaris untuk memasuki kelas. Kalau orang dah pijak kasut abam kie, abam kie biasanya akan balas balik. Tapi biasanya yang suka memijak kasut orang ni, kasut diorang sememangnya dah sedia kotor...Jadi, abam kie juga yang rugi akhirnya.

Dengan mengaplikasikan ciri-ciri unisex, kasut Badminton Master ini sesuai untuk dipakai oleh semua golongan murid, tidak kira lelaki atau perempuan.

Setelah melangkah dengan penuh gayanya ke sekolah dengan memakai kasut Badminton Master ini, barulah abam kie sedari bahawa terdapat dua jenis kasut Badminton Master ini rupanya. Ada yang mempunyai tapak getah berwarna hijau, dan ada yang berwarna merah. Tapi yang abam kie biasa pakai dulu yang warna hijau tu la.

Tak kiralah samada tapak warna merah atau hijau, ternyata pada suatu masa dulu, kasut Badminton Master inilah yang digunakan untuk ke sekolah mahupun untuk bersukan, terutamanya ketika bermain badminton atau sepak takraw. Pendek kata, kasut multi-purpose lah.

Sekarang kasut sekolah Badminton Master sudah tiada pasaran. Dah jadi barang antik atau legend gitu. Kanak2 dan remaja kini memakai kasut hitam ke sekolah. Ada jenama Pallas, Diadora, Nike dan sebagainya. Tepuk dada, tengok duit dalam dompet! Hahaha....

14 comments:

  1. kalau ada kasut jenis ni lagi, boleh bid harga untuk jual ni hehe

    ReplyDelete
  2. dulu masa sekolah kasut tapak hijau ni la yg cik nor pakai..:)

    ReplyDelete
  3. Sempat juga pakai ke sekolah. Mesti nak sentiasa bersih esp masa exam, baru smgt 😁

    ReplyDelete
  4. KASUT BATA MEMANG PILIHAN TERBAIK KE SEKOLAH

    ReplyDelete
  5. Masa sekolah dulu tak mampu nak pakai kasut ni
    Mampu tenguk aje.

    ReplyDelete
  6. Kasut bata zaman nieyl sekolah rendah mmg menjadi pilihan anak-anak muda

    ReplyDelete
  7. Kasut dulu-dulu. Walking down the memory lane sungguh:)

    ReplyDelete
  8. dana tak sempat jumpa kasut yg pesen gini rasanya... masa dana dulu kasut jenama pallas yg kira glamer dan mampu milik

    ReplyDelete
  9. pernah juga pakai kasut ni..
    masa sekolah menengah pakai pallas jazz (belagak gila masa ni dapat pakai kasut itam) ahahah

    ReplyDelete
  10. kasut ni dulu pernah trending zaman sekolah2.. sekarang pegi keje pakai je ape yang mampu tak sempat dah nak follow trend. follow bajet je haha..

    ReplyDelete
  11. ms sek dulu mmg cukup bengang kalau member pijak kasut bila tgk kasut kite putih melepak...

    ReplyDelete
  12. kalau ada mahu juga beli...untuk main badminton

    seingat saya ada pakai kerana ia memang popular pada zaman tersebut

    ReplyDelete
  13. Tak pasti pulak pernah pakai tidak kasut ni.. Rasa tidak kut..

    ReplyDelete