Friday, 16 August 2019

Peringatan kepada penunggang motosikal



Kemalangan ni boleh berlaku di mana-mana tanpa mengira apa jenis kenderaan sekali pun. Cuma penunggang motosikal lebih berisiko jika nak dibandingkan dengan kereta. 

Mereka tak ada pelindung macam kereta. Terhimpit sikit pun boleh jatuh dan cedera. Ramai yang ambil mudah. Biasa yang saya lihat setiap pagi adalah pelajar sekolah menunggang motosikal tanpa helmet. 

Bahaya sungguh. Tambah lagi sekolahnya bersebelahan jalan raya utama.  Pagi-pagi kereta memang banyak lalu-lalang. Mereka terdedah kepada risiko kemalangan. Tapi selamber je naik moto tanpa helmet.

Tahu la duit saman tu mak ayah boleh bayarkan. Tapi mak ayah tak boleh bagi jaminan nyawa akan sentiasa selamat dalam badan. Jadi hati-hati la ye.

1. Paling utama kena sentiasa peka atau 'alert' sekeliling kita semasa menunggang motosikal. Expect lebih awal perkara yang akan terjadi sekiranya ada kenderaan lain yang nak memotong, masuk simpang dan sebagainya

2. Pakai helmet dengan baik terutama yang lalu jalan raya utama. Kereta, lori, bas dan kenderaan lain  banyak duk lalu lalang. Tak macam jalan kampung ya.

3. Lihat kereta atau motor di hadapan kita. Jika lampu brek menyala, toksah la kita dok pulas lagi minyak motor tu. Tahu la boleh memotong. Tapi kita tak tahu sebab apa mereka tekan brek.

4. Nak memotong boleh. Pastikan jalan betul2 clear, jarak nak memotong yang munasabah dan tak ada kenderaan bertentangan.

5. Nak mencilok pun satu. Terutama di traffic light. Kena sentiasa alert dan bersedia untuk brek. Selalu saya jumpa ada motor yang akan keluar di antara dua kereta. Tak pun ada makcik yang lalu celah kereta tu tanpa lihat kiri kanan.

Ye la. Kereta semua dah brek kan. Buat apa nak lihat kiri kanan lagi. Jadi dia jalan selamber je nak ke seberang jalan sana. Allahu.

Walaupun kita dah hati-hati, pakai helmet bagai, tapi kemalangan tetap boleh berlaku. Cuma kita boleh kurangkan risikonya dengan langkah-langkah tadi. Kita kan bijak!

P/s: ini gambar kereta semasa kemalangan tempoh hari. Kereta keluar simpang tanpa lihat motor di sebelah kiri. Alhamdulillah dedua masih selamat.

15 comments:

  1. sya setuju sgt tu , sya selalu mmg kene alert bila ada motor kadang kiri kanan dia cilok, sya ni takut... sbb kalau dia langgar kita dia teruk, kalu kita terlanggar dia pun dia yg teruk... tp kdg mereka pakai masuk je...

    tgk kereta tu teringat dlm tahun 2017, kereta sya kene langgar motor, dia punya gegar tu sampai sya ingat kereta yg langgar sya tp rupanya motor, abis belah belakang kereta sya... cermin belakang pecah, bumper belakang kemek teruk, tayarbelah kiri belakang pecah, pintu belkang belah kiri kemek... mmg teruk sgt lah... sebulan jgk la ddk bengkel kereta tu...

    ReplyDelete
  2. Memang kena memandu dengan berhati-hati..
    Motor memang kadang-kadang tak berapa nak berhati-hati..

    ReplyDelete
  3. Done follow back....tq Cikgu sudi follow blog saya.

    ReplyDelete
  4. bila bawak kereta shu selalu ingat dalam diri, semua rider adalah driver, tapi tak semua driver adalah rider. jadi kena utamakan rider kerana mereka beroda dua. anything happen, mereka yang lebih teruk kena impaknya. semoga abam kie tabah dengan ujian yang datang

    ReplyDelete
  5. Allahuakbar terima kasih Abam Kie untuk pesanan itu. Kak Feni setiap hari membonceng motosikal untuk pergi dan balik kerja. Memang kena hati-hati. Duduk di area KL ni kalau tak bawak motor pergi balik kerja memang habis masa dalam kereta jela.

    ReplyDelete
  6. penunggang motosikal ni selalunya bawak moto dengan laju. tengah cilok2 pon nak laju gak. bila dah eksiden, salahkan orang yang bawa kereta plak

    ReplyDelete
  7. LZ pernah kemalangan dengan penunggang motorsikal..
    Memang kena extra careful..

    ReplyDelete
  8. Semoga kita semua di dalam lindungan Allah.

    ReplyDelete
  9. Hmm..kadang kita yang bawa kereta ni seram dekat mereka yang bawa motor. Baru je tadi kita bagi signal awal-awal dah nak ke kanan, disebabkan bawa laju, dia gi potong sebelah kanan kita pulak. Nasib baik nampak, dapatlah tunggu sampai dia lepas. Allahu. Hati-hatilah dan selalu baca doa moga Allah lindung dari sebarang kemudaratan.

    ReplyDelete
  10. Very good tips abam kie. Berhati2 di jln rya terutama penunggang ni.

    ReplyDelete
  11. kadang seriau tengok orang bawa motor yg jenis suka mencelah ni.

    ReplyDelete
  12. hati2 guys terutamnya penunggan moto. walaupun kereta salah sekali pun. takut penunggang motor sangat berisiko tinggi untuk jadi kejadian lebih parah. careful

    ReplyDelete
  13. Sarie kalau membonceng motorsikal dengan husband memang la mengerikan. Walaupun dia bawa biasa tapi tetap la juganya seriau

    ReplyDelete