1) Kalau anda tahu anda perlu ambil suntikan atau perlu ambil darah. maka jangan pakai baju lengan panjang yang ketat lengannya / susah nak singsing.

2) Kalau anda sakit kaki terutama bahagian lutut, maka pakailah seluar panjang yang longgar utk mudah di singsing seluar tu. Doktor perlu check lutut. Terutama bagi wanita, pakai seluar ya. Kalau pakai kain memang tak logik nak test angkat kaki, bengkokkan kaki tu semua.

3) Kalau bawa anak , terutama yang baby, tak perlu nak pakaikan baju yang complicated. Ambil masa dan menyusahkan doktor, dan anak itu sendiri. Nak kena bukak layer by layer baju tu. Dan logiknya, kalau anak anda demam pun, jangan pakai baju tebal2, nanti haba susah nak hilang.

4) Kalau anda ada ruam yang ingin diperiksa oleh doktor, jangan sapu apa apa atas ruam tu sebelum datang ke klinik. Ada banyak kali pesakit datang dah tertepek inai / sirih / serbuk kunyit dan pelbagai lagi bahan yg u name it di amalkan as petua. Doktor perlu melihat dengan jelas rupa ruam tu, baru dapat buat diagnosis yang betul.

Begitu juga buat wanita, jangan apply make-up atas ruam itu.

5) Kalau anda pening / sakit kepala, kalau boleh.....tolong jangan sapu apa apa minyak seperti minyak cap Kapak / minyak angin yang kuat bau nya. Bau yang kuat itu boleh ganggu konsentrasi doktor utk memeriksa. Bilik consultation doktor bukannya luas sangat, bertutup dan ber air cond. So apa apa bauan memang akan jadi obvious.

6) Kalau anda sakit perut atau lenguh cramp kaki / tangan, bila nak jumpa doktor, kalau boleh....tolong jangan sapu minyak gamat / minyak kuda / whatever minyak pada kawasan abdomen / kaki / tangan tu. Doktor perlu sentuh badan anda semasa pemeriksaan fizikal. Beri kerjasama utk elakkan tangan doktor melekat minyak tersebut.

7) Kalau anda luka berdarah di kawasan tangan / kaki, jangan ikat guna kain ketat letat di kawasan peha / atas lengan, dengan niat kononnya utk stop kan perdarahan. ( Do not apply tourniquet) . Ini kerana anda mungkin akan terus hentikan pengaliran darah ke bahagian tersebut , dan ini bahaya, tisu boleh mati.

Apa yg perlu di lakukan ialah berikan tekanan secara langsung ( apply direct pressure) ke atas luka tersebut, menggunakan gauze, ataupun kain yg bersih ( dalam kes kecemasan takde gauze). Lepas tu balut luka tersebut. Dan tinggikan anggota yang luka tu ( angkat tangan / kaki). Ini membantu kurangkan perdarahan, tanpa risiko anda block pengaliran darah ( oxygen) ke kawasan cedera.

8.) Sambungan perkara nombor 7, jangan tabur serbuk kopi konon nya utk hentikan perdarahan. Anda mencemarkan luka berdarah anda, dan tinggikan risiko jangkitan. Dan amat amat payah bagi doktor dan pasukannya utk bersihkan luka anda yang penuh dengan serbuk kopi ! Ini aku dah beberapa kali alami.

Apa yang perlu anda buat, ikut tips dalam isu no. 7 tu.

9) Kalau anda sedang sakit tekak yg teruk, contohnya anda biasa kena Tonsilitis, jangan kemam lozenges / gula2 masa menunggu giliran jumpa doktor. Kalau tengah kemam, cepat2 kunyah dan telan atau buang lozenges tu. Sebab banyak kali terjadi bila doktor nak check tekak, pesakit tengah mengulum lozenges / gula2. Dah satu kerja nak tunggu buang / alihkan dulu lozenges tu.

10) Kalau anda ada masalah pada kulit kepala ( eg ruam / bisul / bengkak/ etc), dan anda bertudung, kalau boleh....tolong jangan pakai kain tudung yang complicated ya utk di buka. Maksud aku, lilit tudung yang entah berapa kali lilit, dan di pin kan dengan 3- 4 posisi brooch. Nanti menyusahkan doktor, dan anda sendiri utk buka tudung tu.

Begitu juga yang berniqab, kalau anda memang tahu anda tak boleh bukak niqab di hadapan doktor lelaki, maka please jumpa doktor perempuan. Pernah terjadi beberapa kali, pesakit yang berniqab mengadu sakit tekak / ada masalah dalam mulut, bila aku nak periksa, tak boleh sebab ada niqab. Aku tak akan shortcut / assume penyakit, aku jenis yang perlu pasti, perlu buat pemeriksaan fizikal. So tanpa pemeriksaan fizikal, tak dapat buat diagnosis, tak dapat diagnosed, so tak dapat lah bagi rawatan. Namun ada je yang berniqab yang lebih terbuka, tak kisah utk buka niqab bila diperlukan.

11. Dalam keadaan bukan kecemasan, kalau anda tahu bahawa anda perlu buat pemeriksaan doktor melibatkan kawasan ketiak atau kawasan kemaluan / ari ari, sebaiknya sila cukur dahulu segala bulu yang ada di situ.

Mesej kemasyarakatan ini dibawakan khas oleh Dr. Khairul Faizie bin Mohammad Kamar