Monday, 4 February 2019

Tabiat Seharian Yang Buat Kita Pokai (Bahagian 1)


Gaji anda sudah pun masuk. Anda membuat keputusan untuk membelanja diri anda, bermakan di restoran mewah, mungkin minum secawan kopi di Starbucks, dan membeli satu lagi denim berwarna biru dalam musim diskaun ini. Dan sebelum anda mengetahuinya, anda tidak mempunyai apa-apa wang untuk hari-hari yang tinggal pada bulan itu.

Jadi, bagaimana kita sampai di sini?
Kekurangan tabiat pengurusan wang.

Jika anda mengamati semua perbelanjaan anda dengan berhati-hati selama sebulan, anda mungkin berada dalam kejutan yang tidak menyenangkan untuk mengetahui berapa banyak yang anda boleh melebihkan pada perkara – yang kebanyakannya anda tidak perlu.

Tetapi jangan risau lagi. Anda boleh mengawal kecenderungan ini dan memupuk disiplin kewangan. Berikut merupakan 20 tabiat harian yang membuatkan anda pokai pada setiap bulan. Kenal pasti yang mana satu tabiat anda, dan betulkan untuk selamatkan kewangan anda dalam ekonomi ini!

1. Makan Mewah Di Luar


Fokus untuk memasak di rumah. Jika anda sering makan di luar, gunakan kad kredit, yang sama ada menjana cashback atau memberi anda beberapa mata ganjaran sebagai balasan.

2. Minum Kopi Dari Kafe


Jika anda peminat tegar kopi dan tidak boleh memulakan hari tanpa kopi, digalakkan untuk beli mesin kopi dan buat kopi sendiri setiap hari.

3. Beli Barang Dapur Bila Anda Lapar



Anda akan terpengaruh untuk beli barang dapur yang tidak diperlukan apabila beli belah barang dapur sewaktu lapar. Elakkan

4. Bungkus Makanan


Nampak remeh tetapi sebenarnya banyak beza dari segi kos jika dibandingkan dengan makanan yang dimasak sendiri.

5. Sumpahan “Beli 2 Percuma 1”


JANGAN MUDAH TERPENGARUH. Jangan mudah terpedaya untuk membeli barangan yang tidak diperlukan terutamanya barangan dapur. Ia mungkin akan berakhir di dalam tong sampah sahaja.

6. Berhabisan Untuk Barangan Fesyen Berkelas Tinggi



Barangan yang tidak berjenama antarabangsa pun tidak kurang tinggi kualitinya. Berhenti berbelanja lebih untuk pakaian yang boleh didapati pada harga yang murah di jenama tempatan.

7. Terikut-Ikut Trend Pakaian


Biar papa asal bergaya? Anda rasa patutkah anda menghabiskan wang gaji anda sebulan semata-mata untuk membeli kasut Nike yang dipromosikan oleh artis kegemaran anda? Fikir sekali lagi.

8. Menukar Gajet Pada Setiap Bulan


Melainkan perlu, tak usahlah menaik taraf gajet pada setiap bulan semata-mata ingin tampak terkini dan lebih maju daripada rakan-rakan yang lain. Ia merupakan satu bentuk pembaziran yang nyata.

9. Mempunyai Terlalu Banyak Produk Penjagaan Diri


Mempunya lima jenis losyen yang memberikan anda kesan yang sama? Bayangkan produk penjagaan diri lain yang boleh anda beli menggunakan duit yang mampu dijimatkan daripada empat lagi losyen yang tidak perlu itu.

10. Memilih Penghantaran Ekspres


Kata kunci penting. Kalau tak perlu, jangan. Jika anda tiada keperluan kecemasan untuk menggunakan penghantaran ekspres, gunakan sahaja perkhidmatan biasa.

Dikarang oleh BBazaar Malaysia. Disiarkan secara eksklusif di zukidin.com

16 comments:

  1. Terikut-ikut dengan trend pakaian fesyen tu memang ada pada diri rabia.

    ReplyDelete
  2. memang pokai la 10 perkara di atas..ada kala terbabas juga walaupun beringat. hihi

    ReplyDelete
  3. Kalau macam semua dia tas, memang boleh pakai ni huhuhu
    Makaseh atas ingatannya ...

    ReplyDelete
  4. semua tabiat diatas saya telah elakkan dalam tahun 2019...

    kalau pendapatan terlalu kecil pasti akan tidak mencukupi juga jika perbelanjaan terlalu besar.

    perbelanjaan menjadi besar kerana membeli barangan yang berharga mahal hahahaha

    ReplyDelete
  5. "Kalau tak perlu,jangan".Setuju.Yang perlu pun kalau tak betul-betul penting,tangguhkan dulu.

    ReplyDelete
  6. Sekarang lebih ke arah beli bila keperluan sahaja...

    ReplyDelete
  7. hahahah macam nak mengena je niiii

    ReplyDelete
  8. Selalu terkandas bila makan luar. Walaupun bukan di kedai mewah atau kedai hipster tapi kalau termakan luar, memang ngeri bila tengok bilnya

    ReplyDelete
  9. Saya selalu katoi dengan penghantaran ekspres. Padahal beza dalam seminggu saja pun dan dokumen tu tak la penting sangat. Tapi mungkin dah terbiasa kot. Mulai sekarang, nak cuba berjinak dengan pos biasa berbanding pos laju atau syarikat 'courier'.

    ReplyDelete
  10. Bila dapat gaji memang macam-macam kita nak beli, kadang2 bukan keperluan pun, bila hujung bulan mula la korek tabung..

    ReplyDelete
  11. harus dielakkan ni... seronok ke bercuti ke kl.. mesti seronok kan org tak ramai

    ReplyDelete
  12. Setuju, memang harus dielakkan ni.. hmm

    ReplyDelete