Friday, 21 September 2018

Tips Daripada Seorang Guru Disiplin


Sambil dok sorang2 layan kedinginan hujan. Bini plak balik kampung ke rumah mak dia. Kena tinggal sensorang 😂)

Sehingga 2 tahun lepas. Teman dah jadi guru disiplin selama 19 tahun. Warden asrama selama 2 thn. Di dua buah sekolah menengah dan 4 buah sekolah rendah. Sepanjang tempoh tu, hanya sekali teman guna rotan. Itu pun untuk kesalahan berat berulang (bergaduh n buli). Yg lain main jentik telinga je. Antara kes2 berat yg pernah ditangani ialah merokok, buli, bergaduh, pecah sekolah, arak, zina, liwat, seks luar tabie, termengandung dan sebagainya.

Jgn dok buat2 terkejut pulak. Itu la anak2 kita zaman skg. Banyak perkara yg deme buat kita x tau. Kdg dah jauh berpuluh langkah ke depan.

Kita dok layan FB. Deme layan IG. Kita buka blogspot. Deme dah layan Tumblr.

Alhamdulillah. Kereta x pernah kena calar. Hadiah hari guru tiap2 thn dpt. Anak2 murid masih menegur. Ibu bapa tetap menegur tiap kali bersua. Kualiti disiplin terkawal.

Mungkin pengalaman org x sama. Mungkin sekali guru2 disiplin lain berdepan dgn suasana dan persekitaran yg berbeza. Cuma sebagai perkongsian, teman akan coretkan serba sedikit, kot2 ada manfaat bersama....

1. Dalam menangani kes2 disiplin, jgn sesekali abaikan kes2 kecil walaupun masalah rambut panjang. Tangani terus. Kelak, yg kecik2 ni yg akan membarah nanti.

2. Bimbing rakan2 guru lain utk menangani masalah disiplin kecil. Ajar deme camne nak tegur budak. Nak tulis surat amaran. Ada juga yg jenis x reti nak marah budak. Buat derk je. Paling penting, bgtau deme jgn marah murid beramai2 dlm kelas atau berkumpulan. Nanti budak2 tu akan berkongsi perasaan kena marah. Jadi impaknya kurang. Panggil sorang2. Tegur elok2.

3. Bina hubungan baik dgn parents. Tegur deme. Kdg 2 deme bkn sombong. Tp rendah diri sbb komer pakai neck tie bagai. Murah dgn senyuman. Bila ada program PIBG, teman lebih suka dok dlm kelompok mak ayah.

4. Sentiasa rapat dan cakna dgn agensi2 berkaitan spt AADK, PDRM, JPAM, Rukun Tetangga, Tok Ketua, ahli politik kerajaam dan sebagainya. Jadikan mereka kwn.

5. Jadikan murid sbg kwn. Main bola sama2. Masa ni boleh didik deme secara x langsung. Sambil2 duduk deme akan citer abih.

6. Biar murid sentiasa keliru dgn pembawaan guru disiplin. Kdg boleh melawak. Kdg menyinga abih. Kdg serius.

7. Faham tugas betul2. Jgn terambil kuasa GB atau Pengetua. Do your job. Toksah dok gatei caghi penyakit.

8. Jgn buat keje sorang2. Semua unit bertanggungjawab menangani kes2 disiplin dlm bidang masing2. SU disiplin hanya menyelaras kes dan buka kes jik a smpai kepadanya.

9. Laras bahasa dgn parents yg nk cari pasal atau mudah cakap 'serbu' adalah laras undang2. Setiap tutur kata adalah berfakta. X de masa nak buat 'hemoi' sengih2. Yg dtg elok2 kita rai melebihi SOP.

10. Kena rajin fikir, rancang dan laksana program pencegahan dan pengukuhan bersama unit kaunseling. Kalau nak mudah, selit je dlm Maulidur Rasul, Maal Hijrah, camping n banyak lagi la...

11. Mesti berminat tugas2 mendidik diluar waktu bertugas. Contoh, kem2 kerohanian spt qiamullail, kem2 jati diri dan pendidikan luar spt kem AADK, pusat kokurikulum, unit beruniform dan mcm2 lg.

12. Petua yg teman amalkan sejak jadi guru ialah... teman x pernah abaikan ucapan salam murid2. Kalau 10 org bagi salam yg x serentak kat koridor, teman akan jawab satu2. Sbb tu teman cukup terasa bila nampak ada org buat dek je bila murid bagi salam. Fiqh kata memadai jawab sekali kalau ramai2 bagi salam. Tp teman memilih utk guna tasauf adab mendidik.

13. Bila nk ambik apa2 tindakan, pastikan segala lubang2 yg boleh menyusahkan kita ditutup rapat2. Jgn bagi ruang langsung.

14. Penuhi dada dgn ilmu undang2. Ingat segala mcm pekeliling dan punca kuasa.

15. Akhir sekali, ikhlas menjalankan tugas. Jadikan ianya ibadah. Lepas subuh berdoalah agar Allah mempermudahkan tugas seharian.

#credit2ustazZAINUDDIN

14 comments:

  1. Kena cakna lebih. Ank ank kita sekarang ada akalan. Kita kena bertanggungjawab

    ReplyDelete
  2. berat gak tugas guru displin...sekolah asrama penuh & sekolah biasa sama je masalah displin..

    no. 12 tu bagus, murid akan rasa lebih dihargai bila guru jwb salam personally..

    ReplyDelete
  3. salam singgah. terima kasih atas perkongsian. memang membuka mata hati saya seorang ibu kepada anak2 walaupun mereka baru umur 7 tahun :)

    ReplyDelete
  4. Di rumah ibu bapa sayangi anak-anak..di sekolah cikgu beli jiwa anak murid...moga-moga bila mewah kasih sayang mereka mudah untuk dilentur dan menjadi sahabat.aamin,

    ReplyDelete
  5. cikgu displin..cikgu yang ditakuti..tapi Abam Kie cikgu yang berwibawa..

    ReplyDelete
  6. very good tips abam.. kena respek budak2 juga kan

    ReplyDelete
  7. abam kie, just nk tanya guru disiplin ni sblm dilantik ada kn hadiri apa2 kursus ke?

    ReplyDelete
  8. Tugas guru disiplin memang mencabar dan saya memang salute la pada guru disiplin dan jugak guru-guru lain kerana sabar untuk memberi ilmu pada pelajar..

    ReplyDelete
  9. Bagus tips dari cikgu ni. Teringat masa di sekolah dulu,dengan cikgu disiplin pun rapat, tp kalau buat salah tetap kena 😅

    Blog: https://www.atulhamid.com

    ReplyDelete
  10. Tips terbaik Cikgu. Saya memang tabik dengan semua guru sebab banyak berkorban untuk anak murid. Zaman saya dulu cikgu disiplin misai melintang, memang gerun nak buat kesalahan. Kalau dia panggil nak tanya soalan pun dah rasa macam nak pengsan walaupun tak buat salah

    ReplyDelete
  11. aida sbg ibu, sokong pe je yg guru buat.
    selagi ia bersifat mendidik.
    selalu pesan dgn anak-anak, guru selalu betul.
    guru umpama ibu dan ayah :)

    ReplyDelete