Friday, 8 June 2018

Beg Kembara Eksklusif Suede Boleh Lipat


Assalamualaikum kawan-kawan yang dihormati sekalian! Pernah tak semasa kawan2 pergi jalan2 pas tu baru perasan beg dah penuh dengan pakaian dan barang2 lain? Contohnya kalau pi Langkawi la mudah... Pi sana bawa satu beg tapi bila balik ke Tanah Besar pula dengan beberapa buah beg pulak! Maklumlah kan shopping sakan sampai tak ingat dunia!

Tapi kalau nak beli beg satu lagi di sana rasa macam x praktikal la sebab besar dan makan ruang. Nah! Sekarang abam kie ada jalan penyelesaiannya. Sebuah syarikat yang berpangkalan di Ipoh, Perak bernama PTT Outdoor kini melancarkan Beg Kembara Eksklusif Suede Boleh Lipat  (Exclusive Foldable Suede Travel Bag) khas untuk kita yang nak balik kampung pada Aidil Fitri nanti.  Kalau nak tahu syarikat ni memang pakar dalam menjual barangan dan pakaian untuk aktiviti outdoor dan pengembaraan di Malaysia. Cakap aje apa yang kita nak, semuanya ada! Semuanya boleh dibeli secara dalam talian. Mudah kan?



Beg Suede ini didatangkan dalam 4 warna berbeza yang pasti menarik minat kawan2 untuk membelinya iaitu oren, biru, kelabu gelap dan kelabu muda. Memandangkan sekarang dah masuk musim cuti sekolah dan perayaan, memang sesuailah untuk kita membelinya. Cadangan abam kie, bila nak balik kampung tu, masukkan saja beg suede ni ke dalam beg besar dahulu sebab ia boleh dilipat. Bila nak balik ke bandar boleh la buka beg suede ni sebagai beg tambahan. Hmmm.... memang la beg ni sesuai menjadi beg 'spare' sebab sekembali ke bandar nanti pasti banyak barang yang dibeli di kampung. Letak je semua sekali ke dalam beg suede ni. Habis cerita!


Saiz asal beg Suede ini ialah 18cm X 20cm. Tapi apabila dibuka ia akan menjadi 35cm X 45cm! Banyak tu ruang baharu yang kita dapat! 🙂


Gambar di atas menunjukkan bagaimana nak melipat beg Suede ni. Mudah je kan jika ikut langkah2 yg ditunjukkan. Selepas dilipat ia menjadi amat kecil dan boleh memuatkan barang2 sehingga 7kg dan sudah tentu boleh dibawa masuk ke dalam kabin AirAsia tanpa masalah!


Inilah rupanya beg Suede yang abam kie terima dan sudah dilipat kembali.

http://www.pttoutdoor.com/shop/exclusive-suade-foldable-travel-bag/

Bersempena dengan Hari Raya Aidil Fitri yang bakal menjelang pada 15 June 2018, pihak PTTOutdoor akan memberikan diskaun sebanyak RM5 bagi setiap Beg Kembara Suede yang dibeli menerusi atas talian. Bagaimana nak dapatkan diskaun ini? Pertama sekali, klik banner di atas tu. Lepas tu bila check out tu masukkan kod RAYA5 untuk melayakkan diri kawan2 mendapat diskaun  RM5 tu. Tawaran ini khusus bagi pembaca2 setia blog Abam Kie aje, tau! Jangan kata Abam Kie tak payung!

Kalau x reti nak klik banner di atas tu, klik je pautan di bawah ini. Jangan susah2... OK?

http://www.pttoutdoor.com/shop/exclusive-suade-foldable-travel-bag/

Untuk sebarang pembelian dan maklumat lanjut, sila layari :-

Laman web
http://www.pttoutdoor.com/

Facebook
http://www.facebook.com/pttoutdoor

Instagram
http://www.instagram.com/pttoutdoor/

12 comments:

  1. bestnya beg ni, besar tapi boleh lipat jadi kecik

    ReplyDelete
  2. Cantik pulak tengok beg ne ada banyak warna

    ReplyDelete
  3. menariknye....sng nak simpan...xperlukan ruang yang banyak...

    ReplyDelete
  4. bestnya kalau ada beg ni.. terbaik..

    ReplyDelete
  5. cantik beg ni.tapi rabia dah ada beg tau.tak beli lah yg ni

    ReplyDelete
  6. ray suke sgt beg macam ni. sangat portable.

    ReplyDelete
  7. wahhhh bagusnya bag macamni! Suka sangat kalau jenis space saver ni

    ReplyDelete
  8. wah bestnya.. sgt practical kalau nak pergi shopping hihi

    ReplyDelete
  9. wahh praktikal nie.Sumbat je baju2

    ReplyDelete
  10. wah...cantik dan praktikal =)

    ReplyDelete
  11. senanglah nak masukkan semua baju dalam tu..takde lah kena bawak banyak beg

    ReplyDelete