Monday, 16 September 2019

Jom Sertai Kempen Kaw-Kaw Bank Muamalat


Assalamualaikum. Pada cuti Hari Raya Korban baru2 ni, Abam Kie ada gi ke cawangan Bank Muamalat di Tanah Merah ni sebab nak buka akaun ASB untuk anak. Selesai aje buka akaun ASB tu tetiba teller tu offer kat abam kie untuk sertai Kempen Kaw-Kaw Bank Muamalat. Katanya Abam Kie mungkin berpeluang menjadi Jutawan, memiliki kereta Proton X70, melancong dan menunaikan Umrah secara percuma dan macam-macam lagi! Macam best saja bunyinya. Dulu2 Abam Kie ada masuk Sijil Simpanan Premium anjuran BSN dan kempen Al-Awfar Bank Islam tapi tak menang apa2 pun? Memang x bernasib baik langsung.

Selepas berfikir sekejap, abam kie pun tergoda dengan pujuk rayu teller tersebut lalu abam kie pun membuka akaun simpanan Kaw Kaw di bank tersebut. Syaratnya tak la susah sangat. Abam Kie hanya perlu mengekal RM1,000 dalam akaun, sekaligus berpeluang untuk menangi wang tunai dan pelbagai hadiah menarik yang disediakan. Baki minima RM1000 tu mesti dikekalkan sehingga 30 April 2020! Kalau keluarkan duit maka terbatal la peluang nak menang hadiah RM1 juta, Proton X70 dan melancong sambil menunaikan umrah tu. Cuma mampu berebut hadiah wang tunai RM1500 je. Tu pun dengan bersyarat iaitu kekalkan baki minima RM100.

Jadi kalau kawan2 nak mencuba nasih dalam giveaway ini, sila buka akaun simpanan di mana2 cawangan Bank Muamalat yang berhampiran dan mungkin pemenang yang bank cari. Kalau dah ada akaun, kena pastikan baki minima sentiasa di atas RM1000. Untuk maklumat lanjut sila layari http://bit.ly/2YL7325 atau hubungi 1-300-88-8787 #Kawkaw #MyBankMuamalat


11 comments:

  1. TAK RUGI MENYIMPAN ADA REZEKI INSYAA ALLAH

    ReplyDelete
  2. Wah nampak macam menarik ni. Kami sorang pun takde akaun di Bank Muammalat. Kena fikir-fikir juga ni. Thanks Abam Kie untuk sharing ni. Mana tahu rezeki kat sini.

    ReplyDelete
  3. menarik tawaran ini.... dana takde lagi akaun di bank muamalat nih...

    ReplyDelete
  4. wauu. biarkan je la duit tu, dah dapat peluang kan

    ReplyDelete
  5. Semoga berjaya...menarik hadiahnya..

    ReplyDelete
  6. menarik jugak tu...tak menang pun tak apa...tak rugi apa2 kan sebab duit tak berusik dalam tu...

    ReplyDelete
  7. Oo..ok jugalah Abam Kie. Mana tahu tersangkut rezeki ke kan

    ReplyDelete
  8. bestnya kalau menang hadiah utama

    ReplyDelete
  9. wah nampaknya sarie kena la tambah simpanan dalam bank muamalat ni

    ReplyDelete