Monday, 1 October 2018

Indahnya loghat Kelantan


Bahasa Kelantan memang unik. Orang Kelantan memang ada sangat banyak kata ganti nama diri sendiri. 

Aku, kawe, ambo, kito, ore, sayo. 

Itu antaranya. Penggunaan pula berbeza berdasarkan situasi, tempat dan dengan siapa dia berhadapan. 

'Aku' hanya untuk kawan baik dan lama. Agak kasar guna aku/mung pada kawan yang baru kenal dan tak rapat sebenarnya. Orang luar selalu salah guna part ni. Baru kenal dah ber'aku'/mung. Sedikit biadab sebenarnya. 

"Bangatlah nate. Aku lewat doh ning! Mung gak kalu bersiap kaloh pengantin. 4 je tok siak lagi. Nate apo la."

Penggunaan 'nate' (binatang) pun hanya untuk yang rapat sahaja. Kau baru kenal nak bergurau cakap 'nate' memang boleh pecah muka. Haha. 

'Kawe' biasanya untuk kawan baru jumpa atau ganti nama diri yang lebih sopan. Jika segan dan hormat dengan kawan tu, 'kawe' digunakan walau dah lama kenal. 

Bila seseorang membahasakan diri sendiri dengan kata ganti nama 'kawe', dia kena guna kata ganti diri 'demo' kepada lawannya. 

"Kawe beraso male ni Kelate mene lawe JDT. Demo raso lagu mano?" 

'Ambo' pula untuk lebih beradab. Biasa digunakan oleh orang-orang tua. Bercakap dengan besan contohnya. Hendak merisik ke. 

"Ambo mari ni bowok hajat besar. Anok jate ambo tu gelepar doh nok nikoh. Tengok anok daro Pok Ku gak, habih selaluh sabun jambe tuh. Tak leh lok doh ambo raso Pok Ku weh. Parop modal pesen ni. Tok cekat nok beli sabun doh ore rumoh ambo." 

'Kito' dengan 'ore' pula kata ganti nama yang biasa digunakan dengan orang tua atau ibu bapa sendiri. Sebagai tanda hormat dan santun. 

"Mok. Kito raso nok bbining doh ni. Tok leh tebeng doh dok sore ni. Pecoh sokmo batal golek." 

"Ayoh. Ore mintak maaf. Ore ssilap bubuh gare dalam air ayoh. Ingat gulo, ruponya gare. Ttukar ayoh weh mugo ralit main wasak masa kuca air takdih." 

'Sayo' pula untuk majlis formal atau bercakap dengan guru, pegawai, doktor dan seumpamanya. 

"Doktor. Sayo rasa mato sayo ini ada masaloh. Nak-nak kali check baki dale bank gak, berair sokmo mato ni."

Ha. Itulah dia serba sedikit berkenaan dengan kata ganti nama bagi Ore Kelate. Yang nak cari pasangan Ore Kelate, eloklah hadam dulu bab asas ni. 

Jangan depan bakal mak mertua kau pergi salah cakap macam dengan kawan baik pula. 

"Nate mok cik. Bakpo bubuh banyok nasik dale pingge aku nih? Ingat aku gajoh ko make banyok lagunimo nah?" 

Kau cakap gitu, bukan takat tak boleh jadi menantu. Silap-silap lesung batu tu dalam perut nanti. 

Sumber: #MFS - Anak jati Pasir Puteh -

15 comments:

  1. PC suka dengar budak-budak sembang ikut loghat negeri masing-masing..dulu duduk kuarters jiran orang kelantan..seronok dengar..lagi rancak budak-budak sembang lagi tak faham..yang best bila gaduh,nangis pun sempat lagi sembang tu..bila jumpa kat lif,kami tanya ajak sembang budak-budak ni tenung kami tak kelip...hehehe..barangkali dok pahe.

    ReplyDelete
  2. haha..jare dah guna loghat2 ni.. kelantan moden doh leni..org2 tua jah guna..hok muda2..aku, mung jah. ambo, demo tu jarang dgr dh..:)

    ReplyDelete
  3. Ambo pahe gop sikit2, hihihi...

    ReplyDelete
  4. penah belajar kat KB. 2 minggu pertama mmg pecah kepala nk faham lbh2 perkataan yg x penah dgr... tp genap sbln jgn x percaya... doh bule kecek kelate boh! hahahahahahaha

    ReplyDelete
  5. seronok dgr org kelantan berborak. dulu masa mama kat um baru jumpa org kelantan agak pening bila dgr diorg ramai2 cakap kelantan. tapi alhamdulillah pening mama dah pulih. in fact best friendsss mama pun ramai kelantanese

    ReplyDelete
  6. Pernah duduk serumah dengan orang Kelantan masa bujang dulu.
    Tapi tak sempat belajar dialek kelantan cuma boleh faham saje.

    ReplyDelete
  7. Pelihara lah bahasa warisan nenek moyang

    ReplyDelete
  8. Saya suka dengar orang cakap loghat Kelantan walaupun kadang-kadang bila diaorang cakap laju sangat, memang tak faham dan end up terkebil-kebil je

    ReplyDelete
  9. Masih boleh faham if big bos sy yg ckp kelantan..if MIL,sometimes & some words still kena mintak tlg translator ..Hahaha

    ReplyDelete
  10. terpinga-pinga kalau datang sana... kalau dorang cakap laju trus blur mia.... hihihih

    ReplyDelete
  11. hahaha.. bahaya kalau dah masuk lesung batu tu. hehe

    ReplyDelete
  12. saya ramai kawan kelantan walaupun saya asal perak

    ReplyDelete
  13. suka dengor ore kelate kecek. hok basic buleh paham lagi tapi kalau dah pekat sangat, memang out terus nak paham. haha

    ReplyDelete
  14. liez suka org yang cakap loghat negeri ni.. macam unik sgt..

    ReplyDelete