Monday, 14 January 2019

Menu untuk pesakit kencing manis


Assalamualaikum. Abam Kie rasa terpanggil untuk berkongsi menu diet yang sesuai untuk pesakit diabetes..Kepada pesakit2 diabetes di luar sana yang senasib dengan Abam Kie boleh la mencuba menu diet ini agar kandungan gula di dalam darah kita terkawal!

Tetapi sebelum tu, Abam Kie nak bagitahu anda semua apa itu diabetes?

*Diabetes jenis I*

Satu keadaan di mana organ pankreas dalam badan mengeluarkan sedikit atau tiada insulin langsung. Seseorang itu perlu bergantung kepada insulin untuk mengurangkan paras gula dalam badan.

*Diabetes jenis II*

Satu keadaan di mana organ pankreas dalam badan tidak mengeluarkan insulin yang mencukupi atau insulin yang dihasilkan tidak berkesan dalam mengawal paras gula dalam badan.

*Prinsip pemakanan diabetes.*

1. Waktu makan yang teratur - sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam.
2. Agihan jumlah pengambilan makanan pada satu masa tertentu perlu disukat supaya tidak berlebihan.
3. Tingkatkan pengambilan serat.
4. Lakukan senaman.

*Makanan yang perlu dielakkan.*

1. Gula (gula putih, gula perang ,gula batu, gula aising, glukos).
2. Susu pekat manis.
3. Sirap, minuman kordial, minuman bergas/ minuman kotak.
4. Sapuan roti (jem, kaya, madu).
5. Kuih-muih manis dan pastri.
6. Buah-buahan yang ditinkan.

*DIET MENGIKUT PIRAMID MAKANAN.*

1) Karbohidrat

Nasi ( beras putih / perang)- 1/2 cawan.
Mi / mihun / kuey teow / laksa - 1/2 cawan.
Bubur nasi - 1 cawan.
Capphati / tosei - 1/2 keping.
Roti ( gandum penuh / putih ) - 1 keping.
Biskut tawar - 3 keping.
Oat - 3 sudu makan penuh.

2) Sayuran berkanji.

- makan secara sederhana.
Ubi- ubian ( ubi kentang, keledek, ubi kayu), jagung, labu, buah sukun.

3) Kacang dan kekacang.
- makan secara sederhana.
Kacang pea, kacang hijau/ merah / hitam, kacang panggang, kacang tanah, kacang kuda, dhal kuning.

4) Buah- buahan.

- Wajar dimakan pada waktu makan
Epal/ pear/ oren/ belimbing - 1 biji sederhana.
Betik/ nenas/ tembikai - 1 potong sederhana.
Jambu batu/ mangga - 1/2 potong.
Prune - 3 biji.
Pisang - 1 biji kecil.
Duku/ langsat / longan/ anggur - 8 biji.
Kurma - 2 biji.
Nangka/ cempedak - 4 ulas.
Durian - 2 ulas.
Rambutan/ laici - 5 biji.

*PERHATIAN!!*

Pesakit diabetes digalakkan untuk mengambil buah- buahan segar daripada jus buah- buahan.

5) Protein.

Makan makanan protein secara sederhana.
2- 3 hidangan sehari
Pilih makanan yang kurang lemak. Contohnya: ikan, kekacang, ayam tanpa kulit, daging tanpa lemak.

6) Susu dan tenusu.

Susu rendah lemak - 240 ml / 1 gelas
Susu tepung skim/ rendah lemak - 4 sudu makan.
Yogurt rendah lemak - 3/4 cawan.
Susu sejat - 1/2 cawan.

7) Lemak.

Pengambilan lemak yang berlebihan akan memberi kesan yang tidak diingini ke atas berat badan, tekanan darah, paras lemak dan gula.
Kurangkan pengambilan minyak dan lemak terutamanya lemak tepu seperti mentega, minyak sapi, santan, krim, dan minyak kelapa.
Cara masakan rendah lemak seperti membakar, memanggang, mengukus dan merebus adalah digalakkan.

*Pilih makanan yang tinggi serat.*

Nasi perang.
Roti wholemeal.
Biskut tinggi serat.
Tepung wholemeal.
Bubur.
Buah - buahan segar.

Menu diet ni Abam Kie dapat dari doktor pakar pemakanan di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS), Kuantan, Pahang.

So, bagi sesiapa yang ada menghidap diabetes atau ada ahli keluarga yang menghidap diabetes boleh lah rujuk diet ini.. Bersama- sama kita mengawal diabetes and stay positive.

13 comments:

  1. Good info abam Kie. Semakin ramai penderitaan kencing manis skrg

    ReplyDelete
  2. Nice info. Mereka yang bukan pesakit kencing manis pun boleh amalkan diet ni kan?

    ReplyDelete
  3. nice info abam kie. sebelum kena baik berinagt.

    ReplyDelete
  4. gula dan susu pekat tu yang kena control.
    bukan minuman je..makanan pun banyak penggunaan susu dan gula.

    ReplyDelete
  5. arwah ayah dulu dia bantai apa sahaja. tp bla jumpa doktor elok je ;-)

    ReplyDelete
  6. Good sharing Abam Kie. Untuk bukan pesakit diabetes pun boleh juga gunapakai menu ni sebab lebih sihat

    ReplyDelete
  7. Terima kasih perkongsian Cikgu.Boleh jadi rujukan.

    ReplyDelete
  8. Masih boleh merasai makanan yang lazat tanpa gula..

    ReplyDelete
  9. Good info cikgu. Pernah seorang kwn kena sakit ni minum air rebusan pandan tuk kawal, insyaallah if kena dgn antibodi kita, berkesan

    ReplyDelete
  10. aida x pakar, tapi boleh la dikatakan reti bab makanan diabetes ni.
    it runs in the family kan.
    gen main peranan besar dlm penyakit kita.
    umur pun da 40an. wajib kawal semua. utk hari tua yg lebih baik.

    ReplyDelete