Wednesday, 12 September 2018

Cara berjimat dengan menggunakan kad kredit


Assalamualaikum. Kawan2 mungkin tak percaya tetapi menggunakan kad kredit sebenarnya boleh menjimatkan wang kita. Kad kredit kadang-kadang mendapat reputasi buruk kerana ramai yang menganggap ia boleh mendorong kita untuk berbelanja melebihi kemampuan sendiri. Namun jika ia digunakan secara bertanggungjawab, kad plastik ini sebenarnya boleh menjimatkan wang kita kerana bank sentiasa menjalankan promosi yang menawarkan diskaun untuk perbelanjaan.

Kuncinya adalah membayar bil kad kredit kita setiap bulan supaya kita tidak menanggung kadar faedah yang tinggi sehingga 18 peratus setahun!

Jom, lihat bagaimana lima cara penggunaan kad kredit ini dapat membantu menjimatkan wang kita.

1. Tawaran Makan


Kad kredit yang menawarkan tawaran makan adalah kawan terbaik kita dan berita baiknya, terdapat banyak kad seperti itu di Singapura, Malaysia dan Australia.

Pastikan untuk melanggan e-mel promosi dan kiriman dari bank pengeluar kad kredit kita untuk mengetahui tentang tawaran makan terkini seperti tawaran 1-untuk-1, pulangan tunai (cash back) atau makan percuma di restoran-restoran terpilih.

Semua tawaran makan ini boleh membuat kita makan lebih banyak daripada yang kita sedar!

2. Diskaun Hotel Dan Penerbangan


Berjaga-jaga untuk penerbangan khas atau tawaran hotel dari pengeluar kad kredit kita. Kita juga boleh mendapatkan diskaun apabila menempah melalui laman tempahan hotel seperti Agoda atau Expedia.

Sesetengah kad direka khas untuk pelancong tegar kerana mereka mendapat akses ke 'airport lounges' secara beberapa kali dalam setahun dan insurans perjalanan percuma jika kita membeli tiket  menggunakan kad kredit.

Tapi kena berhati-hati kerana sesetengah syarikat penerbangan mengenakan bayaran apabila kita membayar tiket dalam talian dengan menggunakan kad kredit. Jadi lakukan beberapa pengiraan untuk memastikan sama ada ia berfungsi untuk menawarkan harga lebih murah atau sebaliknya.

3. Skim Bayaran Tanpa Faedah


Jika kita perlu membeli barang elektronik atau elektrik yang mahal, seperti TV atau komputer riba baharu, maka skim ansuran tanpa faedah yang ditawarkan oleh kebanyakan kad kredit utama di kebanyakan gedung elektronik utama boleh menjadi sangat berguna.

Ia membantu kita melanjutkan pembayaran selama enam atau 12 bulan yang kita boleh pilih tanpa kadar faedah yang tinggi jika kita membayar terlebih dahulu menggunakan kad kredit.

Ini membolehkan kita untuk menguruskan perbelanjaan bulanan dengan lebih baik dan mengelakkan lebihan belanja.

Syarikat kad kredit membuat keuntungan dengan fakta mudah berdasarkan sifat manusia: kami membeli hari ini dan risau tentang bagaimana untuk membayarnya esok.

4. Diskaun Barangan Harian


Kad kredit tidak hanya berguna untuk tiket penerbangan jauh atau barangan mewah. Ia juga boleh membantu kita berjimat apabila memberi barangan seharian seperti barangan runcit dan petrol.

Macam kad Visa Petronas dari Maybank contohnya. Ia menawarkan mata ganjaran berganda dan rebat sehingga 10 peratus daripada perbelanjaan petrol setiap kali kita mengisi tangki.

Dan dengan kos minyak petrol yang tinggi, setiap ringgit yang dibelanjakan perlu diambil kira!

5. Mengumpul Rebat dan Pulangan Tunai (Cashback)



Sekiranya kita tidak suka menjamu selera di restoran mewah ataupun pergi bercuti, kita boleh memanfaatkan kad kredit ini dengan cara mengumpul rebat atau pulangan tunai hasil daripada perbelanjaan kita.

Macam kad kredit Mastercard Ikhwan Platinum yang abam kie gunakan sekarang ni, ia menawarkan cashback sebanyak 5% daripada pembelian runcit dan petrol pada hari Jumaat dan Sabtu. Best kan? Jadi abam kie selalu mengisi petrol dan membeli-belah pada hari2 tersebut.

Jadi selepas membaca tips tentang bagaimana kawan2 boleh berjimat dengan kad kredit, adakah kawan2 ingin terus menggunakannya? Bagi abam kie, kad kredit perlu ada dalam dompet sebagai alat kecemasan. Mana tahu kalau x cukup duit, bila gunakannya. Yg penting kita kena tahu mengawal cara menggunakannya. Guna bila perlu aje. OK?

8 comments:

  1. ya, betul, kad kredit penting utk masa2 kecemasan....tawaran diskaun beli handphone tu yg sangat menggoda..sib baik tak terkesan..huhu...

    ReplyDelete
  2. xpernah tahu plak ada banyak tawaran menarik selain dr ansuran tanpa faedah...thanks for the share..

    ReplyDelete
  3. sha rasa kalau sha ada kredit card taktau lah cemana, memang jenis takreti kawal perbelanjaan

    ReplyDelete
  4. Berdisiplin..penjimat..insyaAllah boleh miliki kad kredit..sebab komitmennya tinggi bila ada kad kredit..lebih-lebih mengawal nafsu berbelanja.

    ReplyDelete
  5. disiplin yg paling penting bagi pemegang kad kredit ni :)

    ReplyDelete
  6. nak elakkan dari pakai kad kredit sebenarnya

    ReplyDelete
  7. mama guna utk beli online aje.. malas nak pakai kat petronas.. tapi boleh juga ye cuba

    ReplyDelete
  8. Kad kredit ni mcm api. Kalau pandai kawal maka ia membantu kita. Tp jika gagal maka siaplah terima akibatnya..

    ReplyDelete