Friday, 14 September 2018

Jom buat whipped potato ala KFC!

 

Assalamualaikum. Kawan2 suka kan makan whipped atau mashed potato di KFC tu? Sebenarnya tak susah nak buat mashed potato sendiri kat rumah. Ala2 beli kat kepci gitu. Ni kalau jual singgit 1 pun laku kat budak skolah. Dari duk beli jajan merapu tu kan, lebih baik makan snek yg berkhasiat mcm whipped potato ni. Memang favourite abam kie jika ke kepci. Hehehe. Jadi, sebagai inspirasi utk siapa2 yg nak niaga, abam kie kongsikan resepi whipped potato ala KFC! Selamat mencuba! 😘

Resepi Mash Potato


Bahan-bahan Resepi Kentang Putar:

8 biji kentang
1 kotak kecil susu segar
sedikit butter (anggaran 2-3 sudu besar)
serbuk lada hitam dan lada sulah (secukup rasa)

Cara-cara membuatnya:

1. Kentang dikupas kulitnya dan dipotong dua. Masukkan kentang ke dalam periuk dan rebus dengan air yang secukupnya sehingga kentang tenggelam. Rebus dalam masa lebih kurang 10 hingga 15 minit dengan api sederhana.

2. Bila kentang sudah empuk, toskan air.

3. Masukkan sedikit butter dalam kentang dan lenyek.

4. Masukkan lada sulah dan lada hitam mengikut citarasa. Kalau nak pedas boleh letak lebih.

5. Tuangkan susu sikit demi sedikit (ikut citarasa sebab fungsi susu ini untuk buat mashed potato rasa berlemak dan gebu) dan lenyek lagi sehingga rata. Digalakkan guna hand blender kalau nak senang. Jika buat gini akan dpt tekstur halus.


Bahan-bahan Resepi Sos (Gravy)

- 1 labu bawang besar (dadu)
- 2 ulas bawang putih (dadu)
- 4 sudu butter
- 2 sudu tepung gandum@ jagung
- 2 kiub ayam
- lada hitam dan sulah
- 2 1/2 cawan air

Cara-cara membuatnya:

1. Cairkan butter di dalam kuali dan tumiskan bawang (api sederhana). Biarkan ia bertukar warna sedikit perang (warna caramel ).

2. Masukkan tepung gandum/jagung. Kacau terus ye sehingga tepung jadi warna coklat atau sehingga warna sos yang korang suka.

3. Masukkan air (sikit2 sambil kacau) dan kacau sehingga sebati. Tutup api. Masukkan bahan2 dalam kuali itu ke dalam blender. Kisar sampai semua hancur. Kemudian bubuh kembali ke dalam kuali dan masak balik atas api sederhana

4. Masukkan kiub ayam dan juga lada hitam serta lada sulah mengikut citarasa.

5. Kalau kuah terlalu pekat, tambahkan lagi sedikit air.

6. Kacau sehingga rata dan tutup api. Jika sos kentang putar berketul, masukkan sos ke dalam blender dan blend sampai tak berketul.


Wow! Inilah kentang putar atau whipped potato yang sudah sedia dihidangkan. Apa kata para isteri sediakan menu ini untuk suami dan anak2 bila petang nanti. Selamat mencuba ya!

Kredit kepada #daridapurciklyn. Kunjungi FB page beliau di https://www.facebook.com/mazlini82

16 comments:

  1. Nampak lagi sedap bila kita wat sendiri. Hee

    ReplyDelete
  2. abam kie, saya rasa macam nak pegi cari kfc sekarang jugak :D

    ReplyDelete
  3. SEDAP TU KALAU RJN BUAT SENDIRI

    ReplyDelete
  4. nampak sedap ni. ermm

    www.aimanabdullah.com

    ReplyDelete
  5. homemade mashed potatoes...nmpk sedap..8 biji kentang dapat banyak, puas makan..

    ReplyDelete
  6. pernah cuba whipped potato homemade ni tapi tak baper nak menjadi..haha..

    ReplyDelete
  7. Nampak sedap sangat tu abam kie, thank you share resepi!

    ReplyDelete
  8. salam..jemput join contest di blog saya, nak jadi sponsor pun boleh =)

    http://at-tarmizi.blogspot.com/2018/09/contest-isi-kotak-dialog-asif.html

    ReplyDelete
  9. senang nya cara membuat nya.yeayy..rabia kalau makan dekat kfc..memang suka makan whipped potato kfc ni.sedap.lagi sedap makan dengan ayam kfc.

    ReplyDelete
  10. wah nak cubalah nanti tq abam for sharing

    ReplyDelete
  11. Wah berbakat memasak..lincah di dapur juga ya k..tahniah sedap tu

    ReplyDelete
  12. senang je membuatnya kan...ni memang faveretkita n anak2 ni..kadang tu memang beli mangkuk besar kat KFC hihihihi

    ReplyDelete
  13. abis laa KFC tutup lps ramai org try resepi ni ;-)

    ReplyDelete