Monday, 13 May 2019

Membuka akaun simpanan ELITE di Bank Muamalat



Assalamualaikum. Baru2 ni Abam Kie pergi ke Bank Muamalat cawangan Tanah Merah, Kelantan untuk membuka akaun simpanan ELITE. Akaun simpanan istimewa ini hanya dibuka kepada mereka yang berumur 45 tahun dan ke atas. Kebetulan abam kie dah nak masuk 46 thn minggu depan maka memang dah layak tu. Deposit permulaan ialah RM1000 dan baki minima ialah RM20. Bila buka akaun abam kie dapat buku simpanan dan kad debit. 

Antara faedah akaun simpanan ELITE ini ialah kadar keuntungan sehingga 2.88% setahun. Memang lebih tinggi daripada menyimpan di Tabung Haji tu! Untuk simpanan di bawah RM10,000 kadarnya 2%, simpanan diantara RM10,000.01 dan RM50,000.00 akan dapat 2.25%, simpanan diantara RM50,000.01 dan RM100,000.00 akan dapat 2.50% manakala simpanan diatas RM100,000 barulah dapat 2.88%! 

Selain daripada itu akan dapat pengecualian yuran pengeluaran dari ATM MEPS. Sekiranya baki bulanan kurang drp RMRM5,000.00 akan dapat 2X pengecualian, RM5,000.01 – RM100,000.00 akan dapat 4X dan RM100,000.01 ke atas akan dapat tanpa had gitu!

Mereka yang dah ada akaun simpanan biasa di Bank Muamalat boleh membuka akaun ELITE ni secara atas talian!

Selain daripada itu ada perkhidmatan pintu ke pintu untuk pembukaan akaun baharu, pengeluaran kad debit dan pendaftaran i-Muamalat. Ini khusus untuk warga emas yg tak boleh pergi ke bank.

Lepas tu pemegang akaun boleh menyalurkan duit wakaf melalui Jompay menggunakan  i-Muamalat:

Biller Code for Wakaf Selangor Muamalat : 5090
Biller Code for Wakaf Negeri Sembilan Muamalat:  59873
Biller Code for Wakaf Majlis Agama Islam Kelantan Muamalat: 10488

Lepas tu ada skim perlindungan Smart PA Takaful yang disediakan oleh Zurich Takaful Malaysia Berhad. Perkhidmatan ini adalah pilihan. Nak kena bayar. X nak tak apa. 

Perkhidmatan Badal Haji  juga disediakan secara percuma jika pemegang akaun meninggal dunia kerana kemalangan jalan raya.

Kaunter Khas untuk pemegang akaun warga emas juga disediakan di bank. Jadi bila Abam Kie tua nanti tak perlu menunggu lama untuk dilayani oleh staff Bank Muamalat jika pergi ke cawangan mereka. Best kan?

Akhir sekali pemegang akaun ini akan dapat menggunakan perbankan internet i-Muamalat di laptop dan telefon pintar.

Ingin maklumat lanjut tentang akaun simpanan ELITE Bank Muamalat ini? Mudah je..Telefon pusat panggilan BMM di 1 300 88 8787 atau berkunjung ke cawangan terdekat anda. Selamat mencuba!

12 comments:

  1. SALAM RAMADHAN ABAM KIE.
    THANKS PERKONGSIAN.

    ReplyDelete
  2. macam menarik simpanan dekat muamalat ni

    ReplyDelete
  3. whoaa 2.88%?? mcm best! boleh la nak bg tau papa. thanks for sharing abam kie! Selamat berpuasa~

    Myra | The Grey Lines Between

    ReplyDelete
  4. bagus juga, kira ada untuk pelanggan yang berusia. BSN kena ada kaunter khas warga mas molek nyo.

    ReplyDelete
  5. Nice sharing Abam Kie. Sarie memang ada akaun Bank Muamalat. Nanti bila dah mencecah umur 46 tahun nanti in sya Allah nak buka la akaun Elite ni

    ReplyDelete
  6. Perkongsian yang menarik.. baru tahu pasal akaun ELITE ini..

    ReplyDelete
  7. so far bank muamalat shj ke yg ada buat service mcm ni?

    ReplyDelete
  8. wah berbaloi tapi mama tak larat nak buka akaun bank dah

    ReplyDelete