Monday, 11 June 2018

Kenapa majlis iftar di hotel tidak semeriah dulu?


Memasuki hari ke 26 Ramadhan ini, dengar citer kwn-kwn tak tahu la betul ke idak kebanyakan buffet ramadhan di hotel mewah tidak mendapat sambutan seperti tahun-tahun sebelum ini.. Separuh penuh pun tak sampai..Mungkinkah sebab?:
.
1. Harga yg terlampau mahal la ni ada yg sampai rm185 per pax. sapa larat nak makan dan nak bayar? Dalam masa yg singkat sempat ke nak melahap semua hidangan favourite yg disediakan? Tapi kalau x makan rasa rugi la pulak bayar sampai RM185 kan? Silap2 mati kerana makan terlalu banyak la pulop!

2. 25 Kementerian yg ada dulu tp la ni ada 10 saja baru dan semua belum stabil lagi jadi takde org nak menganjurkan iftar mcm biasa? Ada logik tu jugak! Daripada buat majlis iftar besar2an, baik je bayar peruntukan tu untuk bayar hutang negara yg berjumlah 3 trillion ringgit tu!

3. Byk sykt dah lebih 3 bulan lepas tak dpt collect payment lagi sbb negara jalani PRU jadi pembekal dan subcontractor pun x de bajet nak belanja org berbuka.

4. Byk sykt perunding yg projek kena stop dan dlm tidak ketentuan projek mana nak belanja sgt?

5. Byk lagi kot sebab musababnya harap ia sementara saja, kalau ekonomi tak gerak byk pihak yg akan susah juga, Dah la bonus raya kakitangan awam untuk gred 41 ke bawah je tahun ni! Huwaaa!!!!


Mujur la abe dan keluarga dijemput menghadiri majlis iftar Kelab Staff Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) Parlimen Machang yang diadakan di Restoran Syam, Jalan Hospital, Kota Bharu pada 23 Ramadhan lepas. Dapat la merasa makan di restoran mewah biarpun terpaksa bersesak2 dengan ratusan tetamu lain. Makananya lazat sekali. Kira berbaloi la bayar RM250 semeja dikongsi 8 orang. Makan mana2 pun sama aje cuma kita nak suasana dan aura tu aje. Kalau makan di hotel sudah tentulah mahal sebab kita kena bayar untuk suasana dan aura mewah tu, kan?

Apa2 pun makan la sekadar untuk meneruskan kelangsungan hidup, bukannya melahap sampai tak ingat dunia!

20 comments:

  1. tu lah, sha rasa mcm tak semeriah tahun tahun lepas

    ReplyDelete
  2. sy dh lama x berbuka puasa dengan meriah... Ala kadar kat rumah sj.... Allhamdulillah semalam br dpt berbuka di ofis. itu pun buat kat ofis sahaja bkn kat hotel atau restaurant. jimatkan perbelanjaan...

    ReplyDelete
  3. ada juga betulnya.. mama memang kureng sikit berkuka di hotel. malas nak beratur ambil makanan

    ReplyDelete
  4. comel lah orang umah abam. kirim salah eh

    ReplyDelete
  5. alhamdulillah..cik nor dapt gak merasa brbuka puasa free kt hotel..hehe

    ReplyDelete
  6. tak pernah lagi merasa untuk berbuka puasa di hotel.. jadi , tak tau bagaimana meriahnya berbuka di sana :)

    https://aerillhassan.blogspot.com

    ReplyDelete
  7. Baguslah kalau ramai yang ada sikap berjimat cermat.

    ReplyDelete
  8. https://shahirah-lee.blogspot.com/2018/06/sudden-comeback-with-segment.html jom join

    ReplyDelete
  9. Perasan jugak buffer kali ne tak semeriah dulu.

    ReplyDelete
  10. saya tak mampu melahap tahan gaban..

    jadi iffar cara buffet pun cara terbaik untuk saya..

    mungkin sekarang kita tengah berjimat untuk kumpul duit yang akan digunakan bayar hutang negara

    ReplyDelete
  11. betul abam, abang kakak saya tahun ni takdo bonus katanya

    ReplyDelete
  12. sekarang zaman berjimat-cermat cikgu =)

    ReplyDelete
  13. http://izziet.blogspot.com/2013/01/marc-by-marc-jacobs-pretty-logo.html

    ReplyDelete
  14. berbuka kt hotel selalunya company sponsor..arrange sekali dgn terawih, tapi ramai x join, sbb sibuk makan, lepak2 layan live band..huhu..
    dah 2 tahun x join, dah malas berbuka di luar..

    ReplyDelete
  15. tahun ni alhamdulillah, sempat berbuka dengan adik tiap hujung minggu...meriah bila kumpul ramai ramai, walau bukan kt hotel mewah la...kt kedai makan je...

    ReplyDelete
  16. Rasa rugi bagi orang yang tak kuat makan bayar sampai berpuluh atau beratus

    ReplyDelete