Wednesday, 8 May 2019

Kenangan Stesen Bas Kota Bharu


Tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat melepak dan bertemu kekasih. Setiap tempat tumpuan tentu sekali menjadi ingatan kepada mereka yang pernah ada peristiwa dan kenangan di situ. Di Kota Bharu, Kelantan satu tempat yang menjadi lokasi atau destinasi kenangan bagi kebanyakan rakyat Kelantan ialah Stesen Bas Kota Bharu.

Stesen Bas Kota Bharu antara bangunan batu tertua di Kota Bharu. Lama sungguh stesen bas ni, sejak tahun 1947 lagi. Sejarah stesen ini bermula bila North Eastern Transport Services (NETS) milik bumiputera buka syarikat pengangkutan untuk Kelantan.

Mula-mula laluan bas ini beroperasi kawasan berhampiran bandar Kota Bharu sahaja. Perkhidmatan antara bandar yang terletak jauh tidak dapat dilakukan kerana keadaan jalan yang tidak elok.

Antara jenis bas terawal yang digunakan ialah "mosquito bus". Jenis itu dianggap terbaik pada ketika itu. Masa berubah, pekhidmatan basa semakin penting untuk membawa penumpang ke Kota Bharu. Syarikat semakin berkembang dan bilangan bas ditambah selari dengan peningkatan penggunaan.

Pada 1967, nama NETS ditukar kepada nama Syarikat Kenderaan Melayu Kelantan (SKMK). SKMK masih kekal sehingga sekarang.

Biarpun operasi bas di Kota Bharu telah bertambah dan memerlukan stesen bas lebih luas dan selesa, Stesen Bas Kota Bharu masih kekal untuk kegunaan antara bandar dalam Kelantan.

Stesen bas ekspres untuk perjalanan jarak jauh pernah beroperasi di Langgar dan Jalan Hamzah. Kedua-dua stesen bas itu telah ditutup dan kini hanya beroperasi di Stesen Lembah Sireh.

Stesen Bas Kota Bharu masih beroperasi sehingga sekarang biarpun tidak lagi popular seperti dahulu. Sekarang ramai orang ke Kota Bharu menggunakan kenderaan sendiri sama ada kereta atau motosikal. Ini berbeza pada masa dahulu kebanyakan orang ke bandar Kota Bharu hanya menggunakan perkhidmatan bas.

Dahulu, stesen bas itu menjadi tumpuan untuk bertemu. Turun dari bas, mereka akan berada di situ untuk menunggu rakan. Bahkan, ada yang sengaja berada di situ untuk mencuci mata. Sebab itu, biarpun ada bas untuk pulang, ada yang sanggup menangguhkan perjalanan dan menanti trip seterusnya.

Stesen Bas Kota Bharu menjadi saksi pertemuan kekasih dan ada yang mula bertemu di situ. Kedudukan stesen bas itu di tengah-tengah bandar Kota Bharu. Jadi, pengguna mudah untuk melakukan urusan seperti membeli belah, urusan bank dan pejabat kerajaan dengan hanya berjalan kaki dari stesen bas itu.

Pada masa dahulu, hari paling sibuk di Stesen Bas Kota Bharu ialah pada hari Khamis dan Sabtu. Pada hari Khamis kerana kerja separuh hari. Manakala pada hari Sabtu, biarpun hari kerja tetapi untuk golongan muda yang masih belum bekerja, hari Sabtu adalah hari berhibur.

Pada hari Sabtu di bandar Kota Bharu meriah macam pesta. Masing-masing mengambil peluang turun ke Kota Bharu. Perkhidmatan bas memang penuh. Ada yang sanggup turun awal semata-mata agar tidak terlepas untuk berada di bandar Kota Bharu pada masa dijanjikan.

Sesiapa yang sesat di dalam bandar Kota Bharu dan sukar untuk mencari stesen bas, petuanya mudah sahaja. Dongok di atas dan carilah menara pemancar kepunyaan Telekom Malaysia yang kedudukannya berhampiran dengan stesen bas. Masa dahulu pemandangan tidak terhalang kerana tidak terdapat banyak bangunan tinggi.

Bangunan Stesen Bas Kota Bharu yang masih kekal dan tidak berubah seperti mula dibina dahulu kini dianggap sebagai 'monumen sejarah' denyut nadi Kota Bharu dan menjadi ingatan seluruh warga Kelantan terutama generasi lama yang pernah menggunakan perkhidmatan bas.

Sumber: bicaramentari.blogspot.com

18 comments:

  1. Saya dan masa SKMK abam kie.... hoktu la wak naik sokmo g kb... memori sungguh

    ReplyDelete
  2. Mewah dengan cerita..tertulis banyak kenangan.

    ReplyDelete
  3. Saya pernah 2,3 kali ke stesen bas ni masa berjimbaan dengan sepupu-sepupu yang tinggal di Kota Bharu pada tahun 90an...zaman muda belia. Haish tua sungguh dah rasanya sekarang ni

    ReplyDelete
  4. Lma dah sya x pergi Kelantan
    Kalau zaman sekolah dulu selalu je guna bas stesen nie utk ke kampung bila cuti sekolah dari besut Ke Jeli(tukar2 bas2 huhuhu)

    ReplyDelete
  5. masih segar dlm ingatan sy ms mula2 dtg KB dulu. sy tercangak2 kt sini sbb x tau nk buat apa. ms tu mmg x reti nk cr bas, tak reti nk tanya org... entah mcm mn sy terjumpa budak sekolah sy (sbb dia pakai bj outing sm). so dialah yg tunjukkan bas mn nk naik utk blk asrama. tp lps tu, kemain lg sy ligat. boleh pejam mata kalu naik bas g KB ni hahahaha... stesen bas jalan hamzah pun byk kenangan jg...sbb balik kg mmg selalu naik kt situ...

    ReplyDelete
  6. memey kenangan la...waktu zaman sekolah, zaman kerja bus kenderaan yang Cik Ash guna... hihihi

    ReplyDelete
  7. Marsha pun banyak kenangan kat stesen bas ni...jumpa macam-macam orang.

    ReplyDelete
  8. Waa mesti rare lokasi ni..
    Tak puas sokmo jale kota bharu, bagus abam kie bagi tips kalau sesat tu

    ReplyDelete
  9. betul tu abam kie. stesen bas ada kenangan nya yang tersendiri. mcm ana stesen bas pudu. setiap minggu mesti turun situ sebab nak balik umah dr kampus. hehe

    ReplyDelete
  10. stesen bas kat mana2 pun akan ada kenangan kan. cuma sekarang dah tak ramai la orang. tak macam zaman dulu yg mana bas jadi pengangkutan utama masyarakat :)

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum....
    PERHATIAN!!! PERHATIAN!!! PERHATIAN!!!

    SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA... Apa kata puasa ni kita gembirakan hati orang yg kita sayangi dengan Penapis Air COWAY... mudah sikit persiapan utk BERBUKA N SAHUR...

    PROMOSI SEMPENA PUASA... Jom rebut peluang ni sebelum terlambat...
    Just klik wasap link utk detail

    www.wasap.my/60174445677

    ReplyDelete
  12. mek g jalan penang baru ni, memang banyak sangat bangunan-bangunan lama. sehinggakan bank pun di bangunan lama. memberi kesedaran kepada mek yang bangunan lama ni, pelihara dan pulihara dengan molek so anak cucu esok-esok buleh tgk. macam stesen bus ni la.

    ReplyDelete
  13. Pernah 2 kali je smpai Kota Bharu :)

    ReplyDelete
  14. wow building ni mmg bersejarah ada sebelum merdeka lagi

    ReplyDelete
  15. lama betul usia bangunan tu ye... banyak dah peristiwa berlaku..

    ReplyDelete
  16. memang meriah KB zaman dulu. Setiap hari Sabtu mesti turun KB untuk main video game dan ronda-ronda pusat beli belah. Naik 'bas cepat' dari Pasir Puteh pukul 9 pagi. Dalam pukul Pukul 9.45 pagi dah sampai di Stesyen bas kota Bharu. sarapan nasi kerabu di bawah bazar depan stesyen teksi. kemudian bila pusat beli belah dibuka pukul 10 pagi, mula merayau dari satu emporium ke satu emporium. Zaman saya dulu pusat beli belah tersohor ialah Pantau Timur, Parkson dan HankYu Jaya.

    ReplyDelete