Kita selalu inginkan kehidupan yang sihat, namun begitu masih mengejutkan betapa sedikit penekanan yang diberikan kepada tidur yang berkualiti. Lagipun, kita menghabiskan satu pertiga daripada kehidupan kita untuk tidur, dan semasa tidur, badan kita mengambil kesempatan yang sangat diperlukan untuk membaiki, memulihkan dan mempersiapkan diri untuk aktiviti-aktiviti hari berikutnya.

Itulah sebabnya semua orang memerlukan tilam yang baik untuk berehat.

Tetapi untuk kebanyakan orang, proses memilih tilam yang baik memerlukan individu tersebut untuk melalui beberapa proses yang rumit seperti melawat kedai dan membuat keputusan akhir mereka setelah hanya mencuba setiap tilam selama beberapa minit. Dan semua ini tanpa mengambil kira hakikat bahawa tilam ini agak mahal dan mungkin tidak mampu dimiliki oleh mereka.

Bertujuan untuk menyediakan alternatif yang lebih baik untuk proses itu, seorang warga Itali, Mr. Fabio Miceli yang kini menetap di Malaysia mengasaskan jenama tilam Sonno (yang bermaksud 'tidur' dalam bahasa Itali) pada November 2017 dengan cadangan yang unik untuk membolehkan pelanggan mencuba produk premium sebelum benar-benar melakukan pembelian .

Konsepnya mudah sahaja. 

1. Mula-mula anda beli tilam Sonno secara ekslusif dan mudah secara atas talian dengan beberapa klik sahaja. Tilam Sonno baharu anda akan dihantar secara percuma antara 3 ke 5 hari di seluruh Malaysia.

2. Tilam Sonno yang sudah dimampatkan sehingga 1/6 daripada saiz asal akan dimasukkan ke dalam kotak yang cantik sebelum dihantar hingga ke pintu rumah anda.

3. Kemudian anda boleh tidur, rehat dan bermimpi di dalam kemewahan selama 100 malam. Sekiranya anda tidak berpuashati, cuma isikan borang dan pulangkan kembali tilam itu dengan percuma! Tapi jikalau anda berpuashati dengan tilam ini, terus gunakannya kerana ia didatangkan dengan waranti selama 10 tahun!


Direka di Itali dan dibuat di China, tilam Sonno menggabungkan bahan seperti getah dan buih memori dan ia akan memberikan tidur premium dengan harga yang kompetitif.

Antara ciri utama yang digemari oleh tilam Sonno ialah keupayaan untuk menghilangkan gerakan pasangan yang tidur di sebelah anda. Ini membolehkan anda dapat tidur dengan aman tanpa diganggu oleh pergerakannya. Maklumlahkan, masing-masing mempunyai tabiat tidur yang berbeza. Teknologi pindahan gerakan revolusionari tilam Sonno akan memastikan bahawa jika seseorang bergerak banyak dalam tidurnya, pasangannya akan terus tidur secara aman dan tanpa menyedari pergerakan pasangannya.

Ciri kedua yang ada pada tilam Sonno ialah tiada spring poket yang merbahaya. Bahagian logam bertindak sebagai antena radiasi dan ini akan menguatkan gelombang elektromagnetik, yang boleh bertanggung jawab untuk gangguan tidur dan bahkan dikaitkan dengan penyakit tertentu. Anda tidak mahu menghabiskan sepertiga hidup anda yang berbaring di medan elektromagnetik, kan?



Ketebalan semua saiz tilam Sonno ialah 23cm. Harga tilam bersaiz single (tunggal) bermula pada RM1,699, saiz queen (ratu) pada RM2,499 dan saiz king (raja) berharga RM2,999 sahaja jika dibeli secara online di Sonno Mattress Malaysia.

Tilam Sonno yang dimampatkan dan dibungkus rapi sehingga 1/6 daripada saiz asal dapat menjimatkan kos penghantaran. Dimasukkan ke dalam kotak, ini  menjadikannya padat dan mudah bergerak. Tilam Sonno yang padat ini akan mengembang menjadi tilam bersaiz penuh apabila pelanggan membukanya.


Klip video di atas menunjukkan bagaimana tilam Sonno yang dibuka dari kotak akan terus mengembang lalu pembeli akan dapat terus tidur di atasnya! Ajaib kan! Bila tilam boleh kembang secara automatik. Lagipun dengan cara ini tilam Sonno mudah disimpan dan dibawa ke mana-mana seperti balik kampung untuk beraya! Hebatkan tilam Sonno!

Jadi jika kawan-kawan nak beli tilam Sonno yang empuk dan selesa ini, boleh saja klik di SINI sekarang! Selamat membeli dan tidur di atas tilam Sonno, kawan-kawan!

Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang tilam Sonno, anda boleh melayari laman web rasmi dan laman FB produk ini seperti di bawah: