Monday, 11 February 2019

Tabiat Seharian Yang Buat Kita Pokai (Bahagian 2)



Assalamualaikum. Pada entri yang lepas, Abam Kie ada menyenaraikan 10  tabiat seharian yang boleh membuatkan kita pokai. Sebagai sambungannya, Abam Kie ingin berkongsi 10 lagi cara yang mungkin boleh membuatkan kita kesempitan wang. Sila baca sampai habis, OK? Terima kasih.

11. Tidak Menulis Senarai Beli Belah


Anda akan cenderung untuk berbelanja lebih daripada keperluan dan lebih kepada nafsu sekiranya tiada senarai ditulis

12. Wajib Beli Snek Apabila Menonton Filem Di Pawagam


Keinginan untuk mengunyah apabila menonton wayang boleh diatasi dengan cara makan sekenyang-kenyang di rumah dan tonton wayang dengan perut yang penuh dan tenang tanpa perlu gusar bunyi kunyahan anda mungkin mengganggu penonton yang lain.

13. Bayar Saluran TV Tetapi Tidak Menggunakannya


Langgan segala saluran yang ada tetapi tiada masa untuk tonton ataupun tidak minat menonton? Potong kos bayaran bil setiap bulan anda dengan menukar langganan kepada asas ataupun manfaatkan saluran TV itu sepenuhnya.

14. Menggunakan Aplikasi Berbayar


Sekiranya terdapat alternatif lain, berhenti gunakan aplikasi berbayar dan guna alternatif tersebut untuk menjimatkan kos bulanan anda.

15. Merokok


Semua sedia maklum bahawa cukai rokok di Malaysia sangat tinggi menyebabkan harganya mahal. Bayangkan jumlah wang yang anda boleh simpan dengan berhenti merokok. Jika anda merokok 10 batang sehari, anda bukan sahaja melakukan kerosakan yang paling besar kepada kesihatan anda, tetapi juga membuang tidak kurang daripada RM3,000 dalam satu tahun!

16. Langganan Gimnasium


Sekiranya anda hanya mampu hadir untuk sesi di gym pada setiap hujung minggu sahaja, pertimbangkan untuk memanfaatkan tips-tips dan latihan fizikal yang disediakan oleh jurulatih di Youtube dan Facebook dan berhenti melanggan.

17. Pembaziran Elektrik


Sentiasa pastikan lampu, kipas dan pendingin hawa hanya dibuka apabila ada orang di dalam ruang tersebut.

18. Menyimpan Barangan Tidak Perlu Di Rumah


Barang-barang yang banyak memerlukan lebih banyak kos untuk menyimpan dan menguruskannya. Simpan hanya barang yang diperlukan dan penting sahaja. Barulah kemas rumah anda. Anda boleh menjual barangan anda di laman web dan aplikasi seperti Carousell, CLOSETStlyles, mudah.my, ebay, abumama.my (untuk perabot yang digunakan), dan sebagainya.

19. Menggunakan Perkhidmatan Teksi/Grab


Grab dan teksi memang nampak lebih mudah dan selesa tetapi pengangkutan awam masih lagi alternatif yang paling murah dan menjimatkan. Sekiranya tidak terdesak, pilih alternatif yang lebih menjimatkan kos.

20. Menggunakan Petrol Premium


Sekiranya enjin kereta anda tidak spesifik hanya untuk RON97, gunakan RON95 untuk menjimatkan kos kecuali jika anda mampu.

Dikarang oleh BBazaar Malaysia. Disiarkan secara eksklusif di zukidin.com

14 comments:

  1. Betul..betul..betul..kadang nampak ringan dan mudah sahaja..tapi kalau tidak diperhati betul-betul-betul hujungnya pembaziran dan boleh buat pokai.

    ReplyDelete
  2. hahahhaa. bayar astro, tgk tv3. pahtu jenero. kadang bukak tv, tgk youtube.

    ReplyDelete
  3. 21. Suka tukar kereta/perabot walau pun yang lama masih ok

    ReplyDelete
  4. menarik ni...nak follow la blog ni

    ReplyDelete
  5. Perkara 18 menyimpan barangan yang tak perlu tuh memang satu masalah untuk Sarie. Kadang-kadang dah buat spring cleaning pun tetap la bertambah pula dengan barang baru hehehehhe

    ReplyDelete
  6. Alaaa tapi mama suka makan popcorn sambil tgk movie

    ReplyDelete
  7. Salam, jom join GA saya abam kie :D

    https://www.astraveller.com/2019/02/doodle-planner-2019-giveaway.html

    ReplyDelete
  8. Memang ade betulnya semua perkara di atas. Macam manalah tak pokai kan. Aduhai! :) Hehehe

    ReplyDelete
  9. Tepat sekali !! Kadang² tu walaupun dah buat list p beli jugak benda yang tak ada hehe

    ReplyDelete
  10. tabiat yang abam kie kongsi memang ada sifat seharian hahaha kena ubahkan ni

    ReplyDelete
  11. Senarai membeli belah tu paling penting ! Kalau tak semua barang masuk troli hahahah

    ReplyDelete
  12. setuju, abamkie.
    namun, ada antara kehendak tu seolah2 now dah nak jadi keperluan.
    tak nak, tak boleh.
    penting. terpaksa spend duit.

    ReplyDelete