Friday, 5 October 2018

Cabaran Kepada Peniaga Online


Dalam bisnes ni..orang pm tak jadi beli tu biasa.☺
Kita pm dia, dia senyap seribu bahasa tu biasa.
Kata nak bank in tapi tak tak juga bank in tu..biasa.☺
Tanya kita dua tiga empat kali , tp x beli , then malu agaknya dia remove kita tu biasa....
Ada yang kata tunggu gaji beli..tak beli juga tu biasa..
Yang LUAR BIASA tu bila awak terus buat, terus usaha, terus niaga
Terus promote tanpa jemu.
Suatu hari pasti akan ada hasilnya.....

Customer tak jadi beli dengan awak...x pe, jgn stop  promote... In Sha Allah kena masa yg sesuai Allah bagi rezekinya. ☺️

Rezeki tu ada…

✅PERCAYALAH...
✅BERUSAHALAH...
"PASTI AKAN ADA HASILNYA."

Allah Maha Pemurah
percaya semua yg berlaku dgn izinNya.

Motivasi untuk peniaga online macam Abam Kie juga yang sekali-sekala menjual barangan terpakai di mudah.my.

18 comments:

  1. BEGITULAH CIKGU ADAT BERNAGA..CPT MENGALAH TIADA HASLNYA

    ReplyDelete
  2. betul tu.. liez yang berniaga ni tahu mcm mn rasa.. tapi takpe..yakin rezeki ALLAH SWT.. kena usaha lebih dan jgn putus asa..

    ReplyDelete
  3. Resam berniaga ye cikgu. Saya tidak pernah meniaga online lagi tapi bila kawan-kawan yang berniaga online bercerita, terkebil-kebil juga saya mendengar cabarannya. Yang paling best bila tengok semangat tak putus asa diaorang tuh. Seronok berada di kalangan orang yang positif nih

    ReplyDelete
  4. Setuju..PC tengok kawan-kawan PC yang menjadi peniaga online..kegigihan luar biasa..jatuh bangun sepak terajang itu dah jadi santapan hari-hari...syabas..terus bersemangat.

    ReplyDelete
  5. janji mulut mcm tu lah kan, tapi kalau sampai merugikan org lain, itu kes aniaya...kena ada ehsan dlm bermuamalah..

    semangat kena kuat, usaha tangga kejayaan + doa..

    ReplyDelete
  6. Memang banyak cabaran dari segi kos dan produk kadangkala ada yang kita kuhatitri

    ReplyDelete
  7. rabia stop dah jadi dropship.hehe. sebab? sebab nak fokus pada study dan blog je.

    ReplyDelete
  8. Cheq tak biasa meniaga lagi, cuma biasa tolong2 promote dan iklankan produk kawan-kawan tu biasalah. Caiyok2 kepada semua peniaga dan usahawan! :)

    ReplyDelete
  9. Adat berniaga cikgu.
    Promote kena selalu. kalau tak, orang tak tahu kita jual apa.
    Beli tak beli, itu soal kedua.
    Zaman saya berkedai dulu (tahun 2008), tiga minggu kedai beroperasi, pelanggan cuma 3-4 orang je. lepas buat promosi baru ada orang jenguk, tapi tak membeli lagi. Buat promosi lagi, dan lagi... baru la ada orang membeli.

    ReplyDelete
  10. Salam Abam ..datang baca ucapan tahnia pada Blogger Abam K ya

    ReplyDelete
  11. kalau dah berniaga memang mcm2 perangai pelanggan kita akan jumpe..

    ReplyDelete
  12. Insyaallah.. kalau dah rezeki tak kemana..

    ReplyDelete
  13. pernah jadi peniaga online, lambat balas terus cakap kita taknk niaga - lambat bagi trcking terus cakap tipu

    ReplyDelete
  14. semoga dipermudahkan jualan abam kie :D

    ReplyDelete
  15. aida ni tak menjual, abam kie.
    tapi byk beli online.
    aida faham semua di atas. kekadang kita bertanya utk survey.
    always aida akan inform penjual jadik or tak.
    takkan biar penjual digantung tak bertali :) ha ha ha ha...
    sian dia.

    ReplyDelete