Pokok dan buah binjai menjadi perhatian pada masa dahulu. Sebab itu ada banyak nama tempat mengambil nama pokok tersebut. Ia menjadi identiti kepada sesuatu tempat.

Binjai rasa masam, namun kini ada jenis manis. Binjai boleh dianggap buah tidak bermusim, namum pada waktu tertentu buahnya lebih banyak yang boleh dianggap musim buah binjai.

Buah binjai boleh dimakan segar, tetapi biasanya dengan dicicah cuka dicampur cula dan belacan. Selain dimakan mentah segar, buah binjai dibuat sambal. Kadang-kadang sedap juga dicicah ke dalam budu.

Buah binjai yang muda lazimnya berwarna kehijauan ketika putik dan akan bertukar kepada warna coklat kelabu atau warna coklat kekuningan apabila masak.

Isi binjai berwarna putih krim susu, lembut dan mempunyai serat atau ada yang tidak berserat langsung bergantung kepada spesis. Bau binjai amat kuat yang menarik minat orang orang terhadapnya.

Rasa isi buah binjai daripada yang betul-betul masam, sederhana masam dan ada juga yang manis. 

Buah binjai yang masam mengandungi gula yang kurang berbanding dengan buah binjai yang manis.  Harga buah binjai sekarang ni ialah RM10 untuk 3 biji. Tapi jika beli terus dengan pemilik pokok boleh dapat 4 biji pada harga yang sama.

Pokok binjai kebanyakan sudah tua tapi sangat tinggi. Pokok ini tumbuh di dalam hutan dan di hujung kampung. Biasanya pokok binjai ni boleh hidup sehingga beratus-ratus tahun! Memang abam kie suka makan colek buah binjai ni.