Friday, 10 May 2019

10 cara untuk berjimat sepanjang bulan Ramadan ini


Adakah anda antara mereka yang lazimnya berbelanja lebih di bulan Ramadan? Ramadan dinantikan seluruh umat Islam, bukan sahaja di Malaysia, tetapi di serata dunia.

Ketika berpuasa, kita mengawal diri daripada nafsu, namun perbelanjaan pada bulan Ramadan kebiasaannya adalah lebih tinggi daripada bulan-bulan lain, ditambah lagi dengan perbelanjaan menjelang Hari Raya Aidilfitri.

Ramadan ini, Abam Kie cuba sedaya upaya untuk mengurangkan kos, dan dalam masa ini, Abam Kie turut mempelajari 10 cara untuk menjimat wang sepanjang Ramadan.

1. Memasak sendiri di rumah


Penyediaan makanan bagi berbuka puasa dan sahur adalah antara perkara utama pada bulan Ramadan.

Kadangkala, pada bulan Ramadan kita “teringin” untuk memakan juadah istimewa.

Sejak akhir2 ini cuma sedikit bufet Ramadan kosnya kurang daripada RM100 seorang, manakala kebanyakannya lebih daripada itu.

Untuk mengelakkan perbelanjaan berlebihan, isteri Abam Kie sering memasak sendiri juadah berbuka puasa atau sahur kerana semestinya ia akan dapat menjimatkan kos.

Dengan kos RM100, anda mungkin boleh membeli bahan-bahan masakan untuk sekeluarga dalam 3 hari ke seminggu.

Elakkan bufet Ramadan yang  mahal. Jika anda ingin juga berbuka di bufet Ramadan, boleh la pergi sekali je dalam bulan Ramadhan ni. Lainlah kalau ada orang nak belanja atau hotel tu jemput untuk buat food review! Makan free la tu! Hahaha......

2. Perancangan awal


Apabila Abam Kie dan isteri memutuskan untuk memasak sendiri juadah buka puasa dan sahur, kami wajib membuat perancangan bagi juadah yang ingin kami masak terlebih dahulu. Pertamanya, kami dapatkan panduan resipi di Internet atau di laman sosial.

Selain itu, yang paling pentingnya, kami juga membuat perancangan kewangan atau ‘bajet’ bagi bahan-bahan masakan yang diperlukan.

Apabila merancang menu setiap minggu, kami memastikan bahan-bahan yang telah dibeli boleh digunakan dalam beberapa lauk, untuk mengelakkan pembaziran.

Apabila membeli bahan masakan, ia juga penting untuk membuat perbandingan harga di beberapa kedai atau hypermarket.

Hypermarket sering membuat promosi di bulan Ramadan, dan anda pasti boleh membuat penjimatan apabila anda membuat perbandingan harga.

3. Pilih juadah yang sesuai


Sekiranya anda memilih untuk berbuka di luar, sebaiknya anda memilih tempat yang paling menjimatkan dan berpatutan.

Abam Kie dan isteri tidaklah memasak setiap hari di bulan Ramadan ini, tetapi kami semestinya membuat penyelidikan dan perbandingan sebelum kami memilih sesebuah restoran.

Pada masa ini, terdapat banyak restoran yang menyediakan hidangan berbuka puasa secara pakej atau kombo yang lebih murah berbanding pakej biasa.

Ketika memilih pakej berkenaan, pastikan bahawa harga yang ditawarkan berpatutan dan setimpal dengan harga yang ditawarkan.

Anda juga perlu mempertimbangkan tawaran tersebut berdasarkan jumlah makanan dan bilangan orang yang akan berbuka puasa dengan anda.

4. Lebih banyak lebih bagus


Membeli makanan berbuka puasa di bazar Ramadan tidak lagi murah.

Harga bagi makanan seperti murtabak, nasi ayam dan popiah semakin meningkat setiap tahun.

Salah satu cara Abam Kie memaksimakan perbelanjaan di bazar Ramadan adalah dengan berbuka puasa bersama keluarga atau rakan-rakan.

Ia adalah lebih menjimatkan daripada berbuka puasa bersendirian kerana hidangan bazar Ramadan kebanyakannya dijual dalam bahagian yang besar dan boleh dikongsi.

Oleh itu, kos perbelanjaan makanan setiap seorang dapat dijimatkan kerana anda dapat berkongsi kos untuk beberapa juadah. Anda juga dapat mengelakkan pembaziran makanan.

Selain itu, sekiranya anda berbuka puasa di luar, terdapat banyak restoran dan hotel yang menawarkan diskaun bagi orang yang datang secara berkumpulan. 

5. Berbelanja dengan berhemat di bazar Ramadan


Bazar Ramadan dan bulan puasa memang tidak boleh dipisahkan, terutamanya bagi orang yang bekerja dan tidak mempunyai masa untuk memasak.

Oleh itu, pastikan anda berbelanja dengan berhemat setiap kali mengunjungi bazar Ramadan.

Sebaik-baiknya, buatlah perancangan mengenai juadah yang ingin anda beli pada hari itu dan juga kuantitinya.

Anda juga perlu menetapkan amaun maksimum yang anda boleh belanjakan di bazar Ramadan.

Anda juga perlu berwaspada dengan harga makanan yang ditawarkan kerana ada penjual yang akan menjual makanan kombo dengan lebih ‘murah’ seperti RM10 bagi 3 pek nasi yang berharga RM4/sepek.

Dalam situasi ini, tanya diri anda: Adakah anda memerlukan makanan sebanyak itu?

6. Elakkan perjalanan yang jauh


Pasti anda pernah dengar tentang pau cendawan di bazar Ramadan di Putrajaya. Sudah pasti lazat di makan.

Tidak dapat dinafikan, terdapat banyak bazar Ramadan yang mempunyai juadah istimewa yang berlainan seumpama ini, dan ada dalam kalangan kita yang suka mengunjungi bazar Ramadan berbeza-beza.

Sekiranya bazar Ramadan yang ingin anda kunjungi itu terletak jauh daripada kawasan rumah atau pejabat, ia mungkin akan menambahkan perbelanjaan pengangkutan.

Oleh itu, sebaik-baiknya elakkan mengunjungi bazar Ramadan yang jauh.

Sekiranya anda teringin untuk menikmati juadah yang tidak ada dijual di tempat lain, mungkin anda boleh ”carpool” bersama kawan-kawan atau ahli keluarga untuk berkongsi kos pengangkutan.

7. Dapatkan diskaun berbuka puasa


Sekiranya anda gemar akan bufet berbuka puasa, anda boleh mendapatkan harga promosi yang 30% ke 40% lebih murah daripada harga sebenar dengan menggunakan kupon diskaun “early bird” ataupun diskaun “online” daripada laman diskaun.

Abam Kie membuat perancangan untuk berbuka puasa bersama kawan-kawan sebelum Ramadan kerana pembelian voucher bufet Ramadan di kebanyakan hotel atau restoran adalah lebih murah sebelum bulan Ramadan.

Kita perlu juga peka kepada hotel dan restoran yang memberikan diskaun istimewa kepada pemegang kad kredit atau kad debit.

8. Bergotong royong di kawasan perumahan/pejabat


Pada bulan Ramadan, suatu amalan yang sering dilakukan di kawasan kampung atau kawasan perumahan ialah amalan bergotong-royong untuk menyediakan juadah berbuka puasa dan moreh, terutamanya sekali bubur lambuk.

Kebiasaannya, juadah yang disediakan akan diagih-agihkan kepada jemaah masjid yang turut serta dalam gotong-royong tersebut. Aktiviti ini dapat mengurangkan kos penyediaan juadah berbuka puasa.

Namun, jangan lupa untuk memberikan sedikit sumbangan ikhlas kepada kariah masjid sebagai sedekah.

9. Berbuka puasa dan moreh di surau atau masjid


Anda juga boleh berbuka puasa dan moreh secara percuma di masjid dan surau.

Amalan ini bukan sahaja dapat mengurangkan kos, malah ia akan dapat merapatkan silaturahim anda dengan ahli kariah.

Selain itu, berbuka puasa di masjid akan memudahkan anda untuk menjalankan solat wajib Maghrib dan Isyak serta solat sunat tarawih tanpa perlu terkejar-kejar.

10. Berkongsi dan bertukar-tukar juadah


Akhir sekali, anda boleh mengadakan perkongsian juadah secara ‘potluck’ ataupun pertukaran juadah sesama rakan atau jiran.

Amalan ini sangat menyeronokkan kerana ia bukan sahaja dapat mengurangkan kos, malah kita juga dapat menjamu pelbagai juadah setiap hari di samping mengeratkan ukhwah dan silaturahim.

Bulan Ramadan ini dianggap mulia oleh umat Islam.

Sehubungan dengan itu, kita hendaklah menjauhkan diri daripada pembaziran.

Kita juga harus mengawal perbelanjaan pada bulan Ramadan sebagai persediaan menghadapi sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba. Itu dia 10 tip berguna bagi mengurangkan kos pada bulan Ramadan. Semoga ianya bermanfaat. Selamat berpuasa kepada semua pembaca blog Abam Kie.

Sumber: www.imoney.my

19 comments:

  1. ray dah jarang ke bazaar. that one thing pun dah jimat gila dah duit. Alhamdulillah.

    ReplyDelete
  2. Tips yg berguna dlm bulan Ramadhan :) Setakat ni mmg tak gi bazar lg. Huhu

    ReplyDelete
  3. kami sekeluarga memang makan kat rumah ja. kadang2 tu ja beli kat bazar. tu pun kalau ada yg berasa nak makan la

    ReplyDelete
  4. Dah beberapa tahun tak pergi ke bazaar. Malas dah nak beli. Hihi

    ReplyDelete
  5. Rabia jarang pergi bazar.masak je dekat rumah. Pergi Bazar pun dekat last nak puasa dh

    ReplyDelete
  6. Elok berjimat coz raya nak pakai byk duit.

    ReplyDelete
  7. good tips abe kie. tahun ni macam ter-control skit. klu dop, air 3 jenis doh. hahahhahaha

    ReplyDelete
  8. Mana boleh jimat..jimatkan.Babah selalu pesan..nak makan apa makanlah...masak atau beli sesekali terserah yang penting sederhana dan jangan membazir.

    ReplyDelete
  9. salam ramadhan
    berbuka ramai-ramai dgn
    family memang terbaik

    ReplyDelete
  10. Ana lebih selesa masak je dekat rumah. Jimat sungguh. 3 org baru kos rm50-70 seminggu. Hehe. 1 lauk dh cukup utk berbuka.

    ReplyDelete
  11. bulan ramadhan ialah bulan terbaik mengawal nafsu kan

    ReplyDelete
  12. Dah lama tak ke bazar.Bukan tak nak support bangsa sendiri tapi masak sendiri lg puasati.

    ReplyDelete
  13. Memasak tu memang selalu.. Pergi bazaar cuma untuk cari kuih je.. Sebab nak buat kuih tak pandai.. hehehe..

    ReplyDelete
  14. yang paling jimat adalah berbuka di masjid. 0 kos

    ReplyDelete
  15. alhamdulillah, seminggu berpuasa belum lagi ke param sebab myra tau myra jenis boros. haha

    Myra | The Grey Lines Between

    ReplyDelete
  16. Nice sharing Abam Kie. Rasanya dah 3,4 tahun juga mengurangkan kekerapan membeli juadah kat bazar ramadhan selalu. Paling kuat ada 2,3 kali. Selebihnya home cook meals.

    ReplyDelete