Wednesday, 29 August 2018

Cara-cara manfaatkan usia pencen sebelum mati


Assalamualaikum. Ramai org pencen hidup derita sbb tak merancang! Kalau derita sekadar di dunia ok lg, tp yg ditakuti derita dunia akhirat. Di usia pencen ini tak yah lah sibuk bela kucing, cari Pokemon, ralit dgn game atau apa sj yg tak berfaedah. Badan dah tak brp larat tu eloklah buat plan ibadah agar mati dlm iman/ibadah. Skrg byk majlis ilmu. Mengajilah... Refresh blk ilmu yg telah kita tinggalkan sejak dulu.

Cadangan Manfaat:

1. Mantapkan ilmu aqidah/Tauhid utk memastikan aqidah kita betul sbb jika salah/syirik/kufur tanpa sedar pun kita akan masuk neraka. Akidah kunci syurga. Mantapkan juga ilmu feqah dan tasawuf. Jgn asyik bljr tajwid dan taranum sj sdgkan kita dah fasih baca quran. Lainlah kalau tk pandai baca quran, wajiblah kita belajar. Bagi yg dah mahir baca, ingatlah tkde siapa nk dgr suara tua kita yg merdu tu. Yg penting byk tadabbur quran dan bukan hanya baca saja tanpa faham isi alquran.

2. Bykkan taubat. Taubat tak kira tempat. Di mana pun boleh taubat. Bukan di Mekah sj. Kita byk dosa. Jgn abaikan taubat walau sehari.

3. Qodho segala solat yg pernah kita tertinggal, abaikan. Perbaiki ilmu solat. Jgn pulak masa terluang yg byk tu kita asyik tengok drama bersiri dan drama cinta. Ingat, awak tu dah kerepot. Takde sapa main cinta dah! 

4. Dpt duit pencen jgn sibuk shopping bergaya mcm org kaya2. Itulah duit belanja penyambung nyawa kita 10-15 thn lg. Jgn pula asyik belikan cucu2 baju pula. Sesekali tak apalah! Yg penting, guna duit utk settle fidyah puasa dan qodha. Itu semua hutang kita pd Allah. Jgn lupa hutang pd manusia yg blom dibyr!

5. Kalau blom ke Mekah tu jika ada duit lebih baiklah pergi ke Mekah. Jgn sibuk renovate rumah. Duduklah rumah yg ada tu seadanya. Kalau nk repair pun repair bumbung sbb takut kena hujan.

6. Bykkan sedekah jariah dan wakaf. Bukan sedekah pd org buta yg ada sindiket tu tp jariah bermaksud sedekah kpd org buat masjid, pondok ngaji dsbnya. Sedekah jariah itu akan mengalir pahalanya bila kita dikambus tanah.

7. Pg dan ptg jgn lupa buat senaman dan check up di hospital selalu supaya kita tak sakit dan menyusahkn anak2 jaga kita waktu tua. Mereka pun bergelut dgn kehidupan sendiri. Kesian anak2. Bila sihat mudahlah buat ibadat.

8. Jgn byk tidur sbb kita pun tak lama lg nk tidur lama!

9. Jgn jd kuli anak waktu tua. Waktu inilah anak2 yg tak fikir keperluan ibubapa, suka 'landing'kan anak2 mrk pd kita utk kemudahan mrk melaram gi kenduri kahwin/shopping. Lainlah kalau sesak sesekali krn kerja dsbnya. Tp bukan selalu. Ingat tu!

10. Jgn sesekali terlibat dgn bisnes! Cukuplah pencen/simpanan yg ada tu utk mkn kita yg dah tak brp selera ni sbb hidup kita pun tak lama. Andai kalau bangkrap, jwbnya jd cleaner/pak guard lah kita sampai mati.

11. Berhati2 bg anak pinjam duit utk perkara yg tk penting bg mrk. Kalau penting sgt bolehlah beri tp pastikan mrk byr balik! Itu duit hari tua kita. Jgn sampai kita mengemis sbb kerakusan anak2. Syg anak biar bertempat. Jgn sesekali kita diperbodohkan. 

Mrk sepatutnya perlu bijak uruskan kewangan spt mana kita dulu yg ikat perut besarkan mrk. Terkadang anak menantu hidup ikut nafsu. Pantang ada duit sket, shoppinglah mrk tanpa fikir masa dpn anak2 mrk. Baju penuh almari. Mekap yg mahal2. Sambil perhatikan, berilah nasihat.

12. Berziarahlah kwn2 dan sedara mara sbb usia kita pun tak panjang. Kita pun byk dosa dgn mrk waktu muda dulu. Mengumpat, gosip, pinjam duit tak byr. Waktu inilah kita tebus segala dosa agar kita clear dgn manusia bila mati.

13. Akhirnya, bersabarlah hidup di hari tua. Ujian mcm kelkatu. Byk ingat Allah dan baca quran agar kita selalu tenang hinggalah bertemu Allah.

Jgn sesekali menyusahkan org atau anak2 sebab kelemahan kita tak plan hidup atau berlagak sampai tua.

Ingatkan anak2 jgn ambil kesempatan rezeki hari tua kita. Inilah masa anak2 nk balas budi pd kita, sementara nyawa ada. Bila blk rumah kita jgn kata rindu masakan emak. Padahal ini lah masa anak masak utk org tuanya, bukan nak order je. Dulu kita dah susah payah bsrkan mrk.
Biar sisa2 umur yg kita ada ni dihargai oleh anak2.....😭

Sekian. Terima kasih. Semoga tips yang Abam Kie berikan ini bermanfaat untuk kita semua apabila menghabiskan usia pencen nanti...

12 comments:

  1. Alhamdulillah semoga perkongsian Abam Kie dapat menjadi peringatan buat semua.

    ReplyDelete
  2. Perkongsian yang menarik Abam Kie. Penting untuk orang yang nak berangan nak pencen awal macam saya nih

    ReplyDelete
  3. Betul..betul..betul..setuju.Usahakan merancang usia yang Allah SWT pinjamkan...sebaik-baiknya sebelum kembali pada-NYA.

    ReplyDelete
  4. Insyaallah jadi panduan masa hadapan.. :)

    ReplyDelete
  5. bagus artikel nie memberi peringatkan buat kita semua yg umur semakin bertambah

    ReplyDelete
  6. Untung PA ada pencen dan graduiti.
    Ambil panduan sebagai peringatan.

    ReplyDelete
  7. betul tu abam, zaman sekarang ada duit banyak pun belum tentu boleh bertahan 10 tahun

    ReplyDelete
  8. Terima kasih abam kie atas perkongsian ini.

    ReplyDelete
  9. Tersentak sekejap pas baca ni, pkongsian yg bagus dan reality, insyaallah semoga hari2 tua kita dipermudahkan.

    ReplyDelete
  10. sangat beruntung kalau diberi usia sehingga pencen..

    ada yang tidak sempat..

    diberi peluang untuk berjumpa Allah SWT lebih awal..

    mudah-mudahan kita tergolong dalam mereka yang berusia yang panjang,berkat dan kaya ..
    aamiin

    ReplyDelete