Assalamualaikum. Jom kita selusuri teknologi2 zaman dahulu yg sudak tak digunakan lagi..

Tech From The Past #33: Y2K


Pengguna komputer tahun 1999-2000 mesti tahu pasal Y2K. Tahun 1999 ramai yang kelam kabut, bila masuk tahun 2000 macam takde apa2 pun yang berlaku.

Tech From The Past #34: Under Construction web page

Aku tak tahu kenapa orang dulu letak link dalam website tapi bila klik keluar page tengah Under Construction siap dengan gif animated pekerja tengah korek tanah, lepas tu tulis "Come back soon". Masalahnya soon tu bila? Esok, minggu depan, bulan depan, tahun depan?

Tech From The Past #35: PDA


PDA atau Personal Digital Asisstant bagi aku agak tak relevan pada zamannya tanpa kewujudan Wifi, Mobile data dan Internet. Malah dengan stylus dan touch screen yang sangat tidak sensitif, tidak hairan mengapa gajet ini kurang mendapat sambutan dan cepat dilupakan.

Tech From The Past #36: Mouse


Sebelum tetikus menggunakan laser optical dan sambungan USB, mereka mempunyai bebola di dalam dan sambungan PS/2, dan bebola ini sangat sensitif, selalu tersangkut dan perlu selalu dibersihkan.

Tech From The Past #37: Virtualfriends.net (VF)


Antara laman dan forum komuniti mencari kenalan maya di Internet yang terawal di Malaysia yang pernah suatu ketika dulu sangat terkenal dan dipenuhi awek2. Ahli2nya juga selalu buat gathering. Laman ini masih wujud sehingga kini namun tidak banyak perubahan dari segi layout dan design serta masih mengekalkan web programming language zaman purba Cold Fusion.

Tech From The Past #38: Putera.com


Sebelum wujudnya portal Amanz dan lain2 website Malaysia berkaitan IT, Putera .com yang telah wujud seawal tahun 1998 lagi menjadi portal dan forum berkaitan IT yang paling popular dan sangat aktif di kalangan komuniti teknologi maklumat di Malaysia, namun kini ia masih wujud hanya sebagai sebuah blog IT yang sudah lama tidak diupdate.

Tech From The Past #39: MyJodoh.net


Siapa kata di Internet tidak boleh bertemu jodoh? Website MyJodoh .net adalah laman mencari jodoh Malaysia yang pertama wujud di dunia maya seawal tahun 2001 lagi dan masih lagi aktif sehingga kini. Siapa2 yang mahu mencari jodoh tu, mungkin anda akan bertemu jodoh di sini, mana tahu?

Tech From The Past #40: Jam tangan digital ada kalkulator


Budak2 sekolah yang ada jam tangan Casio ada kalkulator ni pasti akan dicop sebagai anak orang kaya. Zaman sekarang ni macam takde point je jam tangan ada kalkulator.

Tech From The Past #41: Telefon Awam


Telefon awam kuning, duit syiling tersangkut, kad uniphone, beratur panjang di pondok public phone, bergayut lama tak ingat orang belakang, teknik memanjangkan tempoh perbualan dan menghack telefon awam, semuanya sudah tinggal kenangan. Walaupun telefon awam ini masih wujud dalam bilangan yang sikit, namun aku hanya terpaksa guna bila bateri handphone dah habis.

Tech From The Past #42: Radio analog


Dulu nak tukar channel kena cari frekuensi secara manual guna tombol analog, sekarang ni tekan je button dia cari dan tukar channel sendiri. Paling penting, tunggu lagu kegemaran keluar kat radio untuk rekod dalam kaset.