Monday, 19 August 2019

Jangan guna perkhidmatan Skynet!


Assalamualaikum. Kali ini Abam Kie ingin meluahkan rasa geram yang teramat kepada perkhidmatan courier 'SkyNet'. Pada hari Jumaat, 2 Ogos 2019 abam kie ada membeli tilam kat Lazada pada harga RM323. Postage pun free. Terus abam kie bayar guna kad kredit. Sebenarnya tilam ini untuk digunakan oleh anak2 abam kie. 



Abam Kie nak beli tilam ni sebab ciri2nya yang menarik spt di dalam gambar di atas. Harganya pun murah dan kos penghantaran pulak percuma! Niat di hati nak tengok anak2 tidur di atas tilam itu sebelum Hari Raya Aidil Adha tapi malangnya niat itu tidak kesampaian kerana pihak Skynet Machang, Kelantan memeram tilam tu di dalam stor mereka. Arrgghhh!


Jika tengok kat screenshot di atas tu tilam tu sebenarnya dah sampai di Machang pada 11.18 pagi Selasa, 6 Ogos 2019! Jadi memang cukup masa untuk lori Skynet tu hantar ke rumah Abam Kie di Tanah Merah. Tapi mereka buat x peduli aje sedangkan HQ di KL telah hantar ke Machang dengan kadar yg segera. 

Oleh kerana Abam Kie sibuk dengan persiapan Hari Raya Aidil Adha dan hal2 di sek maka abam kie cuma sempat telefon cawangan Skynet Machang tu pada hari Rabu, 14 Ogos 2019. Kerani perempuan tu kata biasanya cawangan mereka hantar barang2 besar dan berat secara pukal pada hari Sabtu je! Wei! Pada hari Sabtu sebelum Raya memang abam kie ada di rumah sambil tunggu tilam tu. X pi mana2 pun. Tapi lori kau x reti2 nak datang. Geramnya aku! Pas tu abam kie ugut dia kalau esoknya iaitu Khamis tilam tu x sampai gak, abam kie nak report kat HQ mrka! Terus dia janji akan antar esoknya. Hah! Baru kau tahu.


Keesokan harinya sdg Abam Kie sedang menjamu selera di majlis kenduri perkahwinan anak sepupu yg terletak dalam 1.8km dari rumah, tetiba abam kie terima panggilan drp driver Skynet. Dia minta lokasi rumah abam kie. Ni mesti kes x reti guna Maps atau Waze kan? Cepat2 Abam Kie habiskan nasi di dalam pinggan. Nak minum air pun x sempat. Lalu abam kie bagitahu dia agar tunggu di satu lokasi dan dari situ abam kie suruh dia ikut sampai la tiba d rumah abam kie.

Alhamdulillah, akhirnya tilam yg dipesan itu selamat sampai. Terus suruh anak2 pasang cadar dan cuba tidur atas tu. Hmmm...tilam tu x la keras sgt dan x plak lembut sgt. Kira mcm yang sedang2 aje. Kira mcm value for money la.. Dah siap semuanya, abe kie terus kembali ke tempat kenduri untuk menghabiskan makanan dan minuman serta bergambar dengan pengantin.

Demikianlah pengalaman pahit Abam Kie menunggu tilam sampai ke rumah. Semoga mendapat manfaat dan pengajaran drp entri ini. Sekian. Terima kasih. 

26 comments:

  1. kesian abam kie...mujur tak tercekik...tak dan minum air

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah dah selamat sampai walau rasa terkilan dihatikan Cikgu. Sebab tahu boleh hantar dan terima awal kenapa dilewatkan.

    ReplyDelete
  3. HEH..HEH..SEKALI TERKENA DUA KALI TAHU...PERANAN MEDSOS NI JANGAN BUAT MAIN

    ReplyDelete
  4. sempat lagi sambung makn knduri..haha

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah.. agak kalut masa tu abam Kie smpai xsempat jamah air. hehehe

    ReplyDelete
  6. Part sambung makan kenduri tu kelakar. Hihi. Alhamdulillah sampi juga tilamnya tu. Habislah skynet.

    ReplyDelete
  7. lama jugak tu diaorang peram... mmg geram la kita kan, alasannya kadang tak blh diterima

    nasibla selamat sampai jugak kan, puas hati bila anak2 seronok

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah sampai jugak lah tilam tu. Hahaha. Kena warning skali baru hantar cepat kan tilam tu

    ReplyDelete
  9. Naim still percaya dengan POS LAJU walaupun macam ini perangai. tapi mai juga haha

    ReplyDelete
  10. i had a very bad experience with them and i don't think i want to use skynet anymore.

    ReplyDelete
  11. tak pernah lagi berurusan dengn skynet. mugnkin lepas ni boleh try, untuk tngok mcm mana perkhidmatan nya.

    ReplyDelete
  12. Finally sampai juga... Bestnya landing. Apa pun mmg berbaloi

    ReplyDelete
  13. Setiap sistem yang dibangunkan, ada kebaikan dan kelemahannya.

    ReplyDelete
  14. Suka2 aje nak peram ye ..
    Kita menunggu bagai nak tak..
    Mmg patut pun kena ugut mcm Tu abam kie..
    Tidak Makin lama diperamnya..

    ReplyDelete
  15. Inilah masalah courier, seller dah cukup baik hantar pada waktunya tapi courier berlengah2, ada buyer yg tak faham nanti seller jugak yg kena follow up dgn courier

    ReplyDelete
  16. besarnya barang abam kie.. company kami dulu pun guna skynet tp sbb perkhidmatan yang teruk, terus tukar courier service provider.

    ReplyDelete
  17. sian abam kie,.. lama doh x terima courier dari sky net.. kalu tahu gini memang tak nak..

    ReplyDelete
  18. alhamdulillah sampai jugak. selalunya macam ni lah, tak kira courier apa. kita pun tak tau nak kata apa dah. sakit hati jugak

    ReplyDelete
  19. Belum pernah gun perkhidmatan skynet, belum juga pernah beli brg besar...thanks abm kie share...bleh but peringatan dikemudian hr.

    ReplyDelete
  20. Alhamdulillah akhirnya abam kie terima juga tilam yang dibeli dengan selamat setelah menempuh dugaan dari Skynet.. Mujur value for money.. LZ pernah alami situasi seperti ini dari courier service lain.. Hanya mampu bersabar ketika itu..

    ReplyDelete
  21. Pernah juga sekali Skynet peram barang. Last nya kena ambil sendiri kat opis diorang. Lepas tu siap kena cari sendiri barang kita. Geram betul

    ReplyDelete
  22. Haish! tempias buruk jugak kat LAzada ni sebab Skynet punya kes.
    Walaupun teramat lambat alhamdulillah finally dapat juga tilam tu ya cikgu.

    Kes kakak Mrs. A pun sama beli barang kat Lazada tapi boleh pulak syarikat delivery tut...(bukan skynet) buat penghantaran pada public holiday iaitu time raya haji aritu kakak Mrs. A dah la ada kat kampung time tu. Apa lagi mengamuk arrr... kawan tu. Agak-agaklah kalau nak deliver tu tak yah arrr time PH pun nak hantar nyusahkan orang takde kat rumah nak terima.

    ReplyDelete
  23. so far pakai ABX dan rasanya 2x5 mcm skynet haha barang sikit punya kecik pun dia peram lama..

    ReplyDelete
  24. Alhamdulillah akhirnya tiba juga tilam yang dinanti-nanti tuh

    ReplyDelete
  25. fulamak model tilam tu mmg mahal la hihi

    ReplyDelete
  26. Barang besar ni memang lambat sikit sampai..pakai ninja van lagi lah teruk haha

    ReplyDelete