Wednesday, 3 October 2018

Pengalaman Membuat Getah Keping Semasa Kecil


Ketika melayari internet, Abam Kie terjumpa gambar mesin getah.. Tiba-tiba terkenang kembali saat-saat ketika bersama Allahyarham ibu di Kampung Tandak, Machang, Kelantan hampir 40 tahun yang lampau. Dah tua kan Abam Kie ni? Seingat abe kie, ibu menoreh getah di kampung sebelah untuk menyara kami adik-beradik. Pada tahun 70an dan 80an dulu itulah punca pencarian ibu. Ayah menanam padi. Kekadang dia membuat rumah. Dapatlah membesarkan kami 6 beradik.

Pagi2 lagi ibu dah pergi menoreh. Mujurlah dia ada kebun sendiri. Selesai menoreh, ibu akan mengandar dua baldi susu getah itu balik ke rumah. Rasanya dekat 2km gak la ibu kena merentasi ladang getah dan sawah padi sebelum tiba di bangsal mesin getah di rumah.

Sememangnya ibu mempunyai sebuah pondok memproses getah keping di belakang rumah dengan tempat menyidai getah keping untuk dikeringkan. Ada dua jenis mesin iaitu mesin licin dan mesin bunga. Kadang2 mesin2 tersebut digunakan juga oleh jiran-jiran yang berhampiran dengan rumah kami tanpa dikenakan apa-apa sewa atau bayaran… satu semangat kerjasama dan tolong menolong yang patut diteruskan oleh kita hingga ke hari ini…

Proses membuat getah keping memang rumit. Sebab tu agaknya orang sekarang tidak lagi berminat untuk membuat getah keping.

Nak tahu langkah-langkah membuat getah keeping? Meh abam kie ceritakan berdasarkan pengalaman abe kie membantu ibu semasa kecil.

1. Mula2 sekali getah cair dikutip selepas ditoreh.

2. Susu getah dikumpulkan dan dimasukkan ke dalam acuan (satu bongkah zink 4 segiempat tepat). Ia dicampur cuka getah (sejenis asid) lalu dikacau untuk membekukan getah tersebut.

3. Selepas getah beku, ia dikeluarkan dan dilenyek dengan tapak tangan. 

4. Seterusnya kepingan getah itu dimesin. Ada 2 jenis mesin, iaitu mesin licin dan bunga. Mula-mula getah itu dimasukkan ke dalam mesin licin beberapa kali untuk menipiskannya. Selepas itu ia dilalukan ke dalam mesin bunga (jalur). Kenapa kena masukkan ke dalam mesin bunga? Sebab x nak bagi kepingan getah itu melekat la bila dijemur dan disusun bertingkat2! Selalunya Abam Kie akan membantu memusing mesin itu sambil ibu memasukkan kepingan getah ke dalam mesin.

5. Hasilnya getah keping tersebut berbentuk 4 segi lebar dan berjalur seperti bunga tayar kereta.

6. Akhirnya ia dikeringkan atau disalai dalam 3 ke 4 hari. Setelah kering, getah boleh dijual kepada peraih di kampung kami.

Dulu abam kie suka menolong ibu memproses getah keping dengan mengacau getah cair yang dicampur dengan cuka getah hingga beku. Selepas itu abam kie meratakan getah sebelum dimesin. Hmmm.... seronok sangat pengalaman tu… tapi semua tu dah tinggal kenangan.. ibu sudah meninggal pada tahun 2002 manakala mesin2 getah tu ayah dah jual sebab ibu dah tak larat menoreh lagi beberapa tahun sebelum dia meninggal…

Bila fikir-fikir balik, memang susah orang dulu-dulu bekerja… awal pagi bangun menoreh… Lepas tu kutip susu getah dan diproses pula menjadi getah keping…

Kini dengan teknologi yang baru, kerja menjadi mudah dan lebih cepat… penoreh getah menoreh dengan menggunakan mesin penoreh.. susu getah cair atau getah skrap dikutip dan terus dijual tanpa perlu melalui kerja-kerja yang merumitkan.

Budak2 zaman sekarang x dapat lagi pengalaman hidup susah mcm kami, generasi yang lahir pada awal 70an. Betul tak?

14 comments:

  1. Wah.. entri abam kie memang menggamit memori TB tiba-tiba.. teringat pernah guna mesin gelek scrap getah ni dulu2.. rare giler.. Tapi TB masa tu budak-budak lagi.. just ikut arwah opah sedara yang masa tu buat kerja-kerja menoreh pokok getah dan gelek scrap ni..

    ReplyDelete
  2. Bau getah dia kuat kan.. pastu cecair putih2 macam susu tu.. hemm.. tiba2 terkenangkan arwah opah sedara yang rapat dengan TB.. moga rohnya dicucuri rahmat.. Aamiinn

    ReplyDelete
  3. singgah pagi....
    nieyl tak pernah tgk org buat tapi masa kecik² dlu ada mak ayah kawan nieyl memang buat getak ni..dia selalu jemur belakang rumah..kuat bau getah ni

    ReplyDelete
  4. kt kg rietta pun dh xde mesin nye...xtaw mna pergi...

    ReplyDelete
  5. masa belajar kat universiti dulu ambil kos teknologi polimer, merasa jugalah buat getah keping ni

    www.maisarahsidi.com

    ReplyDelete
  6. cik nor pun smpat rasai pengalaman ni. syok sangat..sekarang dah berumur xlarat dah nk jaln g kebun getah..hehe

    ReplyDelete
  7. Suka tengok susu getah menitis masuk dalam cawannya tu...alhamdulillah mertua PC masih menoreh sikit-sikit.Ada sebaris pokok getah ditinggalkan untuk kenangan dan lepas rindu katanya manakala selebihnya ditebang diganti dengan tanam pokok kelapa sawit.

    ReplyDelete
  8. WP masih lagi menoreh secara manual.
    Mesin getah pun masih ada tersimpan, tapi dah tak digunakan.
    memang ada pengalaman buat getah keping ni.

    ReplyDelete
  9. best.. kalau dekat nak je ejulz join belajar.. :)

    ReplyDelete
  10. tak pernah merasa pengalaman ni..

    ReplyDelete
  11. pengalaman zaman dulu yang tak dapat diulang kembali..perit untuk kehidupan yang lalu untuk kesenangan masa depan..

    ReplyDelete
  12. Teringat zaman kanak2 ..masa remaja..inilah dia mesin paling Etuza suka..bab menggiling tu suka ja etuza bantu mak ayah ..masih ada ya gambar tu ..terbaik

    ReplyDelete
  13. betul, kita generasi 70an memang merasa pengalaman macam tu, arwah ayah saya dulu pun seorang penoreh getah. setakat bau getah sekerap yang semerbak sekampung tu, dah lali rasanya :D

    ReplyDelete