Friday, 13 September 2019

Buah binjai kini sukar diperolehi


Pokok dan buah binjai menjadi perhatian pada masa dahulu. Sebab itu ada banyak nama tempat mengambil nama pokok tersebut. Ia menjadi identiti kepada sesuatu tempat.

Binjai rasa masam, namun kini ada jenis manis. Binjai boleh dianggap buah tidak bermusim, namum pada waktu tertentu buahnya lebih banyak yang boleh dianggap musim buah binjai.

Buah binjai boleh dimakan segar, tetapi biasanya dengan dicicah cuka dicampur cula dan belacan. Selain dimakan mentah segar, buah binjai dibuat sambal. Kadang-kadang sedap juga dicicah ke dalam budu.

Buah binjai yang muda lazimnya berwarna kehijauan ketika putik dan akan bertukar kepada warna coklat kelabu atau warna coklat kekuningan apabila masak.

Isi binjai berwarna putih krim susu, lembut dan mempunyai serat atau ada yang tidak berserat langsung bergantung kepada spesis. Bau binjai amat kuat yang menarik minat orang orang terhadapnya.

Rasa isi buah binjai daripada yang betul-betul masam, sederhana masam dan ada juga yang manis. 

Buah binjai yang masam mengandungi gula yang kurang berbanding dengan buah binjai yang manis.  Harga buah binjai sekarang ni ialah RM10 untuk 3 biji. Tapi jika beli terus dengan pemilik pokok boleh dapat 4 biji pada harga yang sama.

Pokok binjai kebanyakan sudah tua tapi sangat tinggi. Pokok ini tumbuh di dalam hutan dan di hujung kampung. Biasanya pokok binjai ni boleh hidup sehingga beratus-ratus tahun! Memang abam kie suka makan colek buah binjai ni.

16 comments:

  1. Jika di kawasan Naim memang tak ada buah ini. hehe

    ReplyDelete
  2. sya suka bau buah binjai yg agak wangi bila dh masak... tp sya tak pernah makan buah binjai nih...
    pernah rasa kemasaman dia tu lps tu sya mmg tak berani nk makan...

    teringat dulu di belakang sekolah sya ada sepokok binjai yg tinggi melangit, mmg buahnya sangat lebat bila musimnya

    ReplyDelete
  3. cikgu mai rumah sy. ada pokok binjai tp nk buah binjai kena berebut dengan kera dulu hehehehe

    ReplyDelete
  4. Tahun ni LZ dapat rasa buah binjai officemate ada jual, rasa manis sangat tapi malangnya buah binjai tak tahan lama.. Bau pun menyengat satu office..

    ReplyDelete
  5. mati2 igt binjai ni buah dia kecik2 comel je hahah dia adik beradik mangga ke?


    blogwalking sini ya dari https://theathra.blogspot.com/

    ReplyDelete
  6. rasa ada dalam 2 bulan lepas keluar segmen pasal buah binjai ni kat Majalah 3. Masa tu baru tau buah ni bermusim.

    ReplyDelete
  7. Dulu Mrs. A ingat buah binjai boleh makan buat sambal je.
    Tapi rupanya ada jugak yang manis boleh dimakan begitu saja.

    ReplyDelete
  8. Seumur hidup blm pernah merasa buah ni hehe

    ReplyDelete
  9. rasanya pernah makan buah binjai ini

    ReplyDelete
  10. suami memang suka ni, saya pula tak pernah makan. seddap katanya

    ReplyDelete
  11. Kat sini tgh musim nya. Tak berapa berkenan dgn rasanya, sungguh2 mak promote suruh mkn, so far msh tak terpengaruh lagi, test sikit je

    ReplyDelete
  12. buah dio payoh nak cari doh loni. ado jupo baru ni kedai tapi gak tk beli mugo tak rajin raso lagu mano sero buoh binjai.

    ReplyDelete
  13. teringat satu cerita zaman dulu-dulu. tangkap hantu dgn buah binjai.. tak igt cerita apa..

    ReplyDelete
  14. rasa macam pernah nampak dan makan, tapi masa tu mungkin tak tahu namanya buah binjai

    ReplyDelete